Si Pendosa Malang

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih kepada admin kalau cerita ini disiarkan. Aku Shaff, seorang penganggur yang masih mencari tujuan hidup akibat jatuh teruk penangan seseorang.

Aku anak sulung dari 3 beradik. Ayah telah meninggal dunia sewaktu kami masih kecil. Hanya emak yang menjaga kami sehingga ke besar. Hidupku tidak seindah orang lain. Kami hidup susah sampai makan pun nak kena catu. Tapi kami bahagia walaupun serba kekurangan.

Titik hitam hidup aku bermula sewaktu aku bermalam di rumah saudaraku. Aku sewaktu itu berumur 9 tahun. Aku, adikku dan seorang saudara tidur di hadapan tv. Tiba- tiba aku terjaga, aku telah diraba oleh ayah kepada saudara aku semasa aku tidur. Tangannya dimasukkan ke dalam seluar ku dengan tanpa rasa bersalah merabaku. Aku pulang ke rumah ke esokkan harinya tanpa memberitahu kepada sesiapa. Kerana pada waktu itu, aku tidak faham apa yang lelaki itu lakukan pada aku.

Episod hitam hidup aku berlaku lagi apabila emakku berkahwin lain. Ayah tiriku juga pernah merabaku sewaktu aku di sekolah menangis. Aku hanya menangis dan memberitahu emak apa yang dia lakukan. Setelah berlaku beberapa pergaduhan, dan dia juga terlibat dengan dadah, akhirnya telah ditangkap polis.

Akhir sekali, episod hidup aku yang paling membuatkan aku jatuh teruk dan membuatkan layak di panggil si pendosa malang. Aku telah berkenalan dengan seorang lelaki di tempat belajar. Lelaki ini yang approach aku dahulu. Tapi kami tidak bercakap. Akhirnya kami lost contact. Tapi, kami dipertemukan kembali di laman sosial, disitu lah bermulanya hubungan kami.

Aku seorang yang pendiam dan pemalu orangnya. Dan aku pun tidak sangka seseorang yang pendiam dan pemalu macam aku ini boleh terjebak dengan semua ini. Awal- awal perhubungan kami, bahagia macam orang lain, tapi makin lama bersama dengannya. Dia mula chat aku ke arah kemaksiatan. Akhirnya aku terikut kerana sayang. Kami berjumpa setelah berhubung melalui fon sahaja. Setelah beberapa kali berjumpa dengannya, akhirnya dia mengajak aku ke hotel untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia berjanji pada aku yang dia akan bertanggungjawab ke atas ku, dia akan kahwin dengan aku dan terus menerus menabur janji dan harapan setinggi langit kepadaku. Setelah itu, dia makin seronok mengajakku melakukan benda terkutuk itu walaupun kami tinggal berjauhan.

Aku dan dia makin berjauhan apabila aku sudah tamat belajar. Aku balik ke kampungku dan menyebabkan semakin susah untuk berjumpa dengannya. Hubungan kami makin hari makin lain. Kehidupan kami dua-dua susah. Dia menanggung keluarganya dan sebab itu perancangan kahwin kami banyak kali tertangguh. Dia makin stress dan serabut. Aku pernah, mengajaknya bertaubat dua kali, aku takut. Tapi bila aku mengajaknya, dia hanya diam tanpa respons. Hubungan kami makin suram. Kerana aku takut dan tak ingin melayan nafsunya di chat.

Aku mengajaknya berkahwin secepat mungkin kerana aku takut dia semakin berubah lain denganku. Tapi dia berkata tahun depan kerana kewangan tidak mengizinkan. Tapi, kami banyak bergaduh akhirnya dia mintak putuskan hubungan dan berkata telah tawar hati denganku

Aku pergi ke tempatnya untuk memujuknya. Aku menunggu dia habis kerja sampai pukul 12 malam, akhirnya baru dapat berjumpa. Kerana telah lewat, akhirnya dia mengajakku untuk check in hotel. Rupa rupanya dia mempergunakan aku untuk melampiaskan nafsunya buat kali terakhir. Ya, aku terlalu bodoh.

Dia tinggalkan aku selepas 1 bulan selepas itu, dalam masa 1 bulan itu dia hanya berpura – pura sayangkan aku kerana dia takut aku mengandung, dan makin lama chatnya makin pendek sepatah sepatah. Setelah dia tahu yang aku tidak mengandung, Akhirnya dia berterus terang, yang dia memang tak nak ada apa apa dengan aku sejak sebelum aku datang ke tempatnya dan dia sudah mempunyai orang lain. Hatinya sudah pada orang lain. Dia sudah tawar hati dengan aku

Betapa hancurnya hati aku, betapa sakitnya perbuatan dia pada aku. Dengan semudah itu dia membuang aku tanpa belas kasihan. Aku minta dia bertanggungjawab. Dan yang aku dapat hanya bluetick dari dia. Keluarganya juga hanya mendiamkan diri. Aku betul betul tersungkur.

Benar lah orang kata, perempuan akan menjadi bodoh disebabkan lelaki, sanggup serahkan semua kerana sayang. Tapi tengoklah apa balasan yang perempuan dapat atas kebodohannya.

Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Aku sudah bertaubat. Aku mendekatkan diri aku dengan Allah. Aku tidak dapat mafkan semua perbuatan lelaki tersebut pada aku sampai aku mati. Sehingga ke saat akhir dia mempergunakan aku. Sampainya hati dia, dengan setinggi langit harapan, bertaburan janji janji manis dan yang aku dapat hanya duri duri yang harus aku telan hari hari.

Dia tanpa sikit pun rasa bersalah buat aku macam ni. Malah berbahagia, berseronok, bersuka ria dengan perempuan baru itu. Sedangkan aku merana menderita menanggung kesakitan yang amat sangat angkara perbuatannya. Aku dipandang hina oleh dia. Sungguh tak ku sangka, orang yang selama ini aku mati – mati percaya, mati – mati sayang,mati- mati setia akhirnya perlakukan aku seperti sampah.

Hari – hari aku teringat dia. Aku ingin dia bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan. Aku fikir dia akan menjagaku, menjadi pelindungku kerana aku tiada ayah. Rupa rupanya dia hanya ingin mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahanku.

Aku tidak kuat, hari – hari aku menangis mengenangkan nasib hidupku. Aku menyesal, aku bertaubat, aku depresi. Kepada pembaca, jadikan lah cerita aku ini sebagai pengajaran. Jangan letak sepenuh pengharapan kepada manusia dan jangan terlalu percaya kepada manusia. Kerana manusia itu sering berubah ubah. Letakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah.

Aku buntu. Bantu aku. Apa yang patut aku buat?

– Shaff

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *