Sia-sia Sahaja Sebulan Berpuasa Bila Kata-Kata Sendiri Berpuaka

Seperti tajuk tu. Memang betul. Ramai rakyat Malaysia yang ada sakit mental dan sakit jiwa. Sia² je berpuasa sebulan tapi bila masuk syawal keluar balik perangai toksik tu.

Tak kena dijiwa sikit, kecam. Nampak ada orang lemah sikit, kecam. Bila ada orang mengadu atau meluah kata yang dia sakit, kecam. Orang dalam kesusahan sikit, kecam.

Tak rasa malu ke hati tu toksik dan hitam sangat? Tak rasa malu ke hidup berjaya tapi tiada empati dalam diri?

Definisi sebenar orang yang berjaya bukan bila diri sendiri hebat, pandai dan bagus tapi boleh membantu orang lain yang lemah dan kekurangan untuk jadi hebat, pandai dan bagus.

Kita dah habis bulan ramadhan, dah sebulan berpuasa tahan diri segalanya tapi kenapa bila masuk syawal, perangai lama tu keluar balik?

Melambak² orang suka kecam ni kan. Tengok video orang accident di FB tapi bukannya nak bersimpati, tangan tu laju je kecam kesalahan orang lain padahal orang tu dalam musibah.

Manalah kita tahu apa puncanya, mungkin microsleep, mungkin serangan panik, mungkin sakit jantung dan sebagainya.

Post tentang seorang anak tak dapat balik beraya sebab tak cukup duit pun kena kecam kata anak tak bersyukur, anak tak kenang budi. Salahkan dia, kecam dia kata tak pandai nak berusaha nak cari duit lebih.

Tak pandai nak ambil hati mak ayah sedangkan raya cuma sekali sahaja. Komen tu seolah² tahu je apa dugaan yang orang tu rasakan?

Entah² mana kita tahu yang duit nak makan pun tak ada, hubungan dengan mak ayah pun tak rapat sebab mak ayah toksik hingga terpaksa merantau cari duit tapi sekali je dia buat post meluah terus kena kecam.

Artikel tentang tips penjagaan kucing di hari raya untuk pemilik kucing tapi tangan tu laju je bagi komen tak ada kaitan terutama hukum dan dosa bela kucing dan hubungan dengan jiran.

Komen kata geli nak beraya rumah orang yang bela kucing, kalau geli tak perlulah datang dari sibuk mengata belakang orang tu.

Ada juga post mengecam tuan rumah hidang air kosong dan tak ada juadah raya. Ingat semua orang kaya ke apa?

Nak beraya buat cara nak beraya iaitu ziarah bukannya cari salah dan memperlekehkan tuan rumah. Kalau rasa orang tu tak mampu, bawalah sikit juadah untuk tuan rumah tu atau makan siap² dekat rumah sendiri.

Janganlah datang rumah orang tapi buat diri tu pula macam tuan rumah. Jangan juga datang dan mintak tuan rumah masak macam² sebab tuan rumah pun penat tak rehat mungkin sampai tak sempat makan.

Post tentang pemilik kereta tanya soalan tentang beberapa fungsi yang dia tak faham tentang kereta dia tapi berlambak komen kata kalau tak tahu tak payah memandu dan tak payah beli kereta.

Bila video pemandu yang memandu perlahan, ramai juga yang komen kata kalau tak boleh memandu jangan memandu, biarlah dia nak bawa macam mana pun janji tak membahayakan orang lain. Kalau rasa tak selamat, jauhkan diri dan elaklah.

Kita mana tahu latar belakang orang tu kenapa memandu perlahan mungkin sebab dia sakit,

Mungkin sebab dah tua tapi tiada siapa boleh bawakan, mungkin sebab kereta tu dah uzur, mungkin sebab kereta tu rosak, mungkin sebab orang tu baru dapat lesen atau ada anxiety.

Kalau asyik halang je macam mana orang tu nak bergerak ke destinasi yang sepatutnya.

Post confessor tentang susah nak kerja dan sakit, tangan tu laju je kata confessor pemalas dan beralasan.

Mungkin confessor pun tahu yang warga FB ni toksik sangat mungkin itulah punca kenapa confessor pun tak berani nak tulis apa penyakit dia sebab nanti kena kecam lagi.

Boleh pula bandingkan orang OKU hidup lagi susah. Ingat kekurangan itu je ke yang ada dekat dunia ni?

Berlambak lagi penyakit dan kekurangan yang ada dekat dunia ni, ada yang fizikal sihat apa semua tapi badan lemah sebab thalassemia, hyperthyroid, lung collapse dan sebagainya.

Ada yang fizikal sihat apa semua tapi kesihatan mental pula kurang sehingga ada social anxiety, depression, bipolar dan sebagainya. Ada yang ada dua² sakit antara mental dan fizikal

Bersimpatilah sikit dengan dugaan orang lain. Dugaan setiap orang berbeza². Tak kena pada diri kita mungkin kita tak tahu susahnya macam mana.

Kita kena ingat dan sedar selain dari perkataan USAHA yang dibangga²kan tu, perkataan REZEKI tu lebih utama.

Kalau usaha hebat dan rajin macam mana pun kalau tuhan kata bukan dan belum lagi rezeki kita, kita tak akan berjaya.

Kalau tuhan dah tetapkan takdir kita akan diuji, memang kita akan diuji dengan kesusahan saja sampai orang anggap kita banyak dosa sebab tu selalu susah dan rezeki sempit.

Sama juga macam ajal maut, kalau kita dah usaha dan elak macam mana sekalipun tapi kalau nak jadi, benda yang tak sangka² dan tak logik akal pun boleh berlaku.

Kalau dalam diri tu boleh terfikir dan terdetik walau sikit je pun yang “aku berjaya sebab aku usaha” lepastu ada rasa bangga dan merendahkan orang lain, itu ISTIDRAJ lah tu.

Tak malu ke komen bagi tahu pandai itu ini, hebat itu ini dan bagus macam², komen kata orang tu bodoh, berlasan, malas, mengada², tak beradab, lembik, manja segala²nya tapi dalam komen tu sendiri terserlah kesalahan sendiri.

Dalam komen sendiri terserlah kata² kasar yang tidak beradab yang tidak melambangkan dan mencerminkan kehebatan itu tadi.

PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *