Untuk part I, (https://iiumc.com/si-senior-narsistik-ingin-naik-pangkat/).
Selesai membuang hajat.. Legaa..
Wow ramai diluar menanti sambungan ceritakuu hahaha..
Maaf sangat2 ye, baik2 aku sambung ceritanya.
Selesai keluar dari tandas, aku pon memulakan kerja seperti biasa.
Sebagai orang baru banyak yang perlu aku belajar lagi. Aku kehulu kehilir di dalam kilang. Cuba memahami setiap proses yang ada dalam kilang. Sekejap di depan, sekejap di belakang.
Kilang ini nampak tersusun, sangat bersih. Aku puji, berbanding kilang lama aku, takpelah tak perlu cerita aib kilang lama tersipu malu ex bos nanti.
Tanpa aku sedari, rupanya gelagat aku diperhatikan oleh seorang perkerja disitu. Pada pukul 4 petang lebih kurang begitu aku ditegur oleh seorang operator.
OPT : “Bro hensem, SV baru eh?”
Aku : “Betul2, awk memang betul. sayalah SV baru tu, amacam okey tak aku?”
OPT : “Mantap broo”
Aku : Lempang kang budak ni (Dalam hati)
Dialog atas semua tu adalah tahyul, haha. adalah sesuatu yang aku cakapkan pada dia, borak2 kosong, bertanya keadaan kerja disini.
Tetapi satu ayat yang terus melekat di ingatan aku,
“Kau kerja sini elok2 la ye, kat sini ada orang yang tak suka kita lebih dari dia, cakap2 belakang tu biasa kat sini, kalau kau nk bercerita pasal orang lain kalau boleh elakkan dulu, masalah semua tu.
Lagi satu kalau kau nak tau, kau SV yang kedua, Sv lepas tahan 3 bulan je, dan sebelum korang berdua memang tak pernah ada SV”.
Aku pon mengiyakan saja, biasalah setiap tempat ada masalahnya. Aku terima saje teguranya. Terima kasih juga sebab bukan mudah tiba2 ada orang nak mengingatkan kita macam ni.
Masa pon berlalu sampai tamat hari pertama..
Hari kedua kerja..
Pagi2 aku dimarahi. Aku pelik sebenarnya, aku akui kesalahan aku. kertas attendance perkerja aku tak sign dan hantar ke atas.
Tapi pada awalnya sebelum tu, aku dan senior berdua di meja itu dan dia merenung saja kertas itu. Aku tidak dimarahi terus ketika itu. Tapi apabila perkerja mulai ramai berada di line, tiba2 satu suara tinggi aku ada dengari.
(Sebelum tu aku nak bagitau, aku namakan diri aku Mat la ye). “Mat! ni attendance ni kau da tgok pagi tadi, apa tindakan kau?! biar sini je ke?!”. “Bawak atas, bg bos sign!”.
Terkejut hamba, apa ni. Tiba2 naik suara, operator yang lain terus memandang aku. Tetapi selang beberapa saat mereka terus alih pandangan dan buat kerja mereka.
Jujurnya aku mengeletar sikit, aku ada trauma sebenarnya dengan pekikan camni. Tapi alhamdulillah aku kawal, “ops sorry, igtkan biarkan kat fail tu je utk semakan, tak tau pula kena bawak atas. Baik2 saya bawak atas”.
Tapi aku akui memang salah aku pon. Cuma aku pelik kenapa marah time ni eh, bukan tadi?. Masa tu kan aku ada berdua dengan dia. Takpelah lantak lah. Aku pon sambung je apa yg patut. Orang baru banyak nak belajar ni.
Selang beberapa jam, dia dtg lagi. Borak sikit dan bagitahu aku perlu kenal packaging pula. Baik, aku dengar dan cuba fahamkan. Aku minta ada list tak untuk product size lain pasti packagingnya lain. Tapi beliau jawab takde, kena belajar sendiri.
Okey banyak size ni, takpelah seiring waktu aku akan belajar lagi. Selepas itu, tiba2 dia mula bercerita. Antara ayat permulaan ceritanya ialah.
“SV duluu….” “Engineer yang tu…..”
“Bos kita ni….” “Semua ni saya yang…”
Adeii, aku berkata dalam hati. “negative vibe lah brader ni. Aku malas dengar cerita2 orang ni. Aku nak kerja je ni.”
Dengan sendirinya selepas mendengar cerita2 itu, aku sedari badan aku letih, sebab jujurnya aku tidak mempunyai kebolehan untuk melayani cerita2 yang aku tak gemari. Aku tak pandai untuk berbohong acah2 minat dengan cerita negatif. Jadi balasan aku hanyalah,
“oh yeke bang..”
“laa yeke bang..”
“baik2 faham..”
“sekarang masalah tu da setel la eh bang..”
“bang, kau mesti mangsa buli dan pernah dipukul ramai2 kan?”
okey yang last tu gurau..
Cuma aku jadi bosan dengar cerita2 ini. Hidup aku perlukan ketenangan. Benda dah lepas takyah cerita la mat. Kita buat apa depan mata je lah. Kenapa nak sangat burukkan orang lain nii. Badan aku letih, kalau boleh aku nak sangat bagitau kat orang camni.
Aku dah 30an kot, aku bukan budak2. Kau buat camni kau hanya menampakkan kelemahan diri kau. Orang yang negatif camni aku da penat nak hadap. Tapi tulah mereka tetap ada dimana2.
Jujurnya aku dah berdepan beberapa kali dengan manusia macamni. Dan aku selalu perasan, mereka ini semuanya tak suka dengan aku hahaha. Sebab apa tau, orang mcm aku tak bagi tindak balas apa yang dorang nak.
Mereka akan nampak mcm aku tak berminat, aku selalunya tak kan sambung cerita mereka, aku akan menukar topik.
Sampailar mereka akan patah balik beberapa kali ke topik kutuk orang tu dan aku ulang reaction yang sama dan mereka akan sedar yang aku tak layan sangat cerita mereka. Kita dah besar kot, jantan pulak tu. Apa benda la cerita pasal orang.
Hari ketiga.. kejadian bercerita pasal orang pon berlaku lagi. Reaction yang sama aku beri. Dan aku mula nampak ceritanya berulang dan hambar.
Aku juga nampak dia seperti cuba membentuk aku, sedangkan aku tak boleh. Prinsip jiwa freedom tu tebal sangat dlm diri aku hahaha. Bosan dengar.
Hari keempat dan kelima masih terjadi, tapi ceritanya agak berkurang sedikit. Dia pon sedar kot aku tak nak dengar sangat cerita tu.
Yelah aku asyik tukar topik lain je kan. Dia mulai lain. Berjarak sedikit dengan aku. Dan aku berharap dia faham aku tak minat cerita tu. Aku pon bukan boleh dibentuk oleh dia..
Bersambung next post.. Aku akan cuba sambung lagi cepat2 ye. Hihi.
(Note : Tiada yang terjadi di dunia ini melainkan datang dengan hikmahNya, aku yakin ada pengajaran dari semua ini_
– Tenang is good (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betol dek. Acik kenal betina mulut hazab!
Ya Tuhan kalo dok ada peluang jah kompom dok BURUKKAN ORANG yang dia DENGKI.
Sejenis tak boleh tengok orang lain kerja dengan gembira dan bahagia.
MULUT KUAT MAKI DAN KEJI HASIL AJARAN LAKINYA YANG TAK SOLAT TUH.
Sendiri TOKSIK TAK NAMPAK.
Asyik dok cerira orang sana buruk orang sini buruk. Tak cermin diri sendiri yang KUAT bawah mulut dan CAKAP BELAKANG ITULAH LEPAM GUNDU GEMPAL DAN MENDERITA
Buat betina mulut jahat memang patot pon kau terasa KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Orang lain DATANG kerja elok je kau DATANG kerja NAK ROSAKKAN FIKIRKAN ORANG NAK BAGI SAMA LEVEL TOKSIK CAM KAU.
Sudahlah asyik CUTI TANPA GAJI KALAH STAF LAMA.
ORANG LAIN ANAK 4 5 PON TAK PERNAH AMBIK CUTI TANPA GAJI BANYAK KALI TIAP TIAP BULAN
KAU YANG MULUT DENGKI KYAT BURUKKAN ORANG TAK SEDAR DIRI TERPALING BANYAK CUTI ANAK TAK RAMAI MANA KECOH MACAM ANAK TUH SAKIT KRONIK.
TIAP KALI CUTI ALASAN ANAK TAPI ANAKNYA TAK SAKIT KRONIK PON
Acik anak 5 PON TAK PERNAH cuti LAMA menyusahkan orang dan merempan dalam status wasap.
Acik usaha urus anak agar tak ganghu kerja. Kau betina TERPALING PERASAN bague. Tapi bodoh kerja main main eloknya berhanti ja.
Apa GUNA TIAP BULAN AMBIL CUTI ALASAN ANAK? BAIK BERHENTI KERJA BAGI JANDA ANAK 5 ANAK 8 KERJA BETUL2.
KAU PEMALAS BERHENTI KERJA CUTI SELAMA LAMANYA TERUS!
TAK PERLU SETIAP DI TEMPAT KERJA DENGAR CELOTEH DAN KOMEN BUSUK MULUT HAUK KAU YANG TOKSIK TUH. UMUR BARU 26 TAPI MULUT HAUK PEROSAK SUASANA KERJA POSITIVE