Si Penjatuh Hukum

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, umur saya sekitar 30-an dan berasal dari Utara. Entry saya kali ni sedikit lain dari yang selalu saya baca di IIUM Confession.

Untuk pengenalan, aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Tidak susah mahu pun dari keluarga berada.

Masa aku kecil sampai lah aku besar, aku hadap pelbagai jenis perangai manusia. Tapi paling aku nak cerita ni pasal si tukang jatuh hukum.

Mungkin orang akan berkata “alah kau kecik lagi masa tu, boleh percaya ke apa yang kau cakap ni?”

Tapi percaya atau tidak setiap kejadian dan percakapan orang sekililing meninggalkan kesan dekat aku cuma masa kita kecil kurang faham lah.

Alkisah nya begini, baru-baru ni salah 1 dari sepupu aku ada konflik besar dalam keluarga. Sepupu aku ni dia memang ketara benci dia dekat mak dia sendiri.

Kira sepanjang dekat 1 tahun dia tak contact mak pak dia. Pasal apa pun aku pun tak tahu.

Disebabkan mak aku ni dikalangan adik beradik dengan mak cik aku ni, dia mengadu masalah keluarga dia dekat mak aku. Boleh dikatakan sepupu aku bersikap rebel yang teramat dekat mak dia sendiri.

Kalau dari pandangan luar aku boleh describe macam kurang ajar (last aku jumpa masa gathering family dia cakap sedikit menengking dengan mak dia)

Tapi aku didik hati aku untuk tidak 100% menjatuhkan hukum sebab aku tak berada dekat tempat dia dan tak 1 rumah dengan sepupu aku yang rebel tu.

Hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi perkara jadi tak sedap.

Mak aku menceritakan setiap apa yang terjadi dekat sepupu aku dekat aku dan setiap musibah yang sepupu aku lalui baru-baru ni terus dijatuhkan hukum sebagai “balasan dari Allah”.

Baru2 ni mak aku dapat tahu sepupu aku sakit, dicerita lah dekat aku.

Tiba2 je mak aku terus cakap “tu lah sepupu kau, derhaka dekat mak pak sendiri hal kecik-kecik pun nak dibesar-besarkan, sekarang ada sakit 2 serangkai dah tu nanti dia sakit apa pahtu kena operate.

kena operate sebab apa tah, dekat dunia ni kita kalau derhaka dekat mak pak memang Allah bayar cash!” Tersentak aku.

Tapi aku rasa mak aku ni tak sedar aku pun bakal menjalani pembedahan. Patut ka aku cakap kat dia “habis la ni kita mau operate tak lama lagi sebab ada sakit pun anak derhaka ke?”

Aku takut juga sikap bercakap tentang musibah seseorang lalu terus menjatuhkan hukum mengakibatkan diri dia sendiri terkena balik atau paling tak pun keluarga terdekat sebab apa?

Kita tak tahu betul ke percakapan kita tu tentang seseorang. Andai salah kita ni dikira menfitnah.

Musibah tu didatangkan oleh Allah jadi kalau tafsiran kita salah,itu dikira kita menfitnah Allah. Tak takut ke?

Aku sedikit terkilan sebab aku bukan jenis manusia yang suka menjatuhkan hukum. Bukan ni sahaja, dekat tempat kerja aku pun sama.

Ada 1 kawan kerja aku ni, selalu dia bawa kereta pergi kerja tapi disebabkan kereta dia problem dia bawa moto saja.

Masa awal pagi waktu dia hendak ke tempat kerja dia mengalami kemalangan motosikal yang teruk akibat jalan licin.

Jadi lama lah dia tak dapat bekerja dan terus bos aku yang kebetulan berborak dengan aku menjatuhkan hukum,

“Hah tu lah, dia tu jarang-jarang nampak dekat surau, kan dah eksiden. Tu pengajaran lah tu untuk dia supaya ingat dekat Allah. Haritu masa aku melawat dia, dekat rumah aku cakap benda sama direct dekat muka dia. Dia diam saja tu mesti rasa bersalah lah tu.. ”

Terus aku mengucap panjang. Allahu.. “macam mana bos tahu dia eksiden sebab tak solat dekat surau?” tanya aku lagi.

Bos aku pun dengan selamber je cakap “aku tahu lah, dia tu aku tak pernah nampak dekat surau, sembahyang jumaat apa lagi bla bla bla” terus aku sambung kerja aku.

Malas aku nak layan orang macam ni. macam mana lah bos aku ni boleh jadi ahli nujum untuk setiap orang yang terkena musibah yang jadi?

Kau penolong tuhan ke apa? Sebenarnya sikap menghukum ni kita tak patut jadikan norma. Sebab utama dia kita bukan tuhan.

Tolonglah didik hati supaya tak bersikap menjatuhkan hukum terhadap benda yang kita tak pasti. Takut-takut Allah akan bagi benda yang sama dekat kita balik.

Tapi andai kata si tukang kata bernasib baik benda tu boleh pergi ke orang yang dia rapat tak kira suami isteri ke anak beranak ke apa.

Sama-sama kita didik hati jangan kata macam-macam pasal benda tak pasti. Aku pasti semua pernah rasa hal macam ni. Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita semua dari jadi tukang jatuh hukum benda tak pasti.

– Moya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *