Si Penghutang

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku Lily, sudah berkahwin. Aku nak kongsi kisah berkenaan hutang. Bukan aku yang berhutang, tapi orang berhutang dengan aku.

Aku ada sepupu, nama dia Izzati. Izzati ni dulu ada kerja yang bagus, gaji pun kira stabil lah masa tu dia still single. Tapi Zati ni terlalu taksub nak jadi kaya.

Ye lah, dekat social media tu masing-masing dengan aset rumah besar-besar, kereta mewah. Jadi, Zati cuba untuk jadi kaya dengan jalan pintas.

Bermacam-macam jenis MLM/skim cepat kaya dia join. Akhirnya, sikap tamak Zati memakan diri dia sendiri. Dia tertipu, habis rumah mak ayah dia tergadai, duit dalam bank habis, tambah pulak pinjam dengan ahlong dan buat loan dengan bank.

Rumah dia kena refinance. Untuk bayar hutang, Zati ambik keputusan untuk pinjam dari kami saudara mara. Kami pun atas alasan simpati, pinjam kan lah sebab ahlong dah datang rumah buat kecoh.

Masa tu aku ada buat simpanan, jadi Zati pinjam daripada aku dalam RM10k, daripada ayah aku RM40k, dari pakcik2 makcik2 lain aku tak sure berapa. Dengan janji Zati nak bayar kepada kami secara ansuran.

Setelah setahun, masih tiada bayang dari Zati untuk dia bayar hutang dia. Masa tu aku nak kahwin, jadi aku perlukan duit. Aku cuba berbincang dengan Zati, aku cakap yang aku sangat-sangat perlukan duit.

Zati berjanji nak bayar hutang seminggu sebelum majlis kahwin aku. Makin dekat tarikh majlis aku, Zati dah menghilang. Aku cuba minta duit aku balik, dia mula ignore messages & calls aku.

Aku merupakan anak sulung dan masih ada adik2 yang bersekolah, jadi aku tak nak bebankan parents aku untuk majlis aku sendiri. Disebabkan Zati masih tak pulangkan duit aku, aku pun taknak apply loan semata untuk kahwin, jadi aku buat majlis secara sederhana.

Suami aku faham dengan keadaan aku, dia mulanya nak tolong bayarkan untuk majlis resepsi belah family aku, tapi aku tak tergamak nak gunakan duit dia disebabkan dia sudah keluarkan duit untuk majlis sambut menantu. Aku redha majlis resepsi dilangsungkan dalam serba sederhana.

Selepas kahwin, aku bekerja dan suami aku juga bekerja. Gaji suami aku agak banyak dari aku, jadi kami dapat hidup dengan agak selesa, alhamdulillah. Disebabkan Zati nampak kehidupan aku bertambah baik, dia langsung tak berniat untuk bayar hutang dia.

Ayah aku pun dah penat minta duit dia balik, memang Zati tak layan. Tapi dalam family group atau family event, Zati aktif je.

Cuma bila dipersoalkan bab hutang, dia pura2 lupa. Dia siap ugut kalau sesiapa minta hutang dari dia, maksudnya orang tu berdosa sebab buat dia terasa hati dan jauh diri, konon berdosa putuskan silaturrahim.

Family kami memang rapat, jadi pakcik makcik aku tak sampai hati nak ugut Zati. Setelah 2 tahun, Zati pun berkahwin. Perkahwinan dia gilang gemilang, siap pergi honeymoon. Sakitnya hati aku bila tengok Zati show off dekat instagram, hanya Allah saja yang tahu.

Siap tunjuk kat aku life dia lepas kahwin. Semua dia nak tunjuk, tapi bila parents Zati mula desak dia bayar hutang, Zati mula buat kisah sedih cakap gaji tak cukup, nak makan pun susah. Kalau gaji tak cukup, mana dapat duit makan luar sedap2, siap bercuti?

Tiap minggu makan sedap, keluar jalan2. Tapi bila aku suarakan pasal hutang, dia mula menuduh aku cuba untuk putuskan silaturrahim.

Aku pernah mengadu dengan suami aku, memang aku tak perlukan duit tu sebab aku bekerja dan aku sudah ada simpanan yang baru, malah suami aku juga bagi nafkah kat aku, tapi hutang tetap hutang.

Duit Rm10k yang aku bagi pinjam bukan jatuh dari langit. Tu hasil susah payah aku bekerja & menyimpan.

Sekarang, Zati sudah punya anak. Siap beli kereta baru, bawak keluarga mertua duduk dengan dia untuk jaga masa pantang (dia tak rapat dengan family dia sbb kes berjoli tapi hutang tak bayar), siap buat baby shower untuk baby, berjalan-jalan dengan family mertua.

Aku bukan dengki, tapi kita ni biarlah hidup atas kemampuan sendiri. Jangan disebabkan nak menunjuk, kita sendiri merana.

Siapa sangka, orang seperti Zati yang sentiasa nampak bahagia dan mewah di social media, rupanya ada hutang keliling pinggang. Bukan amount yang sikit. Banyak sangat, yang pembaca pun tak sangka banyak macam tu.

Semata untuk menunjuk, dia sanggup ugut keluarga sendiri, dia sanggup tipu nenek kami, gadaikan semua emas nenek kami dengan alasan nak bayar hutang ahlong, and janji nak tebus semula, tapi sudah 3 tahun, satu sen tak dibayar.

Zati yang dulu dipuji keluarga berjaya dalam pelajaran & pekerjaan, sentiasa aku hormat sebab ilmu agama yang tinggi, akhirnya menikam kami dari belakang.

Aku dah malas nak bergaduh sebab zati suka play victim. Jadi aku hanya mampu tengok dia post untuk tujuan menunjuk di social media.

Zati juga seorang yang suka ber’dakwah sentap’. Suka post di FB mengutuk orang tak buat perkara sunnah itu ini, mengatakan sambutan hari lahir itu haram etc. Sedarkah dia bahawa hutang itu juga penting untuk kita langsaikan?

Untuk Zati, semoga suatu hari nanti Tuhan bukakan pintu hati untuk bayar hutang, atau supaya suatu hari nanti kau sedar kesalahan kau.

Sejak kau tipu aku, banyak kau provoke aku dari pelbagai sudut. Jika kau rasa hidup perlu bersaing siapa lagi bahagia di social media, kau sudah lama menang.

Kau tunjuklah kehidupan kau yang tampak mewah di alam maya untuk pujian kawan2 kau. Harap kau tak lupa yang disebalik kesenangan dan rezeki yang kau dapat, ada satu beban hutang yang perlu kau langsaikan.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *