Dia dengan susah payah menukar tayar kereta saya yang pancit. Dengan pemutar skru yang patah, dia masih mencuba namun gagal.
Lalu dia menaiki motosikal lusuhnya ke beberapa bengkel berdekatan untuk meminjam pemutar bagi menukar tayar.
Saya hanya menunggu di situ. Kemudian dia kembali tanpa pemutar kerana kesemua bengkel itu enggan meminjamkannya. Tidak putus asa, dia sekali lagi usaha membantu sambil berkata:” insya-Allah, Allah bantu.”
Hampir sejam, dia usaha akhir berjaya menukar tayar kereta saya dan tanpa banyak bicara, dia pun ingin pulang ke tempat kerja namun sempat saya meminta nombor telefon hamba yang baik hati kepada saya..
Mana mungkin saya melupakan seorang hamba yang baru keluar dari masjid lalu terus meluru kepada saya yang dilihatkan dalam susah, di sisi kereta tayar saya pecah.
Walaupun dia cacat sebelah mata dan kelihatan susah dengan susah payah dia membantu sehingga selesai. Lenjun bajunya, hanya untuk menolong manusia susah.
Dengan berbahasa ala kampung, katanya hanya kerja biasa di stesen keretapi, bila saya bertanya kerjaya. Dan tanpa banyak cerita juga, dia berlalu tanpa mengharapkan apa-apa.
Seketika, saya teringat akan dia dan ingin membalas jasa, paling tidak pun ajak makan bersama. Lalu nombor telefonnya, saya tekan, terus diangkat dan saya mengajak untuk bersua.
“Terima kasih banyak tuan tapi minta maaf tak dapat jumpa.
“Alhamdulillah, saya sekarang kat Makkah.. Saya ‘jaga’ keretapi kat sini.
“Terima kasih banyak tuan dan doakan saya ya…”katanya sehingga saya pula mengalir air mata.
Rupanya, jasa yang mahu saya balas kepada yang susah telah didahului ganjaran Allah.
Allah sebaik-baik balasan dan apalah sangat dengan saya yang sekadar nak belanja makan!
Si susah kini berada di Makkah dengan kurnia Allah.
Terima kasih kerana bantu saya dalam keadaan susah walaupun diri sendiri susah.
P/s : Kisah dan pertemuan dengan insan istimewa ini berlaku hari jumaat selepas waktu asar di pekarangan masjid serendah.
– Azamin Amin
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit