Siapa Dia?

Hi semua, apa khabar. Selamat lockdown pkp. Sekarang pun aku sedang lockdown pkp. Boring punya pasal, aku buka Facebook. Scroll saje, jumpa ada orang share pasal confession iiumc, so aku pun join.

Benda yang aku nak confess ni aku dah lama pendamkan sebab rasa macam merepek. Tapi bila dah lama-lama, aku rasa lebih baik aku luahkan.

Aku ada berkenalan dengan seseorang ni sejak zaman kolej. Bukan cintan-cintun tapi sebagai kawan sahaja. Namanya Amirah (bukan nama sebentar).

Kitorang sama kuliah dan dia antara pelajar paling bijak pernah aku jumpa. Setiap soalan lecturer dia tak pernah gagap jawab, jawapan tak pernah pendek. Jadi lecturer ramai yang sayang dia ni.

Tambah pula, bila aku dapat tahu rumah mak bapak dia dekat dengan rumah aku kat KL, jadi kitorang selalu balik dengan lepak sama2.

Sampai lah satu peristiwa yang buat kan aku terfikir siapa dia ni. Mungkin sebab sikap dia yang suka tolong orang, jadi orang lain ada yang tak suka dia, iri hati.

Banyak lah juga aku dengar budak-budak perempuan, even yang baik dengan dia mengumpat pun pasal Amirah.

Sejujurnya sebagai perempuan, aku sendiri rasa Amirah ni bukan jelitawan (dia pun pernah macam banyak kali yang dia tak cantik). Tapi cara dia bercakap, cara dia senyum boleh buat aku yang perempuan ni pun tertarik. Yang ni bahaya.

Nak dijadikan cerita ada sorang mamat ni confess kat Amirah yang dia suka kat dia tapi Amirah cakap dia tak suka siapa-siapa dan taknak couple.

Lepas kena reject kitorang dapat tahu yang mamat ni sebenarnya dah couple dengan satu kakak senior. Kakak senior tu tak serang terus Amirah tapi jealous punya pasal, dia malukan Amirah dengan sebarkan cerita tak baik. Dengan kata lain, fitnah.

First aku nampak Amirah biasa-biasa aje, takde mengelabah. Tapi kelama-lamaan aku nampak macamana dorang layan dia makin teruk. Ramai yang percaya fitnah tu.

Hari demi hari, ramai sisihkan dia. Bila Amirah bercakap, dorang bercakap sesama sendiri. Bila Amirah dalam satu group, Amirah cuba buat lawak tapi semua buat muka ketat. Bila dorang bercakap, dorang macam buat Amirah ni halimunan.

Sampai satu tahap, masa kitorang sedang buat assignment, aku nampak air mata dia mengalir. Tapi Amirah diam je. First time aku nampak dia menangis sampai aku jatuh terkilan.

Amirah yang dulu periang jadi pendiam. Amirah yang dulu suka senyum muka jadi ketat. Dia berubah 360 darjah. Pernah aku ajak berbual, dia diam pastu dia cakap dia nak bersendirian. Nampak muka dia sedih.

Bila cuti sem 3, Amirah cakap dia tak balik rumah famili dia kat KL jadi cuti tu dia tak dapat join aku lepak kat kl. Dia balik kampung nenek dia kat negeri sembilan. 1 bulan lebih juga cuti dia tak balik KL.

Masa cuti sem tu dia pernah whatsapp aku yang dia mimpi buruk pasal senior kitorang tu. Aku suruh abaikan.

Bila kitorang naik sem, dengar cerita senior tu accident, kereta dia ada berlanggar dengan lori tapi selamat.

Pastu kawan senior ni accident motor langgar lubang, so dia tercampak. Mamat yang confess kat Amirah mata dia kena bilah pisau masa tengah potong rumput. So berbalut sebelah mata.

Kebetulan? Agaknya kot.

Lagi ada banyak Kebetulan. Ada sorang budak junior yang buat grab yang tipu duit Amirah. Budak tu accident, kereta yang dia bawa terlanggar lampu jalan.

Kebetulan.

Ada budak sama batch kitorang yang tak puas hati sebab mak ayah Amirah senang suka panggil Amirah anak orang kaya yang kurang ajar sebab tak nak tolong dia buat assignment, duit dia dalam RM800+++ kena scam@cuti dari akaun dia.

Kebetulan.

Ada sorang minah ni pinjam duit Amirah tapi bila Amirah minta balik, suka ungkit macam2. Tak lama lepas tu, rumah sewa dia kena pecah masuk. Laptop, tabung dia semua hilang.

Kebetulan.

Aku sendiri pernah bergaduh dengan Amirah. Aku naik kan suara aku dekat dia sebab masa tu aku minta dia edit kan assignment kitorang tapi dia tak sempat.

Sehari lepas kitorang bergaduh, badan aku start gatal2. Bila aku garu, sampai berdarah dibuatnya. Pergi doktor minta ubat, masih gatal.

Lepas Amirah tengok keadaan aku teruk sangat, dia just usap tangan aku yang gatal pastu cakap ‘tak sakit lagi’. Esoknya gatal2 tu hilang Sikit2. Aku bersyukur sangat.

Tapi tu semua Kebetulan.

Sampai lah ada budak borneo tegur aku sebab dia nampak Amirah jalan sorang2 dari kampus ke perhentian bas.

Budak ni naik kereta dengan boyfriend dia. Amirah masatu tengah jalan kat tepi jalan, bila lalu bawah jambatan. Ada dalam beberapa ekor anjing dewasa duduk lepak sana. Budak ni nampak ada benda halang anjing tu dekat Amirah.

Korang pernah nampak macamana bunyi anjing bila rasa takut. Macam tulah budak tu dengar bila anjing tu pandang Amirah. Aduhai…

Budak borneo ni pun tanya lah Amirah ni asal mana. Aku jawab kl. Pastu teringat mak dia ada darah negeri sembilan. Budak borneo ni senyum. Dia kata ‘patutlah. Ada benda jaga dia. Jangan cari pasal dengan dia. Benda tu tak suka dia sedih.’

Segala bulu2 aku terus meremang.

Pastu sem 5 kitorang ada pindah rumah sewa sebab makcik yang sewakan rumah sewa kitorang tu accident jatuh tangga kat rumah dia lagi satu.

Amira bayar lebih kat makcik tu sebab lampu bilik air dengan tingkat belakang rumah sewa tu pecah. Tapi makcik tu tak buat walaupun kitorang dah bayar.

Bila Amirah marah, dia selamba cakap ‘rumah ni aku punya, bukan mak bapak kau.’ 2 hari lepas tu dia jatuh tangga, alasannya terpijak kain telekung masa nak turun tangga.

Banyak Kebetulan dia.

Aku teringat pasal Amirah sebab bulan Nov tahun lepas, tunang Amirah kantoi bercinta dengan janda. Bila dorang putus je, seminggu lepas tu kereta lelaki tu kena curi.

Kebetulan.

Janda tu pula kena buang kerja sebab pkp.

Kebetulan gak.

Bulan January, Amirah ada mengadu ada seorang makcik kat tempat dia bekerja selalu hasut budak2 office benci dia dan selalu fikir semua kerja Amirah senang sangat.

Bila Amira putus tunang, dia boleh bergurau dalam whatsapp grup, panggil Amirah perempuan terdesak nak kahwin…

Boom… Kebetulan, kereta makcik ni belum servis. So sedang hantar anak dia pergi kolej, kereta dia stop tengah jalan. Amirah kata dia pinjam RM2000 camtu dari Amirah untuk servis kereta tu.

Agak-agaknya apa lagi kebetulan lepas ni. Amirah ni aku tengok relaks je hidup dia. Tapi banyak sangat Kebetulan.

Daripada,

Konfius girl.

– Airil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *