Siapa Ketua Keluarga Sebenarnya?

Assalamualaikum semua.

Confession ni bukan bererti nak memburukkan sesiapa mahupun membuka pekung di dada. Lebih kepada meminta pendapat serta memberi pengajaran kepada sekalian manusia dan juga diri sendiri.

Nama aku B. Dah berkahwin selama 3 tahun. Punyai seorang anak. Kami sekeluarga tinggal di selatan Malaysia dan jauh daripada keluarga sendiri nun jauh di utara.

Kami berkahwin setelah 10 tahun mengenali satu sama lain sejak zaman sekolah.

Waktu bercinta, macam macam dugaan kami hadapi. Fitnah, tohmahan kepada bakal isteri dan lain lain. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran, kami berjaya disatukan.

Kami ingat dugaan semua akan berakhir bila dah kahwin. Tapi, dugaan baru pula yang kami hadapi.

Keluarga aku ni terutamanya ayah dan emak memang selalu mengongkong aku dan adik beradik daripada kecil.

Tapi, bagi aku itu satu benda yang agak baik sebab alhamdulillah kami membesar menjadi seorang yang dapat berbakti kepada agama dan negara.

Tapi, aku perasan sikap mengongkong tu terbawa sampai aku dan adik adik kahwin. Segala perbuatan dan tindakan harus mengikut telunjuk mereka.

Awalnya aku okay sebab paham yang aku dan isteri baru kahwin dan perlukan bimbingan.

Tapi, selepas 3 tahun, perkara yang sama masih berlaku.

Sampai satu tahap, mereka mengongkong dan mengawal pergerakan isteri serta keluarga mertua aku. Seolah aku melebihkan keluarga isteri daripada keluarga sendiri.

Mereka tak cuba nak faham kondisi dan skop pekerjaan aku yang memerlukan mertua selalu datang dan menjaga isteri dan anak aku ketika ketiadaan aku di rumah yang memerlukan aku keluar berminggu atau berbulan lamanya.

Mereka tak cuba nak faham yang keluarga mertua aku ni bukan orang senang tapi sanggup bagi masa dan tenaga untuk datang menjaga.

Bila aku nak bercuti dengan keluarga mertua, mereka akan pandang serong seolah isteri dan mertua aku cuma gunakan duit aku seorang sahaja walhal isteri aku pun bekerja dan ayahnya juga seorang peniaga.

Kadang aku tak faham, aku dah bagi segalanya untuk keluarga aku.

Bila cuti, aku balik kampung dan bercuti dengan mereka. Bila diaorang tak cukup duit, aku tolong buatkan loan. Tapi, bila hal rumah tangga, suka masuk campur.

Aku bukan jenis pandai mengarang tapi disebabkan tekanan, aku terpaksa menulis juga bagi meminta pendapat tentang cara untuk menasihati orang tua aku agar tidak masuk campur hal rumah tangga aku lagi lagi jika melibatkan mertua.

Berbalik kepada tajuk aku, bila dah kahwin, siapa ketua keluarga sebenarnya? Aku atau Ayah?

Bantu aku. Tolong.

Sekian.

– KDA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *