Siapa Kami?

Assalamualaikum semua. Harini, aku akan ceritakan sedikit tentang hidupku yang berkaitan dengan isu terkini, iaitu isu faraid.

Setahun yang lalu, aku pernah membuat luahan di sini, iaitu gadis lepasan PT3, Humaira (bukan nama sebenar) yang menceritakan tetang kehidupannya selepas kehilangan bapa tercinta. Alhamdullilah. Luahan aku mendapat sambutan. Terima kasih semua. Kini, aku pelajar tingkatan 5. Doakan aku :)

Boleh baca confession berkenaan di sini,

Part I, (https://iiumc.com/myself/).

Part II, (https://iiumc.com/myself-ii/).

Kalau ada yang ingat tentang kisah aku, aku banyak menceritakan tentang ibu, abang dan tokayah ibu. Kan? Ada aku sebut tentang sebelah bapaku? Tidakkan?

Sebelum aku mulakan cerita ini, aku hanya mahu memberi peringatan. Aku tidak berniat untuk membuka aib sesiapa, barangkali memalukan mereka. Sekadar berkongsi.

Abah. Abah bekerja sebagai pemandu lori pasir. Abah beli lori pasir tu dan sewakan kepada orang. Kadang-kadang orang upah abah untuk hantar barang ke tempat pembinaan. Abah ada pekerja, iaitu adiknya. Aku akan gelarkannya sebagai ‘Abu’ saja.

Pendekkan cerita, abah meninggal dunia. Jadi, Abu mengambil alih semuanya. Ibu cakap, Malam ketika jenazah abah masih di rumah tokwan (sebelah abah), tokwan telah berjanji untuk memberikan kami sekeluarga duit untuk sara hidup. Lebih kurang macam tu.

Tapi, manusia hanya pandai berkata-kata. Selesai sahaja urusan abah, apa pun kami tak dapat. Bayangkan, seorang wanita tidak bekerja, diuji dengan pemergian suami. Macam mana nak survive hidup? Anak-anak kecil lagi pula tu.

Waktu abah meninggal, umur abang 7 tahun, aku 4 tahun. Tapi ibu cakap, kami sentiasa cukup. Tak pernah sampai tahap tak ada duit. Alhamdullilah. Rezeki anak yatim.

Beberapa bulan kemudian, ibu dapat tahu yang Abu jual lori abah. Tapi hasil jual langsung tak bagi dekat kami. Ibu agak terkilan.

Ibu ada kongsi mengadu dekat biras dia, sebelah abah juga. Tapi biras tu pergi cerita dekat isteri si Abu ni. Lepastu timbul perli memerli. Bila kami balik kampung sebelah abah, dia perli ibu. Tak malu agaknya? Ambil hak anak yatim..

Ada sekali tu, Abu datang rumah. Waktu tu maghrib. Ibu cakap dia ketuk pintu rumah macam nak roboh. Bila ibu buka, dia campak satu buku hutang ni dekat ibu. Buku hutang tu, dalam tu ada nama, alamat orang yang berhutang dengan abah. Ada yang sewa lori abah tak bayar dan banyak lagi.

Abu cakap dengan ibu dengan nada marah + benci. Dia cakap abah tinggal banyak hutang dekat dia sejak abah meninggal. Dia pun cakap ‘kalau nak duit, pergi kutip hutang² tu sendiri !’

Sejujurnya, selepas abah pergi, hanya mak saudara dari keluarga abah sahaja datang menjenguk. Sedangkan aku mempunyai 3 orang bapa saudara kalau tak silap. Tokwan pun sekali je datang jenguk kami lepas abah meninggal.

Di mana mereka? Sedangkan kami berdua (aku dan abang) adalah tanggungjawab mereka. Sampai aku sendiri pun tak kenal bapa saudara sendiri. Kalau jumpa dekat luar, memang tak kenal.

Selepas abah meninggal, yang banyak ambil tahu tentang kami sekeluarga adalah keluarga sebelah ibu. Lagi² pakngah dan ngah. Mereka berdua sangat berjasa kepada kami sekeluarga. Aku doakan mereka berdua dilimpahi kesihatan yang baik dan rezeki yang luas.

Okay berbalik pada topik. Hehehe. Masa ibu dan abah baru kahwin, abah beli rumah. Nak dijadikan cerita, abah tak sempat bayar sampai habis. Abah meninggal dunia. Tapi, Alhamdullilah. Rezeki Allah maha luas. Insuran tolong cover sampai habis duit rumah. Lega.

Tapi ada satu isu, aku taktahu sangat pasal ni. Ibu kena pergi mahkamah untuk nama waris rumah. Masa tu, tokwan pun ada dekat mahkamah. Kalau tak silap, rumah tu nama tokwan mungkin. Tak ingat pula. Maaf. Taknak tanya ibu. Nanti kantoi lagi yang aku tulis cerita ni heheh.

Okay lepastu, lawyer ke hakim entah tanya tokwan. ‘tokwan, nama rumah ni nak letak nama siapa? Nak letak nama anak² tokwan yg lain pun boleh, cucu boleh, menantu pun boleh’. Tokwan terus berdiri ‘ha! Boleh letak nama anak lain?’.

Masa tu ibu cakap, ibu dah takut. Sebab kalau tokwan letak nama adik beradik abah, nanti kami nak merempat dekat mana?. Fikir punya fikir, akhirnya tokwan letak nama cucu, kami berdua. Ibu kata macam nak gugur jantung dengar sebab lega sangat.

Selepas beberapa tahun, adik kepada abah meninggal. Aku akan gerlakannya sebagai ‘Ali’. Ali ni meninggal masa aku darjah 3 ke 4 eh. Aku tak ingat. Masa Ali meninggal, anak-anak dia semua dah besar. Yang bongsu tua setahun dari aku. Yang lain ada yang dah kerja kalau tak silap.

Tapi, apa mereka buat? Mereka sanggup ulang-alik pergi tengok anak-anak si Ali ni dari Ali meninggal sampai sekarang. Keluarga si Ali ni duduk jauh sangat. Luar dari negeri kami. Sedangkan, jarak rumah aku dengan rumah tokwan adalah 7 km sahaja.

Aku tak faham. Bapa saudara, mak saudara semua kisah pasal anak-anak Ali.. aku dengan abang? Siapa kami di mata mereka? Apa salah kami? Sepanjang abah meninggal sampai sekarang, sekali pun bapa saudara aku tak jenguk kami.

Kalau pergi beraya rumah tokwan pun, mereka anggap kami macam tak pernah wujud dalam hidup mereka.

Macam ada sesuatu yang kami tak tahu. Sepupu sebelah keluarga abah pernah terlepas cakap dekat ibu. Lebih kurang macam ‘Tokwan dulu selalu datang tengok cucu ni kan. Sejak² bapak meninggal terus …..’ dia terbehenti dekat situ.

Ibu tertanya-tanya apa salah ibu. Tapi ibu tak jumpa jawapan. Buntu fikir. Akhirnya ibu ambil keputusan, taknak ambil tahu. Jika tahu kebenaran, sakit.

Sampai di sini sahaja. Seperti yang aku nyatakan sebelum memulakan cerita, aku tidak berniat untuk membuka aib sesiapa. Nama pun aku tukar. Aku sekadar ingin berkongsi tentang kisah ini kepada semua. Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk cerita.

Aku mengambil masa yang lama untuk fikir tentang ceria ini. Patutkah aku cerita? Adakah aku bakal membuka aib mereka? Tetapi niatku hanya ingin menjadikan kisah ini sebagai teladan hidup untuk semua.

Terima kasih kerana sudi membaca. Lots of love, from Humaira yang comel hehehe.

– Humaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *