Si Tanggang

Tujuan aku tulis confession ni sebab aku dah tak tahan. Biarlah kisah ini jadi pedoman semua. Family aku ni sederhana, adik beradik ramai 6 orang, ada time tak cukup makan tapi selalu happy. Bapak kerja biasa2 dan emak suri rumah.

Adik beradik ada lagi yang masih sekolah tapi alhamdulillah, walaupun ada masa susah kami sangat positif. Yang aku nak cerita ni pasal abang aku. Dia seorang yang sangat bijak masa sekolah dahulu tetapi sedikit tersasar semasa sekolah menengah tetapi berkat kegigihan dia, dia cemerlang dalam pendidikan tinggi sampai lah dia diambil bekerja di syarikat yang agak besar juga. Kami sekeluarga sangat bangga akan kejayaan abang kerana pada masa itu aku masih tercari-cari dan kakak paling tua juga sedikit susah kerana baru memasuki alam pekerjaan juga.

Abang aku ni semakin lama semakin kedekut. Selalu rendah-rendahkan bapak aku, hormat sedikit pun tidak. Kakak aku juga dikasari dan selalu tidak mahu membantu. Kerana jarak tempat kerja ke rumah sangat jauh, kakak aku minta dihantar tetapi selalunya tidak diendahkan sampaikan dia terpaksa meminta pertolongan kawan2. Aku juga pada masa itu baru mendapat pekerjaan di bandar lain. Kerana perlukan duit untuk membayar sewa rumah, aku meminjam daripada abang aku. Seminggu selepas pindah ke bandar baru dia meminta duit itu balik. Walaupun tidak mempunyai duit cukup untuk makan aku terpaksa membayar balik kepada dia.

Satu hari abang aku beritahu bapak yang dia mahu bernikah dengan girlfriendnya, Koko. Abang mahu bapak bantu bayar kenduri. Bapak aku bantah sedikit sebab abang aku masih muda dan tidak perlu tergopoh mahu berkahwin. Abang aku melenting dan mengugut yang dia tidak perlukan pertolongan bapak langsung. Bapak kecil hati. Kerana sayangkan abang, bapak ambil pinjaman bank untuk bantu abang.

Aku nak cerita sikit pasal Koko. Koko ni dari keluarga sederhana juga. Dia sama umur dengan aku tetapi cuma lulusan spm dan tidak pernah bekerja. Semuanya abang aku suapkan, dilayan macam puteri. Akhirnya mereka berkahwin juga. Mereka hidup senang juga, sampai iphone ada 2 bijik seorang. Budaya membazir mereka sangat ketara. Koko tidak pandai masak jadi mereka selalu makan luar. Walaupun bergaji besar abang tidak pernah hantar duit kepada bapak dan emak.

Mereka juga pindah ke rumah mertua dan sangat di sayangi oleh keluarga disana. Abang aku kalau pasal keluarga mertua meminta pertolongan semua boleh, sewa dan bil rumah mertua semua dibayar oleh abang. Kalau balik ke rumah kami abang akan merendah rendah kan bapak dan emak kerana kadang kadang perlukan duit untuk adik beradik lain yang masih sekolah. Asyik2 mintak duit katanya. Duit yang dia hulurkan selalu minta dibayar balik sehinggakan emak dan bapak tidak mahu meminta lagi.

Koko tidak bekerja dari habis spm sampailah dia kahwin dengan abang aku. Satu hari dia hanya memakai legging dengan t-shirt singkat semasa keluar dengan mak bapak ku. Bapak aku suruh emak tegur Koko kerana hanya memakai legging semua bentuk pun nampak, sekurang kurangnya pakai t-shirt labuh lepas paras punggung. Koko kecil hati dan memberitahu abang. Abang mengamuk gila sampai tengking bapak dan emak. Setiap kali Koko datang rumah memang dilayan seperti puteri sampai aku naik menyampah.

Kami tidak selalu berhubung dengan abang kerana dia sikit2 mahu melenting, panas baran. Selang beberapa tahun abang dibuang kerja. Satu hari dia menghubungi bapak aku, katanya Koko mahu minta cerai. Masa itu mereka sudah ada satu anak lelaki. Koko juga sedang mengandung anak kedua. Abang aku tidak mahu bercerai. Sejak kehilangan pekerjaan, dia diperlekehkan keluarga mertua. Dan keluarga mertua mahu Koko ceraikan abang aku.

Mereka juga mengutuk emak bapak aku tidak berguna dan menampar abang aku. Ini aku tahu semasa abang balik ke rumah kami dengan Koko sarat mengandung. Sewaktu kembali ke rumah kami abang aku nampak kurus sekali. Dalam hidup aku tak pernah nampak abang aku kurus macam ni. Kerana tidak bekerja keluarga mertua tidak benarkan dia makan dan selalu menyindir bila makan semeja. Walaupun menyampah dengan abang aku simpati.

Koko tinggal dengan kami sampai beranak. Emak jaga Koko semasa berpantang. Selepas habis pantang Koko mintak cerai lagi. Kali ini dia ugut mahu larikan dua2 anak mereka. Abang dalam dilema. Koko kata jika cerai abang boleh jaga baby dan Koko jaga anak sulung. Akhirnya abang terpaksa ceraikan Koko. Baru berusia beberapa bulan Koko tinggalkan baby nya dengan emak.

Selepas Koko pergi abang seperti hilang akal sampaikan satu hari dia mahu menumbuk bapak aku semasa bergaduh. Nasib baik adik aku ada leraikan mereka. Bapak dan emak aku dari seorang yang ceria jadi murung dibuat abang. Emak sudah tua tetapi tetap menjaga baby, abang sikit pun tidak membantu. Semua kawan2 abang lari bila dia susah. Dulu semua ada pinjam duit, sekarang buat2 tak kenal.

Satu hari aku berbual dengan emak. Emak kata sampai hati Koko tinggalkan baby yang masih kecil. Dia juga kata Koko ada hubungan dengan lelaki lain semasa mengandung dan semasa berpantang selalu bermesej dengan seorang lelaki. Emak perasan dan terbaca mesej mereka. Hati emak berkecai bila tahu tapi tetap jaga Koko dengan baik semasa pantang. Dia kata abang pilih Koko jadi mesti anggap Koko macam keluarga kami sendiri. Aku sedih bila emak cakap begini. Bapak juga jadi pendiam tidak suka bergurau seperti sebelum ini.

Lama jugaklah baru abang dapat kerja. Jadi anaknya ditinggalkan dengan emak bapak aku. Yang paling aku tak tahan dia masih mintak duit dengan emak bapak aku, jika tidak dia meminta dengan kakak dan aku. Duit untuk anak dia satu sen pun tak dihulurkan pada mak bapak. Aku buntu. Kalau boleh aku mahu bawak semua ahli keluarga aku lari jauh dari abang aku. Dia seperti tidak pernah belajar dari kesilapan. Sewa rumah dia pun kakak aku yang bayar sekarang pun dia masih meminta. Aku harap keadaan akan jadi lebih baik. Aku benci sangat2 dekat abang aku dan juga Koko. Aku harap Koko terima balasan yang setimpal sebab lukakan hati emak bapak aku sebab curang.

Lastly aku rasa pengajaran kat sini jangan sekali-kali kufur nikmat sebab Allah akan ambil balik kesenangan kau. Jangan lebihkan keluarga mertua kau lebih daripada keluarga kau sendiri. Sayangkan isteri tu biasa tapi jangan sampai melampau manjakan, tengok Koko, bila susah sedikit mahu cerai dan cari lelaki lain. Harap kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran pada semua orang. Terima kasih sebab sudi membaca.

– Didi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *