Si Penjual Daging

Assalamualaikum. Terima Kasih sekiranya confession ini disiarkan. Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua pembaca.

Nama aku Mukmin. Aku pelajar lepasan SPM yang menunggu untuk melanjutkan pelajaran selepas raya nanti. Aku bekerja sementara di sebuah 7 Eleven berdekatan rumah aku di bandar Kuala Terengganu. Keluarga aku orang susah. Ayah aku sudah tua dan tak mampu bekerja. Mak aku pulak ambil upah mengasuh anak orang. Nak dipendekkan cerita, sempena kita semua nak menyambut hari raya, 3 hari sebelum raya tiba, aku ada hulurkan sedikit duit untuk mak aku. Duit tu aku bagi untuk mak aku beli keperluan nak masak untuk hari raya. Biasalah nak raya kan, takkan lah nak hidang air kosong untuk saudara mara yang datang beraya kan.. Jadi mak aku teruslah buat kira2 nak beli apa kat pasar nanti dengan duit yang aku bagi campur dgn duit simpanan dia. Bukan apa, kalau terlebih belanja susah pulak nanti.

Esoknya (2hari sebelum raya) mak aku pergi lah ke pasar Chabang Tiga. Mak aku pergi pagi2 lagi lepas subuh.. Masa tu aku belum balik kerja lagi sebab aku shif malam dan pekerja selepas aku tu masuk lewat jadi aku kene tunggu sampai dia datang. Mak aku ni pergi awal pagi ke pasar tu sb nak beli daging.. Sebab slalu nya daging cepat habis kalau lambat2 beli.. Bila dah sampai kat 1 tempat jual daging ni, mak aku mintak lah nak beli 2.5kg. Mak aku tunjuk daging yang mak aku nak tu… Mak aku ckp “dik kalau boleh makcik taknak urat dan lemak ye” salah ke mak aku cakap mcm tu..? Tak kisah la weh setakat lemak sikit2 tu, kitorang ni orang susah, dapat makan daging pon bersyukur dah. Mak aku ni mate tak nampak, pakai spek pon still lg blur2. Dah la kat jual daging tu pasang lampu kaler oren. daging yang mak aku nak tu semua isi.. memang elok.. kalau ade lemak tersembunyi pon takde la banyak mane pon lemak.. Mak aku cakap dia tak perasan bila budak tu ambik daging yang mak aku tunjuk tu sb mase tu jugak ade la makcik yang dia kenal datang tegur dia.. Dan2 mase tu jugakla budak tu dah sudah potong daging 2.5kg yang mak aku nak tu.. Mak aku cakapla dlm aty.. cepatnya potong daging, pastu siap tanye lg adik ambik ke tak daging yang makcik nak tadi..? Budak tu pon angguk. Jadi mak aku pon bayar la harge daging 2.5kg di mana harga pada hari tu RM32 sekilo.

Bile aku balik rumah dalam pukul 9 pagi, aku tengok mak aku duk kat dapur tengah siap2 barang nak masak. Aku tengok muke dia sugul aje.. Aku tanye la kenapa, mak aku tunjuk daging yang dia beli pagi tadi.. Korang tau tak, daging tu nipis2 je.. bukan macam daging yang mak aku nak, tau kenapa nipis..? sebab si penjual daging yang mulia tu letak 1.5kg lemak.. so yang mak aku beli tu banyak lemak dari daging.. Lemak yang keras2 kaler putih tu weh, kalau x kenal, pegi la tanye kat orang jual daging..kiranya kalau buang lemak tu, isi tu jadi macam isi daging yang orang hiris nak buat lamb chop tula… Nak pegi tukar, mak aku dah potong.. La;au pergi tukar pon blm tentu nak layam ke tak….Mak aku menangis weh.. mak aku cakap, kita dah la orang susah, xde duit.. beli daging, orang buat mcam ni pulak..sampai hati… 1 plastik lemak tu.. mak aku timbang 1.5kg.. aku xtau la kalau korang duk tempat kami ape korang rase.. Kalau nak buat sup mungkin boleh la ambik lemak tu rebus kot.. ni nak masak rendang, xkan la jd rendang lemak lembu..? serious… isinye sikit tp lemak yang banyak.. mungkin bagi orang banyak duit apelah sangat kan.. boleh beli daging lain… tapi mak aku ralat kot… terkilan sangat kata dia…

Kepada penjual daging kat pasar yang aku sebut di atas tu, walaupon mungkin bukan rezeki kami nak makan daging yang elok, tapi mak aku cakap susah dia nak halalkan duit yang dia bayar dengan barang yang kau jual.., sambil masak pon mak aku masih terkilan tengok keadaan daging yang tak serupa daging tu…Ingat berkat ke bagi anak bini makan duit xhalal weh..? Merangkak la esok kau carik mak aku kat akhirat sana. Aku harap mak aku ni orang pertama dan terakhir yang kau buat macam ni. Aku bukan mintak simpati siapa2, cuma aku pon rasa terkilan sama.. janganlah nanti kecam orang miskin macam kami tak layak makan daging pulak.. – siMiskin-

– Ahmad Mukmin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit