Si Ratu Hati

Hai Assalamualaikum, nama aku Koala Obes. Hakhak. Terima kasih Admin kalau confession ni di siarkan. Takde nak buat curhat tapi nak story pasal Si Ratu Hati, Mak ku sayang.

Flashback 1 :

“Haa nak ambik ni Koala, Mak ada beli nasi lemak, chicken chop dan donut. Semua kau suka kan. Ayah kau tak boleh tengok semua benda ni, mesti ingat kau. Haa makan.”

Tapi, selepas tu…

“Tsk tsk tsk, asyik makan je kau ni kan Koala. Bila nak diet? Macam ni laa anak-anak, sorang sejenis takut makanan sampai cekeding, sorang tak berhenti makan. Asyik makan je.”

So aku start diet. Mmg ada perubahan, banyak kilo gak turun. Tapi semuanya musnah gara-gara Mak.

“Mak tengok kau ni tak makan nasik, haa ni Mak beli semua kau suka. Tengok kau ni lembik je takde tenaga.”

Maka tamatlah riwayat diet si Koala. Bila mana membulat balik dah dia tanya pulak, “hari tu Mak tengok kau diet elok je comey, taknak diet balik ke?” And the cycle continues. T_T

Flashback 2 : Zaman Kolej.

Setiap kali balik cuti sem, confirm!! Balik dengan bagasi kosong. Why?

Sebab bagasi tu semua Mak aku akan sumbat dengan segala jenis makanan. Tapau lauk 2, 3 jenis. Roti, gula2, biskut, 3 in 1 , segala mak nenek jajan.

Nama aku mmg selalu naik dekat opis kolej, sebab Mak selalu pos makanan. Bukan beshe beshe bosskurr. 1 kotak yang besar gedabak. Maka bertebaranlah makanan tersebut kepada kawan2.

Bila time calling2,

“Haa Koala, kau dah makan belum nak pergi kelas tu?”

“Dah Mak, makan biskut.”

“Apa?? Biskut!! Ish ish, punya laa aku didik anak2 aku makan nasik pagi2 kasi tenaga. Kau makan biskut kenapa. Perut kau dah la besar, setakat biskut setempek kat dinding perut kau je.” -_-

Flashback 3 : Bila Time Keluar Pergi Pasar.

Pantang bagi Mak aku kalau aku tak beli makanan untuk diri sendiri. “Haa tengok la apa kau nak, ambik ambik. Ayam goreng ada ni, keropok ada, karipap nak?”

Tapi bila time aku makan, maka bermulalah drama “tsk tsk tsk, asyik makan je kau kan. Tak berkhasiat pulak tu.”

Flashback 4 : Time Aku Moody.

“Mak tengok muncung kau dah boleh di ikat ngan tali rafia. Meh keluar, kita pow Ayah kau” Maka dapatlah hasil kfc + kasut baru.

Sesungguhnya aku anak durjana, serta merta muncung menipis bila dapat pow ayah. Hahahahaha. Ampunn.

Cukup lah setakat ini, nak di flashback semua mmg takkan habis. Nak cakap apa? Itulah Mak kita.

Kasihnya tiada bertepi, sayangnya tidak berpenghujung. Sentiasa ada dalam duka, sentiasa disisi saat gembira.

Yang paling penting, anak makan non stop dia susah hati. Anak tak makan dia lagi susah hati. -_- Maka hargailah Mak kita semua. Kenangan dengan Mak yang paling terpahat di hati.

Yang masih ada Mak, jom kita sama2 berusaha jadi anak yang lebih baik. Yang dah takde Mak, jadilah anak yang soleh kerana

Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

Adios!

– Koala Obes (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *