Assalamualaikum wbt kepada semua yang membaca. Harini saya nak kongsikan perjalanan saya sebagai lelaki yang mempunyai perasaan dengan lelaki.
Perit tapi itu lah realiti selama 13 tahun punyai perasaan ini.
Nama gelaran aku Nick. Aku berumur 28 tahun. Dan secara langsungnya, kelulusan agak okay. So alhamdulillah.
Tapi apa aku boleh katakan malangnya kekurangan aku adalah aku punya perasaan kepada lelaki. Yang membuatkan hidupku, sejujurnya makin hari makin kosong.
Dan bagi aku perasaan ini memang adalah ujian paling besar dalam hidup aku dan, pada penceritaan hitam aku, segalanya bermulanya dengan sentuhan dan selesa.
Aku lelaki yang agak sopan, tidak la skema sangat tapi masih menjaga segala kelakuan kepada semua orang.
Ada satu ketika pada tanggal 2009, aku dikelilingi dengan rakan kelas yang sangat baik. Sangat terbuka sehingga kadangkala tiada batasan antara kami (dalam kalangan lelaki).
Aku sekolah harian biasa saja. Tapi disebabkan keputusan kami yang agak memberangsangkan ketika upsr membolehkan kami memasuki aliran khas tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Rakan lelaki aku agak nakal tapi sangat baik. Jika diingat kembali gurauan mereka sangat menggamit memori. Segala usikan, tawa dan semuanya sentiasa berada di ingatan.
Tapi pada suatu ketika, sentuhan atau bahasa kejinya rabaan selalu sahaja disapa pada diri aku.
Ketika cikgu mengajar di hadapan, salah seorang rakanku yang aku kenali daripada darjah dua, suka sahaja untuk meraba pehaku dan adakalanya lebih daripada itu.
Aku keliru tapi aku suka. Aku tidak mahu tapi aku seronok.
Waktu tu aku rasakan sama ada aku benci atau aku rasa dimiliki. Sehingga satu ketika aku semakin selesa dan membiarkan sahaja rabaan itu seolah merelakannya walau aku tau kawan aku itu bukan ‘GAY’.
Jadi malang itu memihak kepada aku kerana aku keliru dengan diri sendiri.
Menghampiri hujung tahun 2009 sebelum PMR, aku tau aku tidak kuat lagi untuk menyimpan rasa selesa, tidak suka tapi cinta. Aku jatuh hati dengan kawan aku itu
Aku tidak berfikir panjang. Dan aku pasti rata rata lelaki macam aku di luar sana amat sengsara dalam menghadapi perasaan mereka.
Susah sangat untuk terus kuat. Jadi aku ‘spill the tea’ kepada salah seorang kawan perempuanku iaitu bekas ‘girlfriend’ kawan lelaki aku itu.
Aku telefon dia pada satu malam itu dan aku menangis. Aku tak kuat untuk tangani sendirian.
Kawan perempuan aku itu agak terkejut tapi dia terima aku seadanya dan tidak pernah menggalakkan langsung aku untuk terus menceburi ‘dunia gay’ ini.
Jadi dia terus menyokong aku secara peribadi untuk beralih arah tapi hakikatnya bukan MUDAH!
Fast forward…
Bertahun tahun aku hadapi benda ini sampai satu ketika aku hilang dan terus hilang.
Ada yang aku cerita kepada sesetengah rakan perempuan dan rakan lelaki rapat aku. Juga pada makcik aku. Tapi cerita hanya pada cerita. Susahnya Allah saja yang tau.
Tahun lepas aku kira aku salah memilih kawan kerana kawan baru aku jumpa zaman kerjaya aku sangat la terbuka. Aku gagal pada tahap maksima.
Aku mencuba satu ‘apps’ dan aku tewas. Aku bermula untuk jumpa orang dan ‘seterusnya’. Aku malu dengan diri aku.
Aku sedih. Aku manusia paling teruk seolah tiada syurga buat aku. Aku kira aku sudah berkongsi dengan rakan, memohon pertolongan Allah, minta nasihat makcik aku dan juga jumpa kaunselor tapi aku masih GAGAL!
Keletihan ini buatkan aku rasa makin hilang dan tiada arah tuju langsung dalam hidup melainkan mencapai cita cita aku sebagai pendidik.
Aku akui pada hari aku tulis ni aku masih jumpa orang tapi aku berharap pada yang membaca mohon sangat sangat, ada orang soleh dan solehah yang makbul doanya untuk mendoakan aku untuk terus berubah.
Dan segala yang aku ceritakan dia atas, satu je aku minta, pandai pilih kawan, jaga iman, banyakkan buat benda yang berfaedah, sibukkan diri dan tolong sangat sangat pilih kawan yang betul.
Akhir kata doakan aku berubah dan segala nasihat dan pendapat korang akan aku guna pakai untuk mungkin berubah ke arah hari lebih baik di masa akan datang.
Terima kasih, Nick…
– Nick (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit