Salam untuk pembaca sekalian..
Tujuan confession ini bukan lah untuk di kecam, di perli, di hina tetapi mengharapkan jika pembaca sekalian pernah lalui pengalaman sebagaimana saya lalui sekarang dan jika pembaca sekalian mungkin ade pendapat atau nasihat untuk saya.
Saya mulakan, saya namakan saya Lara. Awal 30an dan bekerja di sektor profesional.
Saya ringkaskan cerita, saya bekenalan dengan Mohd hampir 1 tahun. Awal perkenalan, saya boleh katakan Mohd seorang yang lembut, baik dan agak pendiam.
Dalam perkenalan singkat, Mohd suarakan untuk serius dengan saya dan suarakan keinginan untuk berkahwin.
Saya mohon sedikit masa. Saya istikarah, saya rujuk juga dengan beberapa kawan Mohd yang saya kenali terlebih dahulu dan jawapannya positif tapi tidak lah saya katakan dia sempurna.
Selepas fikir habis mungkin, doa minta petunjuk dari Dia, saya terima Mohd.
Kami berkenalan dan Mohd suarakan keinginan untuk ke fasa berkahwin. Saya mohon sedikit masa.
Selepas seketika, saya maklumkan pada keluarga saya dan begitu juga Mohd, kami semua setuju untuk langsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.
Sedikit persiapan kami lakukan supaya tidak terlalu kalut bila masa makin hampir.
Apa yang saya nak sampaikan disini, nak perkongsi dengan pembaca sekalian moga ada pendapat yang dapat membantu saya sedikit sebanyak adalah, akhir – akhir ni Mohd pada pandangan mata saya berubah.
Berubah dari segi mana, dia jarang mesej, telefon.
Saya suarakan, jawapannya dia bukan lah seorang yang jenis dengan hp selalu dan bukan lah yang suka bersembang lama- lama di telefon.
Saya akui itu dari awal perkenalan pun dia begitu tapi bila berhari tidak ada langsung komunikasi, pada saya itu dah sesuatu.
Sekarang, kami banyak bertengkar sebab hal hal remeh. Saya suarakan dia kurang ambil tahu hal saya, kurang bertanya khabar. Mesej jarang-jarang apatah lagi telefon.
Jawapan yang saya dapat, kenapa tak ikut je ‘flow’. Masa bercinta lain, masa berkahwin nanti lagi lain katanya.
Setiap kali saya suarakan ketidakpuasan hati saya, dan setiap kali itu saya suarakan dengan nada baik dan bertanya sahaja tetapi lain pada penerimaan Mohd. Katanya saya terlalu banyak ‘complaint’.
Saya kelu, terfikir mana salah saya, apa lagi yang tak kena pada Mohd.
Untuk pengetahuan semua, saya bukan lah orang yang check hp, mesej Mohd. Saya letak diri saya percayakan dia dan tak nak dia fikir saya terlalu ‘control’ dia.
2 malam lepas, saya confron dia depan-depan.
Saya tanya, kita dah hampir ke majlis perkahwinan kita, saya tanya Mohd, kalau dia masih ada hubungan dengan mana- mana perempuan sebelum kami kenal, hubungan yang lebih dari kawan saya maksudkan.
Mohd jelaskan dia memang ramai kawan perempuan, dari dulu lagi tapi sekadar kawan dan tidak lebih dari tu.
Dia minta saya percaya tu dan jangan terlalu buruk sangka sebab itu yang boleh menyebabkan dia jadi ‘turn off’ dengan saya. Saya terima, redha dan cuba terima keadaan tu.
Semalam, saya ‘call’ Mohd, sekadar borak kosong.
Tiba-tiba perbualan tu jadi dingin sebab soalan yang pada saya soalan biasa sahaja. Saya tanya Mohd, kenapa sekarang dia jarang nak bercerita dengan saya macam dulu.
Dia jadi sedikit dingin. Katanya dia dah mula rasa tak seronok dengan perangai saya sekarang.
Dia rasakan saya banyak ‘complaint’, kongkong dia dan dia akui perasaan dia dah sedikit sebanyak jadi ‘turn off’ dengan saya.
Sesungguhnya saya tak pasti part mana saya kongkong dia, dia bebas ke mana-mana tanpa beritahu saya. Saya tak pernah pegang hp dia untuk tengok dengan siapa die mesej/call.
Apa yang saya inginkan dari dia, hanya lah sikit perasaan ambil berat dari dia.
Pembaca sekalian, saya buntu. Majlis kami dalam beberapa bulan sahaja lagi. Saya takut nak melalui fasa tu jika Mohd masih sebagaiman dia sekarang.
‘Ignorance’..betul dia sangat abaikan saya.
Pembaca sekalian, maafkan jika ayat tak menarik kerana saya bukan lah penulis. Hanya berkongsi rasa yang saya tak tahu mana saya nak bercerita.
Mungkin ada di kalangan pembaca melalui sama dengan apa yang saya lalui. Saya hanya nak kepastian, kenapa Mohd berubah. Adakan sebab perempuan lain?
Adakah silap dari diri saya sendiri yang tak cukup sempurna pada mata Mohd lepas hampir setahun perkenalan kami?
Mohon doakan saya. Majlis makin hampir tapi saya berbelah bahagi. Saya takut untuk berdepan hari esok.
– Lara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit