Siapa Dia?

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah berfikir panjang, saya berfikir sudah tiba masanya saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya selama 4 tahun ini. Agak keberatan jugak sebenarnya, kerana sudah beberapa kali saya nak confess tetapi end up tak jadi.

Umur saya 23 tahun. Alhamdulillah saya baharu sahaja menamatkan pelajaran di sebuah IPTA di Malaysia. Dulu saya seorang gadis yang bertudung labuh dan sangat menjaga auratnya. Tapi, kini saya bukan lagi seperti dulu. Sekarang saya masih bertudung, namun tidaklah selabuh dulu. Nak tahu kenapa? atas sebab kerana saya berasa diri saya sangat hina setelah berlaku suatu insiden yang merupakan sebahagian kisah gelap hidup saya. Saya tak pernah couple seumur hidup saya sehinggalah saya berjumpa si Z. Kami sama – sama aktif dalam sebuah persatuan universiti. Pada mulanya saya memang begitu tertarik kepada si Z kerana bagi pandangan dia seolah – olah lelaki yang sempurna.

Dia seorang yang berkepimipinan, alim – alim gitu, selalu solat berjemaah, pandai dan jenis yang bersukan. Kami berkawan – kawan biasa sehinggalah saya meluahkan perasaan kepada si Z. Z cakap dia tak sangka yang saya sukakan dia sebab dia ingat saya sudah berpunya kerana rupa fizikal saya. Selepas itu, Z pun bercerita tentang saya kepada mak dia. Dia cakap kat saya seolah – olah mak dia tidak menyukai saya, mak dia lebih prefer sekiranya dia berkahwin dengan orang sekampung dia. Ya saya memang sedih sangat2 waktu itu. So, saya just move on and saya dah tak contact sangat Z lepas itu sebab saya memang betul2 akur dengan keputusan mak dia.

Bila saya jarang contact Z, dia mula tuduh saya ada ramai boyfriend belakang dia. Siap check dompet saya lagi. Bila saya cakap tidak, dia seolah – olah tidak percaya dan terus menerus menuduh saya. Tiba – tiba, suatu hari dia ajak saya peluk. Hampir satu semester jugaklah dia nak pujuk saya nak peluk dia. Alasan dia bagi kat saya sebab sebelum ni ada perempuan – permpuan lain peluk2 dia. Dia cakap saya pelik sebab perempuan lain terhegeh – hegeh nak peluk dia tapi saya tak macam tu pun. Masa tu pun, saya tak layankan pun sangat. Sampailah suatu masa ni, dia cakap kalau saya tak peluk dia, dia nak pergi peluk perempuan lain. Waktu itu saya bodoh.

Saya naif. Saya khilaf. Saya tidak berusaha pelihara maruah diri saya yang sekian lamanya ibu bapa saya bertungkus lumus menjaga diri saya sebaik ini. Tubuh saya tidak pernah dijentik sedikit pun oleh mana – mana lelaki bukan mahram saya. Ya, lepas dia cakap macam itu, saya bersetuju kerana rasa sayang bodoh saya pada dia. Waktu peluk itu, dia bukan sahaja sekadar peluk malah mencium saya dan meramas – ramas badan saya. Badan saya kaku dan menggigil seluruh tubuh badan dek maksiat yang saya sedang lakukan. Setelah tersedar perbuatan terkutuk itu, saya cepat – cepat larikan diri sebelum dia mencemar kesucian saya sepenuhnya sebagai gadis perawan.

Sekitar pukul 2 pagi, dia call saya. Dia minta maaf tetapi saya memang dah tawar hati. Kemudian, waktu cuti semester saya berkali – kali cuba menghubungi si Z macam orang gila tapi tak dapat. Call, mesej, whatsapp semua dia tak endah selepas dia post gambar seorang perempuan lain bersama dia sewaktu hiking pada masa itu. Gila, tak jadi orang gila. Dipendekkan cerita, saya dapat tahu dia sudahpun bertunang dengan orang pilihan mak dia. Waktu itu, tangisan air darah pun sudah tidak berguna. Yang lebih menyedihkan lagi, saya dapat tahu mak dia dan makcik dia block saya di facebook seolah – olah sayalah yang telah mencemarkan kesucian anak teruna dia. Dan lebih sedih lagi, saya sebenarnya kekasih gelap dia. Patutlah, kalau di khalayak ramai dia berpura – pura tidak kenal saya. Dia dah bertunang dengan rakan sepermainan dia semenjak kecil lagi. Selalu pun cakap nak pergi branch U lain, rupa – rupanya girlfriend dia ada di situ.

Perbuatan maksiat itu hanya berlangsung buat beberapa minit sahaja namun penyesalan diri saya terbeban mungkin seumur hidup. Saya cepat – cepat bertaubat kepada Allah SWT. Saya berikhtiar dan meletakkan niat pada diri saya bahawa saya hanya akan mempertimbangkan kehadiran seorang lelaki dalam hidup saya sekiranya dia serius hendak memperisterikan saya dan sudah berkemampuan serta memenuhi ciri – ciri tertentu.

Kesedihan yang melandai saya bercampur – baur dengan perasaan dendam, benci, cemburu dan perasaan hina. Tiada perkataan yang mampu mengungkapkan diri saya. Sewaktu, saya tengah bersedih saya selalu berdoa dan merayu – rayu kepada Allah agar kabulkan permintaan saya untuk mengetahui siapa jodoh saya meskipun belum tiba masanya agar perasaan suka dan sayang itu disandarkan kepada orang yang betul tanpa melakukan maksiat. Cerita yang selebihnya saya sambungkan dalam Siapa Dia? 2.

– Anonymous confessor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *