Si Rendah Diri

Assalamualaikum semua. Nama aku Zaif, berumur 28 tahun dan berasal dari negeri utara yang berpulau. Sebenarnya, aku tertarik dengan confession gadis ANC yang bernama Amira (https://iiumc.com/pengalaman-kerja-bekas-penerima-anc/).

Bila baca confession si Amira ni, aku teringat dengan zaman belajar dahulu. Kalau banding akademik aku dengan si Amira, memang macam langit dan bumi. Rasa rendah diri oo, tapi itu masa masa belajar, sewaktu kerja lain pulak.

Kisah aku bermula begini, aku anak lelaki tunggal dari 3 orang adik beradik. Aku dari keluarga yang cukup-cukup makan sahaja. Kakak dan adik perempuan aku ni memang bijak dalam akademik dan kebanggaan keluarga, nak dibandingkan dengan aku, anak lelaki tunggal tapi pelajaran biasa-biasa sahaja, cukup makan kata orang.

PMR biasa, SPM pun biasa juga. Bermula semasa diploma, aku lebih tekun belajar, merasa la juga anugerah dekan 2-3 kali sepanjang pengajian diploma. Cabaran aku bermula semasa pengajian ijazah, dapat pula course yang aku tak minat. Satu habuk yang aku belajar, satu pun tak berapa nak lekat, rasa macam sia-sia pun ada. Sebab apa? sebab aku tak minat dengan course tu.

Sepanjang pengajian ijazah, aku pernah repeat paper sebanyak 14 kali, extend semester sampai part 9, dan juga pernah dismiss (dibuang) semasa part 8 dan part 9. Sumpah malu, sebab masa diploma ramai ingat aku ni budak pandai.

Semasa ijazah macam sampah, rasa nak terjun bangunan pun ada. Masa ni juga aku putuskan hubungan dengan GF aku, sebab rasa rendah diri sangat. Padahal dia selalu je bagi kata2 nasihat, dan tak pernah pandang rendah pada aku, mak bapak dia pun suka aku, tapi itu cerita lama la. Baru-baru ni aku dengar dia baru je Konvo Master. Ada lah juga dia contact aku, rindu katanya. Entahlah..

Malu nak tunjuk muka kat ibu ayah, rasa nak putus asa, tapi kasih sayang dan doa ibu bapa yang buat aku habiskan pengajian. Dan akhirnya, habis juga pengajian ijazah. Aku tak pergi Majlis Konvo yang berlangsung.

Ok, sekarang masuk fasa alam pekerjaan, dengan CGPA aku yang entah apa2 tu, aku tak memilih kerja
sangat. Pohon macam-macam, satu haram pun tak dapat. Akhirnya apply jawatan di satu hotel sebagai Store Assistant, bermula dengan gaji RM1200, kemudian naik RM1300. Tak lama selepas tu, naik pangkat jadi Store Officer dengan gaji RM1500. Dekat sini, cuma kerja selama 9 bulan je. Sebab
kerja teruk dan overload, dan lagi satu perkauman.

Selepas tu, aku apply masuk kerja sebagai seorang Buyer di satu kilang yand ada kaitan dengan industri Oil & Gas, bermula dengan gaji RM1800. Aku masih di kilang ni, dah nak dekat 2 tahun di sini, gaji pun dah RM3000. Memandangkan masa ijazah, aku ni macam orang tak ada masa depan. Aku berjanji kat diri sendiri untuk all out masa kerja dan redeem balik maruah aku yang jatuh tu dan buat ibu bapa bangga pada aku.

Aku tak ANC macam si Amira, rasa rendah sikit bila borak pasal akademik, tapi pasal kerja ok je. Sewaktu kerja ni penemuduga bukan peduli sangat pun pasal result, masa temuduga sebagai Buyer ni, yang temuduga aku tu tak tengok pun CGPA. Yang dia tengok sijil dan pengalaman, dan lagi satu paling
penting SOFTSKILL. Dekat kilang ni, aku guna segala softskill yang ada, dan serap segala ilmu yang boleh. Walaupun belajar bidang lain, kerja bidang lain takda masalah pun.

Rasa rendah diri ni masih terbawa-bawa, cuma aku sedang bina keyakinan diri dan perbaiki kemahiran lain. Aku ni cuma lelaki dengan paras rupa yang biasa, tapi bersungguh-sungguh dengan alam kehidupan dan belajar tunaikan tanggungjawab pada ibu bapa dan keluarga. Tahun lepas ada 4 orang gadis confess perasaan pada aku, semua aku reject. Bukan pasal rupa, tapi lebih kepada kedegilan aku yang nak tebus kegagalan aku dulu, sehinggalah aku berjaya.

Cukuplah sampai sini, kepada si gadis ANC, Amira. Aku faham maksud confession kau tu, kau cuba confess kau lebih layak dapat yang terbaik sebab usaha kau untuk dapatkan ANC dahulu tu. Tapi kadang-kadang usaha tu tak cukup. Aplikasi semasa belajar dan semasa pekerjaan adalah sangat berbeza. BOOK SMART & STREET SMART cukup berbeza. Dan yang paling penting banyakkan berdoa kepada ALLAH S.W.T.

Banyak perkara yang aku dah lalu, tetapi cukup sekadar confession ni.

Daripada Zaif, lelaki yang sedang menebus kegagalan lalunya..

– Zaif

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *