Siapa Mangsa, Siapa Pemangsa?

Aku pemegang status J dalam lingkungan hujung 20an. Rumahtangga yang pernah terbina 3 tahun lebih sahaja.

Aku tak pernah malu memegang status J, malah aku berbangga. Aku bangga kerana aku berani keluar dari ketakutan dikecam sebagai pemegang status J (ramai wanita sanggup bertahan jadi mangsa rumahtangga kerana tidak sanggup digelar J).

Aku seorang penjawat awam. Ex juga seorang bekas penjawat awam. Kenapa bekas? Sebab dia berhenti kerja, tak dapat bertahan lagi setelah ditarik emolumen atas alasan kerap tidak hadir bertugas tanpa mohon cuti.

Kami cinta PJJ (aku di Barat, dia di Selatan), aku belum kenal belang dia. Dia memang pandai raih simpati.

Waktu dia tak ada kenderaan ke tempat kerja, dia mengadu kawan-kawan serumah tak kejutkan dia bangun tidur (sebenarnya dia bukan seorang Morning Person). Kawan-kawan tinggalkan dia jadi dia tak dapat pergi kerja. Ada masa diberi alasan tidak sihat.

Aku pun percaya mentah-mentah. Yelah, PJJ kan. Mana tahu kena tipu. Duit ni sentiasa tak ada, buat cerita sedih tak makan sampai gastrik. Aku transfer duit belanja.

Sebulan sebelum nikah, dia ditarik emolumen. Tidak bergaji. Memandangkan persiapan sudah 90% selesai, aku keluarkan duit sendiri sebagai duit hantaran.

Lepas berkahwin, kami PJJ lagi lebih kurang 6 bulan sebelum dia nekad berhenti kerja sebab dah tak boleh survive dengan gaji harian sahaja.

Dia datang ke negeri aku dengan alasan untuk cari kerja baru. Setiap hari mendesak aku untuk cari rumah sewa buat kami.

Aku pun meminjam merata untuk bayar deposit rumah. Dah datang ke tempat aku, dah ada rumah, tapi tak keluar cari kerja. Masa ni lah segala belang muncul.

Pemalas, susah bangun pagi, panas baran, kaki pukul, suka mendesak. Minta macam-macam. Kalau aku tak tunaikan, dia akan buat muka, mogok tak bercakap, atau bentak-bentak.

So, aku bagi cadangan, bawak lah Gr%b. Boleh cari duit sikit. Dia bagi alasan kereta aku banyak problem.

Okay lah, aku repair kereta, keluar kos lagi. Lepas dia hantar aku pergi kerja, rupanya dia balik tidur. Bila kantoi tak keluar bawak Gr%b, dia bagi alasan dah keluar pagi tadi tapi tak ada customer, jadi dia balik tidur.

Lepas 3 bulan aku menanggung hidup dia, dia dapat kerja. Tapi kerap tak pergi kerja. Bagi alasan gaji kecil tapi tempat kerja jauh. Kos minyak kereta, tol, makan lagi, mana cukup katanya. Kurang dari RM100 duit poket, tak nak pegi kerja.

Okay, aku berkorban. Aku bangun seawal 4 pagi, buatkan bekal. Topup lagi duit minyak untuk dia & duit belanja. Aku ni pernah pergi kerja dalam poket ada RM1 saja.

Tak lama dia bertahan kerja, kena buang kerja sebab kerap MIA. Macam aku cakap, dia susah bangun pagi. Aku pernah kena sepak terajang sebab kejutkan dia bangun pagi, suruh pegi kerja.

Pernah jugak kena sepak terajang sebab kejut suruh solat Subuh. Maki hamun sumpah seranah segala binatang aku dah dapat. Dia panggil aku sundal, jalang, pelacur pun pernah. Menganggur lagi.

Makanya, aku lah yang perlu menanggung semua komitmen & perbelanjaan harian. Tak mampu lagi nak tanggung semua, aku terpaksa buat pinjaman peribadi bayar semua yang tertunggak.

Selepas 2-3 bulan, dia dapat kerja baru. Ya Allah, nak dapat kerja baru tu punyalah bercintaaa.

Aku lah yang karang Resume, power punya resume supaya dia nampak sebagai the best candidate. Aku lah hari-hari yang apply kerja dekat Jobstreet. Apa dia buat? Tidur saja di rumah. Aku dah macam PA. Sentiasa update kalau ada interview.

Okay, lepas dapat kerja baru, dia punya azam & semangat baru untuk kerja betul-betul. Tinggalkan habit lama. Dia ni dalam buruk sifat dia, ada juga yang baik.

Perangai dia ni, kalau dia ada duit, memang dia tak berkira. Dia bagi saja aku. TAPI…. Hujung-hujung nanti mintak dekat aku balik. Aku ibarat tabung ayam saja.

Kerja dia tu apa korang rasa? Tak sampai setahun, buat balik perangai lama. Sudahnya, berhenti kerja lagi.

Aku? Seperti biasa, cycle dulu berulang lagi. Update resume dan mohon kerja untuk dia di Jobstreet. Aku buat lagi pinjaman peribadi, tutup hutang-hutang komitmen yang tertunggak. Sewa rumah, kereta, bil-bil, perbelanjaan harian, barang dapur. SEMUA.

Dia? Dia dah blacklist, tak boleh buat apa-apa pinjaman, hatta bil telefon pun. Bil telefon guna nama aku. Sebab? Sejak dia berhenti kerja kerajaan, Angkasa dah stop bayar ansuran pinjaman dia. Dia? Memang tak lah nak bayar pinjaman tu sendiri.

Okay, next! Dapat pulak kerja baru. Macam biasa, semangat baru tu muncul lagi. Tak sampai setahun kerja, dia buat hal. Katanya, dia hilangkan duit syarikat RM15,000 untuk bayar levi (Wallahua’lam, samada betul hilang atau dia dah guna duit tu).

Tapi, lepas seminggu lebih baru dia bagitahu aku. Itu pun selepas katanya company nak buat repot polis dia songlap duit company.

Aku ni fikir bantu suami, aku apply lagi overlap pinjaman peribadi. Hari-hari desak aku suruh check dah lulus ke belum. Dapat saja duit, dia bayar dekat company then terus letak jawatan.

Masa ni baru terfikir, kalau tak salah kenapa nak berhenti.

Haihhh! Mula semula cycle ‘itu’. Aku dah koyak. Aku penat. Gaji makin ciput, abis bayar hutang bank saja. Nak jadi cerita, dia dapat kerja lepas 4-5 bulan. Kerja kali ni memang dia stabil sebab gaji tinggi juga. Ada juga lah dia bagi duit dekat aku, tapi macam biasa, ada juga dia minta balik.

Masa ni, adik aku (adik beradik aku semua perempuan) ada tumpang rumah, sebab dia kerja berdekatan rumah aku. Pergi balik kerja memang aku hantar & jemput. Adik ada bagi duit tiap bulan walaupun aku tak minta, tapi aku tak ambil. Aku suruh adik bagi dekat parents aku. Lari topik sikit.

Mak aku sakit, jadi ayah aku berhenti kerja untuk jaga mak aku sepenuhnya, memandangkan adik-adik aku masih belajar. Ayah aku tak ada punca pendapatan dah, jadi kami anak-anak yang bekerja ni lah yang bagi duit dekat ayah aku untuk sara keluarga.

Alhamdulillah, adik-adik yang masih study dapat bantuan & pinjaman pendidikan untuk survive. Tu pun kadang dapat duit PT, adik hulur dulu untuk keperluan keluarga.

After few months adik aku yang kerja ni decide nak berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Hari adik pindah barang keluar, aku tengah kerja. Ex aku ada dalam bilik.

Jadi, adik berdua saja dengan dia dekat rumah. Adik segan nak ketuk pintu bilik Abang Ipar dia, jadi dia whatsapp aku ucap terimakasih bla bla bla, kirim salam dekat Abang.

Aku pun dekat tempat kerja tu okay saja lah. Tetiba, ex aku whatsapp aku cakap adik aku keluar rumah macam penyamun. Senyap-senyap keluar bawak beg, tak ucap terima kasih langsung. Aku pun ss conversation dengan adik send dekat dia. Dia tak puas hati.

Rupanya, dia update status dekat FB ungkit pasal adik tumpang rumah segala benda ditanggung siap buat senarai lagi sewa, bil, tol, minyak kereta, makan, wifi, semua lah, tapi satu sen tak penah bagi (tapi dia hide status tu dari aku). Dia lupa kot selama ni pun aku yang tanggung dia.

Malam tu baru aku tahu cerita. Adik send semua ss dekat FB. Rupa-rupanya, dia dah perang komen dengan mak aku, adik aku & abang dia. Dia melawan dengan mak aku, memang biadab.

Lepas tu abang dia pulak komen panggil mak aku “Perempuan Sundal”. Tak cukup tu, abang dia cakap adik-adik aku “Pelacur”.

Hina ayah aku, cakap ayah aku tak kerja, duduk rumah goyang t#l&r, hidup mengharapkan belas ihsan orang. Aku whatsapp mengadu dekat mak dia, aku minta mak dia nasihat anak-anak dia. Mak dia cuma reply “Pegi lah kau meroyan sana sorang-sorang”. Speechless.

Aku pergi cakap dengan dia, tanya kenapa buat macam tu, dia dah mengamuk then jatuhkan talak satu ke atas aku. Aku fikir apa salah aku masa tu. Lepas tu dia nangis-nangis minta maaf then kami rujuk semula secara lisan.

Mak aku? Mak aku kecewa teruk dengan aku, dia dah hina keluarga aku, tapi aku masih back up dia. Aku ni, masa tu fikir syurga bawah tapak kaki suami. Aku fikir keluarga aku dengan aku, takkan pernah terputus darah daging tu.

Jadi aku cuba pertahankan rumahtangga aku, aku fikir lama-lama nanti lembut lah hati keluarga aku. Tapi aku silap. Keluarga aku menjauh dari aku, kecuali Abah. Dia? Ego nya masih tinggi menggunung.

Bulan puasa aku ajak pergi rumah keluarga aku minta maaf, dia bermati-matian taknak pergi. Sampai dia cakap, kalau mak ayah aku mati sekalipun dia takkan pergi ziarah. Pagi raya aku pergi rumah family aku sengsorang.

Aku hulur tangan nak salam dengan mak aku, mak aku langsung tak sambut tangan aku, pandang muka aku pun taknak. Adik-adik aku pun buat macam aku tak wujud dekat situ. Abah saja yang okay dengan aku. Aku lari balik, menangis sepanjang perjalanan balik. Luluhnya hati aku.

Selepas tu, aku lalui hari-hari aku macam biasa. Masa raya Haji, aku nekad nak balik rumah family aku. Dia balik raya dekat rumah mak dia. Masa tu aku memang judi nasib saja lah. Kalau family aku masih tak boleh terima aku, takpe lah aku balik saja rumah.

Tapi lain jadinya. Sampai saja rumah mak aku, mak aku layan aku macam tak ada pape yang jadi. Ajak aku makan sekali, gelak ketawa as normal. A normal happy family. Tapi aku perasan sesuatu. Mak aku semakin tenat sebenarnya disebalik gelak & senyuman dia.

Balik saja dari cuti raya, tergerak hati aku untuk sesuatu yang nekad. Di waktu tengahari Jumaat, aku cakap dekat kawan baik aku,

“Beb, aku dah buat keputusan. Kali ni aku nekad tinggalkan suami aku, aku nekad pilih mak aku. Lelaki ni boleh datang pergi. Tapi mak aku sorang saja tak ada ganti. Aku taktahu kenapa, tapi sakit mak aku kali ni, aku yakin yang aku akan hilang dia untuk selamanya”.

Lepas tu, aku cuba stabilkan kewangan aku, aku buat bisnes. Supaya aku stabil boleh berdikari lepas bercerai.

Sebab aku kerap balik lewat, dia bengang. Dia whatsapp kawan baik aku, suruh aku angkut barang aku keluar rumah. Dia cakap tak guna hidup dengan orang macam aku. Nanti dia pergi failkan perceraian dekat court.

Aku apa lagi, memang tu yang aku harapkan. Terus aku angkut semua barang aku balik rumah family aku.

Lepas tu, dia merayu-rayu dekat aku suruh balik. Apa ingat aku anak anjing? Tak suka halau. Lepas tu kutip balik.

Aku cakap aku nak bercerai. Aku suruh proceed saja nak pergi mahkamah. Tapi macam-macam alasan dia bagi. Punya lah aku ni cuba ikut rentak angin dia, supaya dia tak gantung aku tak bertali. Tertangguh proses perceraian tu berbulan-bulan lamanya.

Sebelum sempat aku selesaikan urusan perceraian, Allah SWT menjemput kembali Mak aku. Terduduk aku masa tu. Ya Allah, aku bersyukur aku sempat bahagiakan ibuku sebelum Engkau menjemputnya kembali kepada Mu.

Lepas kebumikan jenazah mak aku, kakak aku datang bagitau aku, mak aku pernah cerita dengan dia, mak aku lega aku dah kembali ke pangkuan keluarga.

Dia tenang tengok aku yang sekarang, nampak aku happy. Alhamdulillah, mak aku dapat pergi dengan tenang, tak perlu risaukan nasib aku lagi.

Dia?? Langsung tak datang ziarah arwah mak aku, ke kubur pun tidak. Itu yang dia pernah lafazkan. Dan itu lah yang dia buat.

Tapi dia tak boleh terima hakikat yang aku nak bercerai demi Mak aku. Dia hack Google account aku, dia jumpa gambar aku dengan business partner aku (kawan lelaki).

Dia viralkan gambar kami dekat semua socmed dia. Katanya, patut lah beriya nak minta cerai, rupanya menyundal dengan jantan.

Aku masa tu macam dah lantak kau lah, I dont have to explain anything. Apa orang nak fikir pasal aku pun lantak lah. Biar lah dia nak play victim. Yang kenal aku dan sejarah hidup aku dengan dia, dorang tahu cerita sebenar disebalik cerita acah terpaling mangsa dia.

Aku cuma fikir nak cerai saja masa tu. Lagi bagus kalau ini boleh jadi asbab kau cepat-cepat ceraikan aku. Tapi tak semudah tu gaisss.. Dia masih merayu aku untuk kembali. Aku cakap dekat dia,

“Kau canang aku ni jahat tapi kenapa kau beriya nak aku lagi? Eh, kau nak lagi ke perempuan yang kau panggil sundal, kau canang dekat satu dunia yang aku ni curang. Tak malu ke nanti orang tengok, Eh bukan ni ke bini kau yang curang tu? Kau kutip dia lagi?”.

Sorry, hati aku mati untuk kau. Akhirnya, di depan hakim dia lafazkan cerai talak satu.

Lepas cerai aku deal dengan dia, tiap bulan bayar aku RM700 sebagai ganti hutang. Ye lah, aku tanggung hutang dengan bank 10 tahun kot, termasuk interest lagi.

Tapi, dia bercerita dengan orang, walaupun dah bercerai dia masih bagi aku nafkah tiap bulan sebab kesiankan aku, taknak aku hidup susah.

Allahu baiknyaaa… Nafkah konon.. Sudahnya, setahun saja bayar (tu pun ada bulan yang tertunggak) lepastu bagi alasan tak mampu bayar sebab dah berhenti kerja. Terus senyap. Bil telefon tertunggak atas nama aku sampai RM1600.

Tak pasal saja nama aku masuk CTOS. Tu belum lagi cerita Coway hari-hari call aku cari dia sebab tak bayar tunggakan. Hutang keliling pinggang, tu pun ada hati cerita dengan orang bagi aku nafkah ihsan.

Sekarang, aku bahagia dan tenang dengan hidup aku. Aku redha saja pasal hutang tu, aku anggap tu sebagai hikmah supaya aku terus lost contact dengan dia.

Aku dah malas nak tuntut. Jawab lah dekat akhirat nanti. Apa yang penting sekarang untuk aku adalah family aku. Tu saja lah nak cerita.

Siapa yang baca kisah ni, dan tahu siapa aku, ini adalah penjelasan aku atas setiap kata fitnah yang pernah dilemparkan ke atas aku.

Aku ada bukti, setiap conversation whatsapp semua aku ss simpan. Ss whatsapp dia, whatsapp mak dia, ss komen maki caci dekat FB, ss posting fitnah dia dekat socmed.

Gambar badan aku lebam kena sepak terajang, gambar bibir aku pecah kena tumbuk. Semua bukti aku ada. Cuma aku tak perlu nak jadi macam dia beriya play as victim.

Tu saja lah aku nak luah. Gadis-gadis di luar sana, sebelum kahwin tu siasat lah latar belakang salah silah si bakal tu betul-betul. Bagi yang dah kahwin tu, jangan takut untuk dapatkan bantuan kalau korang jadi mangsa keganasan rumahtangga.

Bukan bukak aib suami, tapi untuk keselamatan diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah, aku tak ada anak hasil perkahwinan ni (pernah gugur). Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. That’s all.

Assalamualaikum wbt.

Curhat,

Yang Tenang,

– Miss Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *