Assalamualaikum & hi. Ni kisah tentang perjalanan karier aku yg agak sadis. Sedikit tentang aku; punya ijazah yg berkaitan pendidikan tapi tak minat jadi guru. (hampir 80 β 90% graduan bidang ini end up jadi guru sebab berkaitan pengajian agama). Aku juga seorang introvert yg sangat rendah keyakinan diri.
Tentang bidang yg aku ambil tu bukan calang calang, dan aku pun tak tahu kenapa aku ambil course tu walhal tak minat mana bidang tu. masa tu aku main pilih je apa apa asalkan masuk uni sebab tengok kawan kawan pun masuk uni. Aku berjaya juga grad dengan pointer hampir dekan tapi masuk alam pekerjaan, hidup aku banyak berjurai air mata. Ayah aku suruh jadi cikgu tapi aku cakap tak minat. Pernah cuba mengajar sebagai guru ganti 2 bulan di sekolah rendah. Serius aku tak boleh teruskan.
Lebih kurang 3 bulan lepas tu, aku merantau ke negeri lain untuk kerja dgn kawan aku. Aku kerja sebagai pembungkus barang untuk di pos kan. Gaji aku naik dlm beberapa bulan, tapi tiada KWSP & SOCSO. Then kawan aku jual bisnes dia pada orang lain atas sebab tertentu. Sales dari menggunung terus drop.
Yg paling aku geram sebab ada campur tangan keluarga dia dlm bisnes tu. Bila ajak bincang dengan semua staff untuk selesai kn masalah sale, boss tak mahu. Last last semua pekerja dipecat sebab dia tak mampu nak bayar kami. (dapat notis seminggu sebelum berhenti). Aku bertahan setahun dekat sini sebab aku org kepercayaan boss & aku juga percaya syarikat boleh naik tapi hidup tak selalunya indah.
Then, kawan aku ajak kerja dekat 1 company kenalan dia. (Masa ni ayah aku berharap aku balik kampung dan klu boleh jadi cikgu.) Kenalan kawan aku tu boss kat situ. Dia jenis pilih kasih & aku antara orang yg dia tak suka. Dekat sini aku rasa paling teruk bila mana boss sendiri yg buka aib staff sendiri pada orang luar. Dari segi layanan lain, dah tentu berbeza. Masuk bulan kelima, aku & seorang lagi staff dipecat dlm tempoh kurang dari 24 jam dengan pampasan sebulan.
Aku kerja tempat lain pula lepas tu. (kerja yg sekarang). Dekat sini staff tak ramai & semua lelaki. Aku je perempuan. Yg jadi masalahnya pula ialah masa kerja hampir 12 jam. Cuti 4 kali sebulan. Klu hari cuti tu aku ada hal kena setel dekat luar , then cuti dah tak jadi cuti sebab hampir separuh hari habis masa dekat urusan luar. Komitmen bulanan juga naik sebab aku dah start pakai motor.
Sebelum ni cuma tumpang kawan dkt tempat kerja lama. Sewa bilik juga naik tapi gaji tetap ciput. Bayangkan gaji rendah, hutang naik, masa kerja sangat panjang hingga susah nak balik kampung. Solat aku pun kadang kadang kelaut. (yg ni paling aku sesal) Aku terfikir nak tukar kerja tapi memori aku masa kerja dekat company yg aku difitnah tu, buat aku rasa takut sangat nak tukar kerja. Trauma.
Aku ambil keputusan untuk jumpa kaunselor sebab aku dah mula stress sampai tahap terlintas untuk akhiri nyawa aku. Kaunselor nasihat aku supaya jgn sia2 kan ijazah aku. Dia tak merendahkan kerja lain, tapi jika boleh ilmu yg ada tu manfaatkan. Takkan nak simpan je. Kaunselor tu suruh aku apply juga jadi guru & jawatan lain tapi cari yg setaraf ijazah kalau boleh. Minat boleh datang kemudian. Bukan tu je, dia suruh aku fikirkan jugak kewangan aku, so takkan nak stuck dekat pekerjaan sama atas alasan trauma? Bila nya nak move on?
2 hari lepas tu aku bagi surat notis berhenti kerja pada boss. Dan aku cakap nak balik kampung (plus ayah aku kerap sakit sekarang). Boss aku macam terkedu sebab dia kata susah nk cari orang yg boleh buat kerja dekat posisi aku ni betul betul . Ada org nasihat aku untuk minta naikkan gaji tapi memang sangat tak setimpal utk kerja aku ni dinaikkan gaji. Jawatan pun tk banyak kat situ kalau nk bagi aku tukar department.
Entahlah aku buntu sekarang. Masalah aku paling besar sebenarnya ialah low self esteem. Aku boleh gagap teruk kadang2 masa bercakap. Ni lah puncanya karier aku susah nk berkembang. Baik jadi guru ataupun kerja lain yg memerlukan byk komunikasi. Ayah aku pula dah tak cakap isu suruh jadi cikgu ni, tapi mak aku kata jauh di hati ayah aku teringin nak ada anak yg kerja jadi guru.
Dalam hati aku memang terdetik nak mengajar tapi aku sangat takut aku tersilap buat pilihan. Aku takut jika aku berhenti kerja yg sekarang dan jadi guru tapi tiba tiba aku tak boleh teruskan. (sbb masalah low self esteem). Aku benci diri aku yg tiada keyakinan diri dalam hidup ni. I’m always stuck in making a good choice & at the end what i choose always a mistake.
Aku takut berhenti kerja sebab takut tak dapat adapt dengan kerja sebagai guru dan takut difitnah lagi (kebiasaan di sekolah memang ramai guru perempuan). Aku sudah berdoa & solat hajat, tapi masih buntu & tak nampak petunjuk apa apa sampai sekarang. Aku rasa lost. Tahun depan aku dah 26 tahun, ramai org sebaya aku yg berjaya dapat karier bagus tapi aku masih teragak agak & takut dgn keputusan aku.
T_T
– Insan Penakut
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit