Hai, nama saya Mimpi, dah berkahwin dan ada seorang anak yang aktif dan comel.
Tujuan post ni bukan nak meluah tapi nak share cerita tentang mimpi saya.
Untuk pengetahuan semua, sebelum kahwin dari saya umur 12 tahun sehingga sebelum kahwin saya seorang yang senang bermimpi dan boleh kata setiap mimpi saya saya boleh berubah dan rasa seperti hidup dalam mimpi saya.
Saya pernah mimpi beri susu kepada bayi banyak kali, saya juga pernah mimpi berkawan dengan ular sawa besar yang berwarna emas.
Saya juga pernah mimpi menjaga 2 orang kanak2 berumur 2 dan 3 tahun serta seorang bayi dalam umur 1 tahun dan duduk di sebuah rumah kayu yang cantik besar dan luas di dalam sebuah hutan..
Rasa seperti ada kaitan dengan budak2 tu sebab kalau budak2 tu hilang dalam mimpi rasa gelisah tu betul2 buat saya tak selesa.
Pasal ular tu.. Sebelum kahwin saya ada mimpi seorang perempuan muda dalam 30 an berdiri pandang saya dengan senyuman yang manis.. Berpakaian ala2 zaman dahulu tapi warna baju seakan2 keemasan tapi seakan2 warna cream juga.. Tak dinafikan memang cantik..
Cuma tersenyum dan melihat saya lalu pergi tinggalkan saya.. Dalam mimpi rasa sekejap saja rupanya saya dah tidur selama 6 jam..
Dan 3 hari lepas kahwin saya juga ada mimpi seorang lelaki yang sangat kacak.. Senang kata memang citarasa saya.. Berjumpa dengan saya dan bercakap dengan saya.. Dengan nada tidak memaksa dan meminta saya untuk meninggalkan suami saya..
Dia kata saya tidak akan bahagia dengan suami saya dan hanya dia boleh bahagiakan saya.. Dan sudah tentu saya menolak untuk meninggalkan suami saya dan tetap dengan pendirian saya.. Dan itu kali terakhir saya bermimpi pelik..
Untuk pengetahuan semua juga, semua mimpi ni selalu terjadi selama 3@4 hari..
Contoh menjaga budak tu kan, saya akan menjaga budak tu selama 3 hari di tempat yang sama dan budak yang sama.. Sampai tahap saya boleh ingat setiap laluan di rumah.. Sama juga mimpi2 yang lain..
Macam saya kata, mimpi yang pelik tu dah berhenti 4 tahun yang lepas.. Tapi sejak masuk tahun ni saya bermimpi semula pelik.. Yang berkaitan..
Yang buat saya takut kerana mimpi kali ni betul2 menguji diri saya.. Saya dah bermimpi orang yang sama dan tempat yang sama 2 hari berturut2.. Dunia mimpi kali ni macam dunia yang nyata..
Orang dalam mimpi kali ni orang yang berbeza berbanding mimpi yang saya dapat sebelum kahwin.. Tapi ada seorang lelaki yang didalam mimpi ini hampir2 buat saya jatuh hati..
Masa hari pertama saya jumpa dia sangat sombong tidak bercakap atau melihat saya.. Saya ingat dia hanyalah watak tambahan dalam mimpi saya.. Rupanya tidak..
Hari pertama kawan dalam mimpi saya perkenalkan saya dengan dia.. Dia mempunyai watak yang sangat dingin hanya melihat dan tidak bersuara ataupun senyum seperti saya pernah buat salah kepada dia.
Kawan saya kata saya pasti suka dia sebab saya pernah kenal dia. Mimpi saya berakhir di situ.. Dan semalam saya bermimpi lagi.. Tapi kali ini dia sangat2 baik.. Senyuman layanan dan tingkah laku dia terlalu baik..
Saya terasa janggal menerima kebaikan dia di dalam mimpi. Saya cuba layan seperti kawan tapi sedikit sebanyak sikap dia yang romantik, melindungi saya dan caring buat saya hampir jatuh cinta dengan dia..
Nasib anak saya terjaga dari tidur dan menangis.. Jadi saya pun terus terjaga dari mimpi.. Senyuman dia yang manis adalah memori yang terakhir sebelum saya terjaga dari mimpi..
Nampak macam cerita novelkan tapi itu yang saya alami sekarang. Nak kata saya tak cuci kaki muka? Sudah saya buat, baca ayat kursi dan 3 kul? Sudah saya buat.. Tapi tetap sama..
Minggu lepas juga saya bermimpi benda yang sama juga.. 2 hari dengan orang yang sama, kawan mimpi saya masih ada tapi tempat dan topik yang berbeza.. Cuma saya tak berjumpa lagi dengan dia..
Patut ke saya pergi berubat?
– Mimpi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pergi kt shopee cari buku zikir pagi petang by ghulamonline shop, rm5 je. Zikir n doa yg sahih nabi ajar. Tak mampu buat semua, buat plg basic ayat kursi + 3qul(3 times each surah). Try tengok ada beza x pasni