Siapa Dia? II

Sorry korang, terpaksa buat sambungan sebab tiba2 ada hal waktu tengah syok taip.

Ok, saya nak sambung cerita saya. Dipendekkan cerita saya pun masih single sampailah hujung third year haritu. Sekarang pun masih single hahaha. Sebelum pelajar menjalani latihan industri, kami dikehendaki mendengar taklimat daripada pensyarah bertauliah. Pensyarah kami sporting ni pun berseloroh, “mana tahu jumpa jodoh waktu intern nanti”. Pada masa yang sama, suatu rasa yang luar biasa menyelinap ke dalam hati saya. Tak pernah rasa perasaan macam tu menyelinap ke hati saya seumur hidup saya. Sukar saya untuk menggambarkan perasaan aneh itu. Saya pun berkata dalam hati saya mungkin perasaan aneh itu cuma kebetulan.

Hari pertama intern, kebetulan ada seorang intern lelaki dari IPTA lain juga yang daftar sama hari dengan saya. Waktu tu saya cuma sibuk menelaah nota kajian yang pensyarah saya bagi. Alang – alang sampai habis third year pun single, baiklah terus single sampai habis belajar. Fokus betul2 pada pelajaran. Lagipun, final year ni memang tough. Dah macam zombie sebab ada je kerja bertambah walaupun yang ada tu berlambak dan tak settle2 lagi. So, kiranya kehadiran si A tu tidak saya endahkan sangat walaupun pertama kali saya melihat dia, dia memang menarik perhatian saya. Hari pertama intern tu berjalan dengan biasa sampailah waktu saya nak punch card sebab nak balik. Tengah2 nak punch kad kehadiran saya, saya tertoleh kepada satu punch card yang tertulis nama penuh A. Perasaan aneh itu pun datang sekali lagi. Saya pun memang tak endahkan perasaan itu dengan beranggapan bahawa itu hanya satu kebetulan. Mungkin nama dia sedap didengar kowt..

Waktu intern tu, cuti raya kitorang berdua (saya dengan A) tak ambil extra cuti memandangkan kampung pun dekat2 je dengan rumah and cuti raya dengan family tak lama. Ingatkan dah habis cuti raya yang non-muslim semua ada kat office. Tengok2 tinggal saya, A dan lagi seorang akauntan. Tu pun akauntan tu duduk ruang lain and keluar office lama. Tinggallah kitorang berdua je. Dah nak dekat tengahari tu lapar jugaklah sebenarnya. Nak keluar beli makanan sorang2 takut, sebab situ kawasan industri dan memang sunyi waktu awal2 musim raya. Tunggu2 si A tu ajak makan, tak pun ajak. Last2 saya jugaklah yang ajak sebab takut gastrik. So kitorang turun sama2 nak ambil kasut dulu. Buka2 shoe storage (yang boleh muat dua pair kasut je), tengok2 tempat kitorang simpan tempat yang sama. Punyalah banyak tempat kosong yang lain, tapi kenapalah tersama and terbuka shoe storage tu pun sama2. Ok kitorang jadi awkward jap. Kitorang pergi kedai mamak sebab kedai lain tutup. A duduk kat meja dulu macam cop mejalah katakan. Saya pulak terus pergi ke kaunter nak order. Duduk2 tunggu order tu, tiba dua teh ais sampai. Kitorang pandang each other. Saya pun still relaks lagi dengan menganggap itu hanyalah suatu kebetulan.

Esok harinya, kitorang makan lunch lagi tapi dengan lagi seorang intern, nama dia N. Macam biasa A cop tempat, saya pun order kat kaunter. Bila order sampai, makanan kitorang pun sama, air pun sama. Cuma beza, air saya panas dia punya sejuk. A cuma senyum je kat saya. Mula2 saya buat2 tak endah lepas tu saya pun turut senyum jugak. Dipendekkan cerita, kadang2 kitorang terpakai warna baju yang sama, tercakap benda yang sama pada waktu yang sama. Nak minum air pun kadang2 tersama2 (i mean synchronize). Selalu waktu sebelum balik rumah, saya suka singgah pantri dulu sebab suka minum air kosong dulu sebelum balik. Dan beberapa kali juga, saya asyik terserempak dengan si A. Cara terserempak tu unik tau. Pintu pantri tu sliding door.

Kadang2 saya baru nak slide pintu tu, dia dah terbuka sendiri sebab A ada kat dalam. Kadang2 saya kat dalam, nak buka pintu tu tiba2 je dah ada A kat depan pintu. Banyak kali terkejut jugaklah sebenarnya. Tapi sepanjang intern tu cara saya terserempak dengan orang waktu kat pantri cuma dengan A je. Nak sedapkan hati, saya ingat kebetulan sahaja. Ada sekali tu, saya request nak tengok ws group company through phone A sebab phone rosak teruk sampai nak charge pun x boleh. Tapi apakan daya, saya bukannya ada duit waktu tu. Waktu tgk ws tu, background phone A gambar parents dia. Kenapa bila saya tengok parents dia, seolah – olah macam mereka tu pun parents saya. Perasaan aneh tu datang kembali. Saya pun endahkan perasaan itu.

Okay forward cepat2 sebelum habis intern ni, adalah sorang kawan kitorang ni, si D. Tengah2 kitorang buat keje dia terpecahkan mug kat dalam office. D ni lelaki tau. Sebab saya perempuan, saya tunggu2 jugaklah A ni offerkan pertolongan. Tapi tak jugak si A ni nak tolong. So, saya pun bangunlah dengan niat nak tolong si D ni. Tengah busy tolong si D ni, tiba2 boleh pulak kitorang nak terlanggar each other. Waktu tu saya terpandang si A, muka dia macam nak belasah je si D ni. Saya pun continue je kemas mug yang pecah tu. Tiba2 si D ni bersuara, “baguskan si L (saya) ni, boleh jadi isteri mithali?”. Lepas tu, D sambung “aku dan N dah berpunya, kau (A) dengan L je yang single. Apa lagi?”. Saya tersengih – sengih je kat bawah sambil mencangkung kemas mug yang pecah je.

Tak sangka pulak yang si D ni terperasan. Apa lagi, si D ni bagitau si A yang saya ni tersengih2. Nervous tahap gaban kot. A terus bangun dari kerusi terus pergi ke rak buku sebelah meja dia. Lama jugaklah dia belek buku2 kat situ hahahhaha. Lepas tu D ada usik2 lagi tapi A ni ego tinggi. Terasa jugaklah apa yang dia cakap tu kadang2. Sebab mug si D tu pecahlah, saya still suka A sampai sekarang. Waktu A habis intern, ya Allah sedihnya tak tahu nak cakap. Rasa rindu sangat2. Tapi A pun takde cakap apa pun kat saya. Hari last saya intern, cuma tinggal saya dengan D je sebab yang lain dah habis intern. D tanya, “A ada cakap apa2 kat kau tak?”. Saya jawab takde pun. D cuma mampu menggeleng – gelengkan kepala.

Sem lepas habis intern tu, saya ada cuba date dengan lelaki lain. Tapi asyik ingat kat A. So, saya pun tak teruskan perkenalan tu. Busy macam mana pun still ingat A. Saya suka tegur insta story A tapi A takde pun buat yang sama. Sedih kan? Ada sesetengah masa tu saya stress sangat2 dengan projek, course mate lah, assignment berlambak, thesis lah. Tapi tengah stress peak tulah, A akan post gambar. Bila saya tengok gambar dia, hati saya jadi tenang. Wallahu ‘alam sukar sebenarnya saya nak ungkapkan perasaan saya sekarang ni. Setahun berlalu, saya terlampau rindukan A. Rindu sangat3 tak tahu nak cakap macam mane. Tengah taip ni tiba2 nangis. Dua kali saya ajak dia keluar, just to show my effort. sebab rindu dah tak tertahan sangat kowt. Tapi dia tolak, dia bagi alasan.

Last2 saya confess jugak kat A. A cakap dia just anggap saya macam kawan dia dan dia masih tidak bersedia untuk in relationship. Saya sedih sangat2. Saya rasa seolah – olah saya tertipu dengan naluri saya sendiri. Saya unfollow dia kat instagram sebab takut terindu lagi. But that won’t stop me from stalking him. Saya stalk dia pulak kat twitter through google je. Waktu tu dah petang, pagi tu saya kemas2 barang recycle yang dah ada kat rumah. Tergerak hati saya pulak nak check twitter dia. Dia tweet yang dia pun ada kemas barang2 recycle hari yang sama jugak. Saya terkejut and saya speechless. Esoknya, saya baru bangun pagi and saya check dia pun baru tweet dia baru bangun jugak. Betul ke ini semua hanya kebetulan? Saya sendiri pun speechless. Saya pun tak tahu nak describe feelings saya. Sedih jugak bila cerita kat orang lain, mesej macam tak sampai.

Ada suatu malam tu saya termimpi. Banyak kali saya cuba ikat sejambak bunga. Banyak kali cuba tak jadi sampailah saya ikat satu jambak bunga tu. Dalam mimpi tu, bila dah dapat ikat bunga tu kena bagi kat seseorang. Saya kena bagi bunga tu pada seorang lelaki yang bertopi. Saya tak nampak muka dia. Waktu saya nak bagi bunga tu kat lelaki tu, lelaki tu secara automatik membelakangkan saya. Sambil berjalan meninggalkan saya, dia cuma cakap dia nak cari duit. Dia nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun dia nak kahwin dengan siapa. Saya cuma terpinga – pinga. Tapi tu mimpi je kan. Boleh jadi mainan mimpi semata – mata. (Terpaksalah fikir macam tu, nanti bagi harapan kat diri sendiri kan? Kita jugaklah yang sedih nanti. Huhuhuhuhu. )

Buat masa sekarang ni, saya just busy kan diri saya dengan family and build my own career. Hari yang ditunggu – tunggu tu pasti akan tiba. Suatu hari nanti. In shaa Allah. Tak ada kat dunia, in shaa Allah di akhirat nanti.

– Anonymous confessor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *