Si Pendek Datang Kembali

Aku Si Bulat (bukan nama sebenar), aku berusia awal 30an. Aku ni seorang perempuan yang tak pernah bercinta dari zaman remaja sehingga la sekarang,

Sebab aku rasa tak ada siapa pun nak kat aku sebab aku ni gemuk dan aku selalu rasa aku ni tak cantik pun kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain.

Nak dijadikan cerita aku pernah la TER crush dekat seorang mamat ni masa umur aku di pertengahan 20an dulu. Aku namakan dia sebagai ‘SHORT’.

Short ni dia satu tempat kerja dengan aku umur dia pula tua beberapa tahun je dengan aku.

Dia ni jenis suka kacau orang kiranya jenis happy orangnya dan salah seorang mangsa dia aku la (maksud kacau tu boleh buat orang blushing hihihi)

Dan dia selalu buat cerita kat orang yang kami ni ada hubungan istimewa lepas tu mula la orang fikir macam-macam pasal kami ni (tapi aku suka).

Aku tak tahu la ia sekadar gurauan atau betul-betul dia maksudkan, tapi bagi aku semua tu gurauan. Mana mungkin dia nak jatuh cinta dengan orang yang macam aku, dah la gemuk rupa pun tak seberapa.

Jadi aku pun buat macam biasa je la setiap kali dia cakap macam tu, tapi di dalam hati ni dah berbunga-bunga suka. Tapi kadang aku cepat2 menidakkan benda tu, supaya aku tak kecewa di kemudian hari.

Tapi makin lama perasaan suka tu jadi makin kuat dan aku sendiri tak tahu adakah ini cinta, hahahaha.

Kadang tu bila aku update status dekat aplikasi Whatsapp tu, dia akan reply status tu dan kami akan bersembang2 kosong dan bergurau2.

Benda tu makin membuatkan perasaan aku ni berbunga2 la kan. Tapi di pihak dia aku tak pasti la mungkin dia anggap biasa saja hanya sembang sekadar kawan2.

Tiba-tiba satu hari aku dapat berita yang dia dah ada girlfriend dan gambar profile picture dia pun dah bertukar ke gambar dia dengan perempuan tu.

Korang boleh bayangkan tak tahap kecewa aku tu macam mana tapi nasib la aku ni jenis perempuan yang cool.

Aku buat biasa ja bila bersemuka dengan dia. Aku cakap kat hati aku “HATI kau dah boleh move on”.

Walaupun susah tapi aku cuba sebab aku dah tanam dalam diri aku yang aku tak kan sesekali jadi “PENYONDOL”. Satu hari aku dapat berita yang si short ni dah berhenti kerja.

Mungkin Allah SWT dah bagi hint kut yang dia ni bukan jodoh aku maka dia akan jauh dari aku, sebab setiap kali aku solat aku selalu berdoa,

“Sekiranya si dia jodoh aku, maka KAU dekatkan la dia denganku dan sekirannya dia bukan jodohku, maka KAU jauhkan lah dia dari ku”.

Dan mungkin doa aku tu Allah dan makbulkan, tu yang dia makin jauh dari aku.

Tapi nak kata jauh tu tak juga sebenarnya sebab walaupun dia dah berhenti kerja tapi dia tetap akan reply status aku dan chat macam biasa.

Kadang aku terfikir juga girlfriend dia okay ke dia chat dengan perempuan lain atau gf dia tak tahu.

Lama-lama aku malas fikir, aku pun masih reply chat dia tapi aku tahu jaga batas, aku reply sekadar menjawab pertanyaan dia ja lepas tu titik dan benda tu berlarutan lama juga.

Sehingga la suatu hari aku tukar nombor telefon sebab nombor lama aku ada masalah.

Walaupun aku ada ja nombor dia lagi tapi aku tak kan sesekali chat dia dulu sebab aku ni jenis perempuan yang tak kan mulakan conversation dulu kalau laki tu tak mulakan dulu sebab aku ni pemalu.

Maka berakhirlah hubungan ‘KAWAN’ kami dan aku pun meneruskan hidup macam biasa walaupun kadang2 ada juga la aku stalk dia kat aplikasi ‘Whatsapp’ tu hanya nak tengok profile picture dia je.

Dia pun tak dak nak cari aku so aku anggap dia memang anggap aku sekadar kawan je. Tapi setelah beberapa tahun aku dah mula nak move on dari si short ni, tiba-tiba dia muncul balik dalam hidup aku.

Aku terjumpa tiktok dia dan aku pun gatal tangan sangat pi follow dia sebab aku ingat macam biasa kawan lama follow je la.

Nak dijadikan cerita dia pun follow back aku… Tiba2 satu hari bunyi tinggggg, DM masuk, aku buka tengok-tengok si Short tu yang dm aku.

Dia hantar emoji orang lambai-lambai tangan tu, terkezutt makkk. Ingatkan habis dekat situ rupanya dia chat aku lagi tanya khabar? Tanya aku dah kahwin ke belum?

Korang rasa apa perasaan aku sekarang, of coz la berbunga walaupun aku kata aku dah move on tapi hakikatnya hati aku masih ada sisa sayang kat si Short ni.

Apa yang aku perlu buat ni ha, teruskan conversation ni atau aku buat tak tahu je? Sebab aku tak tahu dia ni single ke atau masih bersama dengan gf dia.

Aku takut aku kacau hubungan orang pula.

Cerita dari Si Bulat (bukan nama sebenar) yang dalam dilema.

– Si Bulat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *