Assalamualaikum semua, terima kasih dekat IIUM Confession kalau cerita saya ni disiarkan. Saya sebenarnya penat baca confession orang cerita pasal family toxic, ipar duai dan mertua yang tak sebulu dan sebagainya.
Jadi meh saya kongsi cerita yang tak berapa menyeramkan ni. Cerita ni berlaku semasa saya sedang menuntut di tahun pertama sekitar tahun 2015. Lokasi? Universiti terkenal di Selatan tanah air.
Malam tu, kami ramai-ramai decide untuk lepak makan minum lepas balik dari studio. Jam dah pukul 2 pagi, tapi lapar punya pasal, singgah la dulu cafe dekat KT** ni.
Lepas dah park kereta, kami pilih untuk duduk luar, bawah sebatang pokok besar. Sambil-sambil makan, sembang pasal PTPTN baru masuk. Yes, aku ingat lagi, masatu kami masih budak first year, intake 2015.
Lepas masing-masing dah melantak, dah kenyang, badan dah penat dan mata pon dah mengantuk, kami pulang ke kolej masing-masing. Berpecah la semua, yang lelaki balik kolej lelaki, yang perempuan balik kolej perempuan.
Kami yang perempuan ramai, naik 2 kereta. Dalam kereta kitorang ada 5 orang, semua duduk blok yang sama di Kolej KR*. Keadaan masih macam biasa, tak ada apa-apa pelik berlaku lagi masa ni.
Kawan aku, Ana terus masuk bilik dia dekat aras 2. Aku dengan roomate aku, si Wani pon terus naik aras 3.
Si Didi dengan Dila ni roomate jugak, bilik diorang aras 2 and betul2 bawah bilik aku. Sebab masa tu dah lebih kurang pukul 3 pagi, aku dengan Wani pergi tandas dan cuci muka sama-sama.
Nak dijadikan cerita, tandas ni terletak nun jauh kat tangga belah utara, bilik aku pulak dekat tangga belah selatan ni hah, jauh jugak. Tapi selalunya aku berani saja redah koridor sorang-sorang sebab aku bukan penakut sangat orangnya. Penakut sikit-sikit jelah.
Malam tu, semua orang dekat aras 3 dah tidur, sambil jalan pergi tandas, aku usha la jugak lampu bilik orang lain, semua dah gelap.
Aku dengan Wani lepak depan cermin sambil berus gigi and cuci muka, sambil sembang kosong.
Dalam sedar tak sedar, sambil kami bersembang, ada satu suara perempuan menyanyi (humming) dalam tandas tu. Suara tu memang sangat jelas dan kuat, macam dia pon duduk dalam tandas tu jugak sambil nyanyi-nyanyi.
Tapi aku dengan Wani memang tak perasan awal-awal. Sungguh! Kami dengar tapi kami tak terfikir siapa yang humming tengah-tengah malam ni. Patah-patah perkataan yang dinyanyikan pon tak jelas.
Sampailah satu detik tu, aku nak hulur ubat gigi dekat Wani, masatu kami dua-dua tersentak, sambil tengok muka masing-masing.
Kami terdiam, dalam hati dah cuak dah ni. Terfikir siapa menyanyi pukul 3 pagi? Dia orang ke bukan? Patut lari ke tak eh? Semua benda dah main dalam kepala masatu..
Tapi sabar dulu, yang penting buang air dulu, haha. Kami gilir-gilir masuk tandas, aku masuk dulu, Wani tunggu luar, lepastu Wani masuk, aku pulak tunggu kat luar. Kenapa bergilir? Kami ada cubicle favorite kami, cubicle lain tak best!
Lepas Wani keluar saja dari tandas, kami dua-dua pecut lari balik bilik macam tak cukup tanah dah. Peduli apa orang lain terbangun ke, yang penting benda tu tak ikut lari masuk bilik jugak. Tapi kami silap… Siapa kata dia tak ikut kami..
Sebab kami tak yakin nak tidur berdua saja malam tu (read: takut) kami decide untuk turun bawah, pergi bilik Didi dengan Dila. Laju-laju capai bantal dengan selimut, kunci pintu bilik dan terus turun tangga pergi aras 2.
Masa kami masuk bilik Didi dengan Dila, diaorang tak ada, diaorang pergi tandas jugak… Rupanya-rupanya, Didi dengan Dila pon dengar suara orang humming jugak dekat tandas aras 2. Si Dila siap nampak kelibat orang masuk tandas, cuma tak pasti tu manusia ke bukan.
Bermula la kisah kami diganggu sepanjang malam tu. Aku dengan Wani tidur dekat lantai, beralaskan karpet saja masatu. Kami tidur tengah2 antara katil Didi dan Dila.
Kami cuba tenangkan diri dengan bukak surah yassin dekat youtube. Sambil tu kami borak2 la. Tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan dekat tingkap.
Hello gais, bilik aras 2 tau!! Siapa ketuk malam-malam. Punyalah kuat bunyi dia tapi kami ignore saja, malas cerita banyak. Yassin tetap dimainkan.
Tak lama lepastu, terdengar pulak bunyi benda jatuh dari tingkap… Aduhhhh apa pulak yang jatuh tu, tapi kami tak berani toleh belakang, masa ni semua memang terkejut, tapi diam saja masing-masing.
Lama, benda tu diam tak kacau kami, bila keadaan dah tenang sikit, kami pon dah mula sembang-sembang semula, dia mai lagi gais, dia jatuhkan mangkuk sekali dengan pakej sudu garfu.
Mangkuk tu ada atas meja lipat, yang selalu budak kecik guna untuk study tu. Yes!! meja tu terletak betul-betul belakang kepala aku dengan si Wani.
Mana la ada angin ke semut ke yang nak tolak mangkuk berat tu. Bunyi sudu dengan garfu berlaga masa jatuh tu betul-betul buat kami berempat terkedu.
Si Didi dengan Dila yang dari elok2 baring atas katil, terus terjun katil join tidur bawah. Semua terus pejam mata dan tidur. Takde sembang-sembang dah, haha.
Pagi pon menjelma, Ana masuk bilik untuk kejut kami. Dia nampak banyak selipar depan pintu bilik ni, tu yang dia serbu kot-kot kami buat party tak jemput dia.
Kami pon cerita apa jadi malam tu and kami check semula benda apa yang jatuh dekat tingkap, rupa-rupanya cangkuk langsir tercabut gais.
Alahai siapa pulak nak cabut cangkuk langsir malam-malam ni. Rajin sangat.. Ana tak dengar bunyi orang humming malam tu, padahal dia pon ada pergi tandas. Tapi kawan kami lagi sorang, Yana kata dia dengar, and dia tau tu bukan suara manusia.
Aku syak, benda tu bertenggek duduk dekat pokok besar belakang tandas, sebab tu suara dia boleh dengar sampai dua aras sekaligus.
Tapi tak pasti dia ikut kami dari cafe KT** tu atau dia memang selalu lepak kat tandas blok kami. Mungkin jugak dia marah kami sembang pasal PTPTN bawah pokok besar masa makan. Bising cerita pasal duit agaknya, tu dia marah, haha.
Tapi blok tu tetap blok favorite aku selama 3 tahun belajar kat situ walaupon pernah kena kacau. Tapi lepas dari haritu, kami takde kena kacau dah.
Aku tetap berani pergi tandas sorang2 tengah malam, yelah takkan nak heret Wani pergi tandas teman aku hari-hari, haha.
Dan bagi aku, ni salah satu pengalaman paling berharga aku pernah dapat kat uni aku ni. 4 tahun aku duduk sekolah berasrama, tapi tak pernah kena kacau. Dekat uni ni jugak dia nak kacau aku, haha.
So gais, hati-hati kalau balik malam-malam tu ye. Kalau ada cerita seram, share la sekali ye. Thank you.
– Etty (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit