Dalam kehidupan kita, kita jangan terlalu sangat menilai orang lain. Sebab kita tak tahu hati budi orang. Memang betullah rambut sama hitam tapi hati lain-lain,
Dalam kebaikan seseorang pasti ada kejahatan dan dalam kejahatan seorang pasti ada juga kebaikannya pada kita tanpa kita sedar.
Ada juga ahli maksiat yang berada di dalam syurga dan ada juga ahli solat yang masuk neraka.
Kisah ini berkaitan tentang diri aku, dan jujur aku katakan, aku bukanlah manusia yang baik dan nak katakan diri aku jahat, wallahualam.. Biarlah manusia yang menilainya.
Syurga atau neraka aku serahkan pada yang Esa, aku dah cuba untuk melakukan sebaik yang mungkin, namun, jika amal itu bisa membawa aku ke syurga, alhamdulillah.. Tetapi jika amal itu membawa aku ke neraka, aku pasrah padamu ya Allah.
Sejak dari kecil aku seorang anak yang cukup manja dengan ibu aku dan aku sangat menyayangi ibu aku dan dialah satu-satunya tempat aku menumpang kasih dan meluahkan segala masalah walaupun dia bukanlah ibu kandungku.
Aku juga seperti kanak-kanak lain diasuh dan diajar dengan pendidikan agama yang secukupnya dan aku juga salah seorang pelajar lepasan sekolah agama tetapi aku hanya belajar setakat SPM dan aku tidak menyambung pelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi lagi,
Pendek kata walaupun aku tidak belajar sehingga ke tahap PhD tetapi sekurang-kurangnya dengan bekalan agama yang sedikit ini aku harap mampu membawa aku ke syurga.
Aku sendiri tak pasti bagaimana boleh aku terjebak kepada dadah dan macam-macam lagi perkara yang tidak elok, betullah kata orang pendidikan agama saja belum mampu untuk membawa kita ke arah kebaikan.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah dengan usaha dan bantuan daripada keluarga, rakan dan orang-orang di sekeliling aku, aku cuba dengan sedaya upaya untuk berhenti dan keluar daripada perkara-perkara jahil termasuklah dadah.
Disingkatkan cerita pada usia aku lebih 30-an aku telah mula mengenali seorang wanita dan perkenalan itu telah membawa aku dan dia dalam alam perkahwinan.
Aku tahu tentang semua kisah hidupnya tapi, aku terima dia seadanya kerana aku tahu manusia itu tidak sempurna.
Seperti biasa alam perkahwinan setiap orang itu tentunya merupakan suatu yang terindah dalam hidup mereka namun tidak begitu lama aku selalu tertekan dengan sikapnya dan aku selalu rasa penat dengan sikapnya,
Namun ia seperti yang pernah aku janjikan aku akan terus tetap berdiri di sisinya dan menyayanginya, menerima dia seadanya walau siapapun dirinya.
Namun begitu disebabkan aku terlalu memendam perasaan, aku jadi terlalu tertekan sehingga kan aku kembali terjerumus ke lembah dadah.
Sehinggalah pada suatu hari keluarganya mengetahui tentang diri aku. Ya.. Mereka tahu aku adalah seorang penagih dadah.
Maka bermula daripada situ seratus-peratus pandangan mereka terhadap aku berubah. 100 peratus kah?? Entahlah.. Itu hanya jangkaan aku sahaja dan aku tidak mampu untuk menilai hati budi mereka.. Ya, tidak mampu.
Namun aku masih tetap berterima kasih kerana dengan bantuan mereka aku berjaya menyelesaikan hutang-hutang aku.
Seratus-peratus pandangan itu berubah, tapi tahukah mereka is hati aku.. Tahukah mereka bagaimana seksanya aku?
Bagaimana seksanya aku untuk cuba keluar daripada benda ini dan aku tidak pernah bercerita pada mereka apa punca dan sebabnya. Kerana aku menjaga hati isteri aku.
Ya kerana aku hendak menjaga hati sekali aku aku sentiasa mengalah pada dia kerana aku terlalu sayangkan dia sejak dari mula pertama kali aku mengenali dia aku berjanji akan menyayangi dia dan tak akan menyia-nyiakan dia sehingga ke akhir hayatku.
Ya memang betul mereka nampak aku seperti orang yang malas hanya makan tidur, mereka juga tidak nampak aku keluar bekerja walau sekalipun, ya mungkin tidak nampak.
Aku mungkin selalu tukar-tukar kerja sebab kan stres ditambah pula dengan benda yang tak elok yang aku ambil ni. Puncanya adalah sikap isteri aku yang aku tidak ingin jelaskan. Namun begitu, aku dan isteri aku berjanji, akan mulakan hidup baru. Maka aku akan lupakan semua itu.
Bagi aku, biarlah mereka hendak pandang aku hina dan jijik sekalipun, asalkan bukan pandang jelek pada isteriku. Begitu juga di depan keluargaku sendiri, biarlah segala buruk itu dilihat pada diriku, bukan isteriku. Segala sikap buruk dan aib isteriku akan ku simpan di dalam hati.
Biarlah segala yang buruk hanya pada diriku, bukan pada orang lain. Aku sedar, aku langsung tidak pernah melakukan kebaikan pada mereka, langsung tidak pernah, sehingga aku dipandang terlalu rendah oleh mereka. Aku tidak akan pernah persoalkan akan kebaikan diriku.
Biarlah Allah yang menilainya. Terlalu besar sangat dosa yang aku lakukan. Namun jujur aku katakan, inilah pertama kali aku mengenal manusia yang memiliki mata seperti mata malaikat. Boleh menilai hati manusia seperti aku, boleh menilai tentang masa depan aku.
Namun aku berharap, cukup sekali ini aku berjumpa manusia seperti ini. Pernah juga aku mengenal seorang ustaz yang bertauliah dan berpengalaman, yang tahu tentang kehidupan aku,
Aku ingatkan pada mulanya aku akan dihina. Namun tak ku duga, hati ustaz tu memang benar-benar suci, dia sanggup jodohkan aku dengan anak perempuannya, dan dia sanggup membantu aku untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tapi aku memilih untuk pergi.
Mungkin mereka akan anggap aku akan merosakkan masa depan anak mereka iaitu isteri aku, atau sekadar hanya untuk ambil kesempatan pada anak mereka disebabkan status.
Begitulah sikap manusia, bila berharta, setiap orang yang datang akan dianggap mengambil kesempatan. Kalau betullah aku hanya sekadar mengambil kesempatan dalam hidupnya, tapi aku rasa aku dah lebih banyak buang masa, berbanding mengambil kesempatan pada detik ini.
Untuk apa aku menunggu lama di sini, kalau hanya untuk mengambil kesempatan. Baik aku blahhh.. Daripada berdepan dengan semua pemikiran dan sikap yang begini. Buat sakit kepala. Tapi aku memilih untuk bertahan. Kenapa??
Sebab aku berjanji pada isteriku akan setia hingga ke hujung nyawa, takkan ada lagi yang lain selain dia. Kami sama-sama saling memerlukan. Soal anak aku masih belum memikirkan, yalah masih banyak lagi yang perlu aku ubah dan perbaiki.
Kalau rezeki dikurniakan anak, aku akan usaha sebolehnya agar tidak menjadi seperti aku kelak mereka dewasa kelak. Akan aku pastikan yang lelaki boleh berbakti dan yang perempuan akan taat pada suami.
Saat ini, aku hanya berdua bersama dengan isteri aku, yang menjadi penguat semangat aku. Syukur juga aku masih ada seorang ibu yang baik dan sentiasa ada untuk menasihati aku tanpa jemu.
Terkadang aku jeles gak bila isteri aku dia dahulukan. Itulah ibu aku, walaupun banyak kekurangan isteri aku, tak pernah dia menghasut aku yang bukan-bukan.
Sayangnya pada aku masih kukuh walau banyak kesilapan yang aku lakukan. Betullah kata orang,
Ibu-bapa yang baik, takkan membuang anaknya, sentiasa memberi ruang dan peluang pada anaknya untuk berubah dan memilih jalan yang terbaik dan tidak akan pernah memaksa anaknya untuk jadi seperti apa yang mereka mahukan. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya.
Bak kata orang, dunia itu ibarat roda, aku hanya berdoa, semoga perkara buruk ini tidak jadi pada anak cucu mereka yang memandang hina pada aku.
Didiklah sehebat mana anak cucu mu dengan bimbingan agama, sekali termakan hasutan syaitan, kau akan ingat orang yang pernah kau pandang hina ini.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit