SIAPA AKU? SIAPA AYAH AKU?
Pertama sekali terima kasih jika apa yang aku ceritakan ini tersiar di page iium. Aku kenalkan nama aku Emy berumur 24 tahun, Salah seorang pelajar akhir di IPTS. aku bukanlah penulis yang baik dan terima kasih yang sudi membaca. Niat aku menulis tentang aku bukanlah mahu mencari perhatian, tetapi ada pakar psikologi mengatakan bahawa lebih baik meluahkan andai itu membuatkan kita tidak rasa terbeban. Aku pakar psikologi tu.hahaha…..
Aku terus kepada tajuk aku. Siapa ayah aku. Ayah aku adalah seorang isteri dan penagih dadah yang aku tak tahu jenis ape. Kenapa aku kate seorang isteri? Kerana ayah aku tidak bekerja sejak aku umur 5 tahun lagi dan ibu aku yang bekerja dan menyara aku sekeluarga. Kau bayangkan ketika ibu aku sarat mengandung 8bulan, ibu aku masih lagi bekerja untuk menyara 7 orang adik beradik aku yang masih bersekolah. Ketika aku berumur 5 tahun. Aku sudah benci akan ayah aku, dendam sudah ada dalam diri kanak-kanak ketika umur 5 tahun. Sikap ayah aku yang panas baran membuatkan aku bertambah benci. Kalau Tanya, siapa yang tak pernah kena terajang (maksud aku penyepak, disepak dan sebagai nye la)? Apa yang aku tak boleh lupa, ketika ibu aku pulang berkerja dan ibu aku penat terus tertidur. Ibu aku lupa untuk masak dan apa yang ayah aku lakukan. Ayah aku simbah air dekat ibu aku yang tengah tidur. Depan mata aku. Kau faham perasaan aku mase tu. Seorang ayah yang berperangai binatang dan penting kan diri sangup lakukan macam tu dekat ibu aku.
Ketika aku berumur 8 tahun. Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan, sebanyak 4 kali berturut-turut ayah aku dipenjarakan atas sebab-sebab yang tertentu. Kau bayangkan 4 kali ibu pergi jamin ayah aku.aku? malu yang amat dengan orang kampong. Dapat ayah yang tidak bekerja,kaki dadah,kaki pukul anak bini, kau rasa aku happy. Kadang-kadang kawan-kawan ayah aku datang rumah aku,kawan ayah aku penagih dadah. Aku rasa malu sangat dengan orang kampong sebab aku ada ayah seperti tu. Sampai satu tahap aku mahu bunuh ayah aku. Kau faham perasaan aku ketika tu, aku budak lagi, tapi dah fikir nak jadi pembunuh. Kau tahu sebab apa, sebab aku malu.aku malu bila pergi sekolah orang ejek family aku, orang pandang serong aku. kau tahu apa aku rasa. Ketika aku menaip, air mata aku jatuh ke pipi. Bukan sebab aku sedih. Tapi aku terbayang diri aku yang bergitu naïf mencari erti kebahagian. Sampai satu tahap susah hidup aku, terpaksa pinjam duit, beras dengan jiran. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain tidak sedaif aku. Aku pernah makan nasi dengan gula sebab takde duit. Kau pernah rasa zaman ketika orang hidup mewah, tapi aku masih lagi makan nasi dengan gula.
Apa yang paling sedih dalam hidup aku. Bila aku dengar ibu aku menangis dalam bilik air. Buka air dengan laju supaya anak-anak tidak mendengar ibu menangis. Aku tidak dapat buat apa-apa. Ibu aku bergitu sabar dengan ayah aku. Ibu pernah berkata yang dia bertahan disebabkan anak-anak. Kau bayangkan ayah aku dibawah pengaruh dadah depan anak-anak. Depan adik aku yang kecik yang tak tahu ayah nye sedang buat ape.. Fikiran seorang anak kecil yang fikir ayahnye sedang bergurau sedangkan berckap merapu rapu…Depan mata aku.. Sedih aku bila tengok adik aku yang tak tahu pape tu…kau rasa perlu aku hormat ayah aku.kau jangan cakap aku anak daharka kalau kau tak pernah duduk tempat aku. Kau xpayah nak duduk sangat la.nanti kau gile kan susah pulak.nanti ade dalam berita seorang anak bunuh ayah sebab tak tahan ,melihat ayah dibawah pengaruh dadah..hahahahha
Ketika aku meningkat dewasa. Aku menjadi bergitu berdedam dengan ayah aku. Walaupun meningkat dewasa ayah aku masih lagi sifat yang sama. Kaki pukul anak bini. Sampai atu tahap aku tidak pernah rasa apa itu bahagai. Sampaikan aku rasa seronok berada disekolah takut pulang kerumah. Kau bayangkan rumah aku suasana yang sangat tegang. Kelau bab makan. Ayah aku mesti makan dahulu baru anak-anak makan. Sampaikan adik aku yang kecik lapar pon aku tak benarkan makan lagi. Sebab apa, sebab tunggu sisa makanan lauk yang ayah aku makan. Sebab nanti tak cukup lauk. Ibu aku juga kene marah. Naïf kan hidup aku. Lupa aku nak bagi tahu, setiap bulan ibu aku wajib bagi duit dekat ayah aku.hahahaha sekarang kau rasa kenapa aku wajar benci ayah aku. Seorang isteri yang bekerja dan menangung suami yang cukup sifat ,sihat tubuh badan. ayah aku sampai sekarang masih ada sifat pentingkan diri. Ketika ibu aku hanya ada rm10.00 untuk menyara keluarga tetapi ayah aku minta duit tu, kalau ibu aku tak bagi, maki hamun yang ibu aku dapat. Memang pentingkan diri.
Kalau kau nak tahu, ayah aku pernah nak bakar rumah sebab berada dalam keadaan tanpa sedar. Semua sebab dadah. Aku mase tu rasa give up untuk hidup . malu dengan jiran-jiran yang datang kerumah. Ingat ada kebakaran rupanya ayah aku yang ingin bakar rumah. Kau dapat rasa bila ada ayah kawan aku tanya aku, ayah kerja apa,apa aku nak jawab. Sehingga ada orang cakap ayah aku jadi suri rumah. Malu aku weii.
Aku? Kalau korang nak tahu. Family aku ni susah nak masuk rezei.aku tak tahu kenapa. Ada je musibah dalam keluarga aku. Famlily aku juga bukan seorang yang taat pada perintah allah. Hanya ibu aku je yang solat. Kenapa aku tak solat? Aku Cuma tak pandai. Bukan aku tak belajar. Tapi disebabkan sejarah keluarg membuatkan aku jadi sikap yang susah nak gambarkan. Aku benci bila ayah aku meyuruh aku solat.sedangkan dia tidak solat. Aku tak suka sikap ayah aku seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Ketika aku meningkat dewasa. Aku cuba solat, aku cuba belajar membaca al-quran. Tapi aku give up. Sebab tak de sapa yang nak ajar aku. Aku dengan keluarga aku tak rapat sebab aku jadi pendiam dan dendam.
Bila aku masuk ipts. yes aku solat. Tapi kau tahu apa yang aku baca dalam solat, semua tak bertul wei. aku surah qunut pom tak betul.sedangkan aku dah umur 24tahun. Aku sedih bila ingatkan aku masih lagi tidak pandai solat. Aku bukan tak belajar tapi aku tak tahu nak luah kat siapa. Ye aku ada kawan. Tapi kau percaya kawan kau akan pandang baik pada kau. Aku cuba membaca al-quran dan aku mula dari alif ba ta. Ketika aku merangkak membaca, hanya air mata yang mengalir, aku bergitu bodoh. Aku bergitu malu dengan diri aku . sampai satu tahap aku marah dengan ibu aku sebab tak mengajar. Aku fikir kalau ibu bapa aku mati.sapa yang nak bacakan yassin. Aku malu dengan diri aku, bila kawan aku fikir aku baik, sedangkan aku masih lagi main-main dalam solat.
Aku mahu solat, aku mahu solat taubat. Tapi aku tak pandai. Kau tahu perasaan aku. Aku bergitu banyak menlakukan dosa-dosa terkutuk sedangakan kawan-kawan fikir aku baik. Ya allah bantulah hamba mu ini. Aku menangis bila aku membuka yassin. Yes aku hanya menyelak helai demi helai tanpa membacanya. Hahahahahaha kau rasa aku akan jadi gila bila aku terus pendam apa yang aku alami selama 20 tahun ni. Aku mungkin akan gila jika sejarah family aku berulang lagi.
Tapi sejak 3 tahun lepas. Ayah aku dah mula berubah. Bukan lagi kaki pukul. Tapi ayah aku tetap yang dulu,kaki dadah yang berjaya, seorang suri rumah yang setia dan peminta sedekah dari ibu aku. Bila aku dewasa, aku jadi seorang yang baran. Sebab sejarah menjadikan aku bergitu. Tapi aku tetap tidak pernah suka dengan ayah aku. Aku tahu kisah aku tak menarik. Tapi apa yang aku nak katakan. Aku sedih bila teringat sejarah keluarga. Aku sedih bila ketika meningkat dewasa aku masih lagi tidak pandai sembahyang. Sampaikan aku selalu berangan yang aku akan dapat seorang suami yang boleh pimpin aku ke syurga. Doakan aku yew… Doakan keluarga murah rezeki. Doakan aku buleh rasa apa itu bhagia sebelum aku mati. Aku tak mahu adik adik aku rasa apa aku rasa.sampai satu tahap akberdoa ******.. Aku anak derhaka? Yaa!! Sebab kau tak pernah rasa apa aku rasa. Dan kau tak akan rasa apa itu hinaan dari orang sekeliling hanya disebabkan seorang yang bernama ayah.
Emy
– Miss emy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit