Assalamualaikum. Aku lepasan SPM sekarang ni dan masih menganggur. Aku anak ketiga dari lima beradik. OK itu sahaja intro tentang diri aku. Minta maaf kalau confession ni panjang sangat. Terima kasih dekat admin kalau siarkan confession aku.
Aku dah tak ada tempat mengadu lagi selai buku aku yg ada kat sebelah aku sekarang ni. Sejak kecil aku tak ramai kawan. Aku ada kawan rapat pon masa darjah lima. Dari dulu aku selalu kena buli dengan budak lelaki. Aku tak tahu apa masalahnya sebab selalu dengki aku. Satu hari tu aku tak ada kat kelas, bila aku balik kelas aku cari kotak pensel aku tapi tak ada. Ada seorang budak lelaki ni dia cakap ngan aku kotak pensel aku dalam tong sampah. Aku pon tengok, sekali aku aku bukak ada telur rebus basi. aku buang telur tu aku simpan pensel box aku dalam beg.
Naik sekolah menengah aku lega sebab budak tu dah pindah. Rupanya kelegaan tu sekejap je. kalau nak tahu sekolah aku ni bercampur kampung sebab kampung sebelah tak ada sekolah menengah. Dua kampung menumpang kat situ. Budak lelaki kampung sebelah pulak buli aku. banyak bendak dia buli aku antaranya ejek perkerjaan mak aku, curi buku aku, kacau aku masa aku tengah duduk diam. Dan dari situ aku kurang keyakinan diri. Aku selalu duduk seorang diri, aku tak nak bercampur dengan diaorang. Kawan rapat aku semua tak satu kelas dengan aku. Sebab kejadian buli tu aku jarang datang sekolah sebab aku taku kena buli lagi. Akhir tahun aku dapat result peperiksaan dan aku sama level dengan budak kelas bawah.
Aku diturunkan kelas. Selama dua tahun kelas sama dan aku semakin ok walaupun ada yg masih mengacau tapi tak seteruk dulu. Naik menengah atas aku kalah lagi. Kawan baik aku satu kelas dengan aku so aku ingat dia boleh jadi peneman aku rupanya tidak. Dia lebih suka duduk dengan kawan dia yg dia baru kenal sejak form 1 berbanding aku sjak sekolah rendah.
Kadang2 dia panggil aku duduk sebelah dia kalau cikgu tak ada tapi aku tak nak. Kau orang tau kenapa? Dia ignore aku, dia bercerita sesama sendiri sedangkan aku kat sebelah macam jadi kerusi tanpa tuan. Bila aku nak bercakap ada je yg memotong. Untuk pengetahuan aku ada Sosial Anxiety Disoder. Sapa yg ada benda alah ni dia akan faham aku.
Jadi masa tu aku macam dah hilang kawan aku. Aku dah tak ada tempat nak mengadu. Rumah aku duduk sekarang bukan macam rumah. Mak aku selalu compare aku dengan anak kawan dia. Kata anak kawan dia semua pandai masak, pandai uruskan hal rumah semua yg perempuan buat. Masalahnya aku memang tak minat langsung kerja tu (bukan malas). Aku tak ada tempat mengadu dah. setiap hari aku akan berimaginasi yang aku ada kawan untuk luahkan semua masalah aku. Kadang2 bila aku teringat benda yg menyakitkan aku nangis seorang.
Disebabkan aku tak ada kenangan dengan keluarga lelaki aku, sekarang aku ada keinginan nak jadi lelaki. Aku nak hargai setiap perempuan bila aku dapat jadi lelaki itu janji aku. Aku bukan suka kaum sejenis. Aku cuma penat jadi perempuan. Setiap hari aku cuba fikir cara nak keluar dari rumah aku sekarang. Aku dah tak sanggup setiap hari nangis tanpa sebab. Dulu aku tercakap yang aku dah tak nak hidup lgi dekat kawan aku, tiba2 dia marah aku. Aku pun tak perasan aku cakap macam tu.
Kawan aku tahu masalah aku dengan keluarga aku tapi dia tak faham masalah aku dengan dia. Aku pendam dan benda ni buatkan aku nangis tanpa sebab kalau aku sorang2. Keluarga aku tak pernah tahu. Sekarang ni kakak sulung aku dah kerja dan dah nak kahwin, jadi dia lah jdi anak kesayangan mak. Aku masih lgi tak ada kerja dan tidak dihiraukan. Anak tengah memamg selalu macam ni ke?
Aku cuma nak ada orang dengar cerita aku, peluk aku dan kata ” kau tak keseorangan pun, aku ada untuk kau”. Tapi tak ada siapa pon nak dengar. Diaorang tahu judge je cakap aku ni pendiam lah tak nak berkawan dengan diaorang. Kau tahu tak aku dah cuba untuk jadi macam orang lain tapi tak boleh sebab aku ada S.A.D . Aku tak mintak semua ni . Aku ada kawan imaginasi aku, dekat dia lah aku luahkan semua masalah aku.
– Black Shadow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit