Assalamualaikum semua. First of all, terima kasih kepada admin sebab approve confession ini, sekiranya diterima.
Aku cuma nak confess pasal kehidupan seorang perempuan, Si Penunggu. Ya, aku si penunggu masa untuk berbakti dan membalas jasa kepada seorang ibu.
Shortly, aku adalah seorang anak harapan keluarga. Belajar sampai ke peringkat master, berumur hampir 30-an dan single. Single, setelah tiada jodoh dengan si dia. Abaikan ~
Last year, alhamdulillah ak telah grad master, pernah bekerja, tapi aku berhenti atas permintaan ibu aku. Plus, aku dapat banyak tekanan dan gangguan manusia di tempat kerja itu.
So, aku menurut saja kehendak ibu aku dan sehinggalah sekarang, hampir separuh tahun aku hanya stay di rumah dan buat kerja part-time dari rumah saja, iaitu homeschooling teacher. Ada la duit poket sikit.
Namun, aku masih ingin teruskan hasrat hati untuk capai cita-cita aku, aku ingin menjadi seorang wanita yang berkerjaya.
Aku terima banyak panggilan interview dari company. Cuma, dilema aku sekarang ini ialah aku tak sanggup nak tinggalkan ibu aku sendirian di rumah.
Aku sedih. Sebabnya hanya aku yang selalu jadi tempat luahan hati dia. Adik beradikku semua sudah berkahwin.
Dan setiap kali aku beritahu yang aku dapat interview, ibuku mengharapkan company yang dekat dengan negeri sendiri.
Walhal, aku selalu dapat invitation daripada company luar negeri. Walaupun tiada kata-kata bantahan, tapi aku cukup faham dengan riak wajahnya.
Anehnya, setiap kali dapat interview, masa tu juga lah kes Covid meningkat, banjir, tanah runtuh berlaku. Allahu. End up, aku tak kemana- mana.
Kadang-kadang, hati aku memberontak untuk tidak hiraukan persoal ibu aku. Tapi, aku bukan sejenis ignorant. Aku tak boleh. Tak berkait lagi dengan soalan jiran-jiran sekeliling.
Selalu sangat aku berkecil hati apabila ditanya soal kerja.
Bukannya aku goyang kaki saja di rumah, sama seperti suri rumah, cuma tiada anak, laki saja. Itu pun satu bakti dan nikmat bilamana boleh tolong ibu di rumah. **Ibu aku masih bekerja lagi.
Ya lah, aku merantau ke luar negeri dan belajar hampir 10 tahun. Inilah masanya aku bersama ibu di rumah.
Bukan aku tak nak kerja, tapi rezeki tiada lagi ke arah tu. Sampaikan aku terfikir, kerja itu suatu kewajipan ke untuk seorang perempuan?
Aku sedar dan aku faham, kita bekerja atas dasar tanggungjawab.
Tapi, kenapa ia dianggap suatu kemestian dan keperluan bilamana dalam keadaan ekonomi negara yang tak stabil ini. Dan aku dah pun prepare saving untuk keperluan sendiri dalam tempoh ‘goyang kaki’ ni.
Pernah aku terima ayat sentap. “Tiada orang yang nak bagi duit free pada kita, kalau bukan kita yang cari”.
Oh man, me down.. Aku faham makna tersirat, tapi mohon perbetulkan ayat tersurat tu. Sampaikan aku rasa tak nak jumpa manusia, disebabkan malu bilamana mereka persoal tingkat pendidikanku dan kerjaya.
Kadang-kadang, manusia merancang melebihi Tuhan!
Soal jodoh, mujur lah family besar aku jenis yang utamakan pendidikan. Jadi, mereka faham. Cuma, segelintir mak cik tu je yang ‘lambat’.
Jawapanku, hanya senyum dan diam je. Sebabnya masih ada sisa hormat pada orang tua yang ‘sedemikian’. Dan aku takut, kalau aku bercakap, habis banjir kawasan perumahan ini.
Ya lah, hati masih bertatih untuk move on. Tapi, bab ni bukan priority aku. In fact, aku tak mampu lagi untuk usahakan ke arah tu. Pernah sekali aku bertanya pada ibuku perihal kahwin dan kerja.
Dan straight forward, ibuku berkata ingin melihat aku bekerja sebelum berkahwin. Ya, aku bersetuju atas sebab musabab yang jelas nyata.
So, sami’na wa ato’na. Aku harap, one fine day, aku dapat ‘fired’ kan mak aku daripada bekerja, dan aku yang tanggung diri beliau.
Itu saja confession aku. Terima kasih sebab sudi baca penulisan ini. Sebabnya aku betul-betul rasa down dengan diri aku dan orang sekelilingku.
Aku takut bilamana aku diam, aku terjebak kepada dipression. Nauzubillah. Mungkin bagi sesetengah orang, hal ini adalah remeh. Tapi, tidak bagi aku.
Guys, tolong doakan semoga Allah permudahkan kesempitan aku ini. Mudah²an penantian ini suatu kemanisan di pengakhirannya.
Moga dihadiahi aku rezeki kerja yang bersesuaian dengan kemampuanku, dan yang paling utama ialah selalu dekat dengan ibu. In sha Allah.
– Adek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit