Salam semua..
Aku tak tahu admin approve tak confession ni, kalau tak approve mereput la kat inbox ..confession aku simple je.
Ni aku dengan family menghadapi masalah yang sangat besar iaitu dengan kemunculan si S ni. Si S ni dah wujud lama dah kat rumah kitaoang, tapi dia makin besar kepala pulak selepas raya puasa hari tu. Mostly family kitaorang ni tidur tak lena, makan tak habis, minum tersembur balik air. Geram betul dengan gerangan si S ni. Ini semua S punya pasal la, tak reti hormat orang langsung. Tambah-tambah sekarang ni, kakak aku baru melahirkan anak , so lagi stress la hidup kitaorang satu family ni. Setiap masa kena sentiasa berjaga-jaga takut si S ni kacau budak kecik ni.
Si S ni datang tak bawak amaran tau, kalau nyamuk bunyi la bising kepak dia tu, so kita aware. Malam2 boleh tido dalam kelambu @ pasang kipas kuat2. Siang hari dia tak kacau. Ini tak, tak kira siang malam, tengah syok2 berehat tiba-tiba kena kacau. Hari-hari pulak tu. Sapa tahan??
Aku kesian kat mak aku, sampai telinga si S ni masuk. Kalau masuk jalan-jalan makan angin tak apa. Ni siap gigit lagi, pastu tak nak keluar. Tak tido 2 hari mak aku kesakitan. Baby yang tak cukup 40 hari tu pon kena gigit jugak . Kakak aku tersengguk2 jaga baby malam2, tengok 7 ekor dah ada kat atas tilam baby.Memang melampau la.
Ni biar aku berterus terang la siapa si S ni.. SEMUT.. aku panggil S je la. S kat rumah aku ni banyak jenis (semut hitam yang tak kacau orang, semut merah kecik yang suka gigit, semut mayat yang bau busuk). aku sebenarnya tak suka bunuh si S ni, al maklumla umat nabi Sulaiman, tapi diaorang dah melampau sangat2 (especially merah) semenjak dua menjak ni. Air putih (air masak) tu aku tak larat nak curah dalam sinki dah. Membazir sangat, padahal seekor S je, habis aku buang air tu. Tak kisah la 1 liter ke 2 liter ke waima 5 liter air sekalipon.
Yang menambahkan kegeraman aku, tengah aku dahaga gila,jumpa air dalam botol terus minum. Tengah syok minum tu, bersembur air kat mulut tengok si S ni bergelimpangan mati lemas dalam botol air tu. Haram jadah betul sebab aku dah tertelan air tu. Ni bukan benak (dungu) selama 40 hari, tapi dah bodoh setahun. Hampir setiap hari kot. Tambah-tambah kalau aku tak pakai spek especially time bangun tido. Kau bayangkanlah tengah aku syok2 dok menaip ni, tiba-tiba ‘krakk” dia gigit aku. Geram tak.
Aku tak faham, kenapa air masak jugak ko nak hurung. Kalau setakat minum seteguk dua, lepas tu kau larikan diri, aku tak kisah. Ni kau siap panggil kawan-kawan pastu berenang-renang dengan gembiranya. Lagi tak tahannya, kau sengaja bunuh diri dengan melemaskan diri dalam air tu. Huh, tak guna betul. Air paip yang mencurah-curah tu kau tak nak hurung pulak!!
Bila tengah sedap tido tak kisah la malam ke siang, tiba-tiba rasa sakit kena gigit. Tak lain tak bukan memang kerja kau la S. Sakit tau. Aku tak kacau kau langsung, aku tengah tido la. Apa salah aku? Kalau setakat gula kat dapur tu, aku tak heran lagi kalau kau (si S) ni nak berpesta, sebab tu makanan asasi kau. Ni aku tak boleh nak brain part air masak tu.
Ni yang lagi teruk, dah la kau gigit aku. Aku nak taruk la minyak gamat nak kasi hilang gatal2 tu. Dengan minyak2 gamat sekali kau hurung. Habis apa yang tinggal untuk aku??? Dah berbotol-botol Ridsect & Bygone kitaorang dah sembur. Tapi makin hari makin banyak wooii. Kalau jumpa je, mesti aku kenyek sampai mampus, kalau tak aku yang sakit kena gigit nanti.
Kalau bab makanan, kalau makanan manis aku tak kisah, ini keropok lekor yang tak goreng lagi dia dah serbu awal2. Nasi yang kitaorang tanak pon diorang dok hurung. Even sambal belacan yang pedas mak aku buat, diorang pon pegi bunuh diri jugak kat situ. Habis kitaorang nak makan apa???
Mak aku kata, sebab rumah kitaorang rumah kayu. Diorang dok bersarang dalam kayu. So far, aku tak jumpa lagi sarang dia. Takkanlah aku nak runtuhkan rumah kayu ni. Pastu kitaorang satu family nak duduk mana??
Kawan2 tolong suggest racun serangga apa yang berkesan. Kami dah tak tahan dah. kalau boleh tepek gambar sekali. Senang aku nak p beli.
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit