Siapa Nak Balik Jaga Aku?

Hai. Aku Laila berumur 23 tahun dan pelajar universiti di malaysia ni. Dlm kehidupan sebagai pelajar, aku dikejutkan berita tentang dua orang nenek aku sakit. Satu belah ibu, aku panggil tok wan umur dlm 60 sakit kencing manis yg akhirnya kaki perlu dipotong sebab dah buruk. Satu lagi belah ayah, nenek pula umur dlm 90 jatuh tiba tiba kat bilik air dan terlantar . Allah sedihnya. Ujian besar bagi keluarga dan membuatkan haru birulah family aku. Nak utamakan mana dulu?

Aku tahu berita ni kebetulan masa cuti mid sem. Aku cepat cepat balik. Apa mak ayah aku buat? Sebelum tu aku cite dulu beza tok wan dgn nenek.

Tok wan aku nih orangnya berisi dan pendek sikit Perangai dia tak banyak sangat cakap tapi suka bercerita. Sepanjang dia sakit kencing manis7 tahun aku cuma dgr dia ckp “alah mcm nila aku, ikutlah mana boleh rawat”. Kene cucuk perut hari hari , pergi cucuk pula tangan untuk himodilisis, buat tapak tu kat leher, tak sampai hati tengok. Kalau aku nampak je nenek aku kene cucuk kat perut, aku tanya sakit tak.. Dia jawab “ikutlah apa nasihat dr”. Kesan dia byk. Tapi tok wan aku ni satu je susah nak berpantang. Dia selalu minta tokki aku beli megi, ais krim, air gas dan lauk yang dia suka senyap senyap. Kalau dengar je pakcik dan sorang makcik aku sorang balik, dia dah pantang. Sebab letih kene dengar bebelan. Dah tak berpantang kesanlah pada kaki kene potong dua dua. Jadi, anak anak tok wan yg dlm 8 orang ni perlu balik bergilir gilir jaga atau sorang volunteer jaga. Cite pasal nak jaga, Alhamdulillah semua nak jaga cuma syarat kene bawa balik tok wan kat rumah sebab balik keje bole jagakan. Dah penat dan byk guna duit kalau ulang alik yg dah makan masa 2 jam jarak perjalanan. Tapi takda seorang mampu. Kalau duduk rumah tok wan, memang kerja takde kat kampung. Hm jadinya tokki aku kata takpa biar aku uruskan, sape free baliklah. Jadinya kami balik dan ikut cakap pakcik aku kita bahagi masa buat jadual. Yang paling dekat 3 org jaga dan gilir isnin- khamis. Yang jauh sabtu ahad.

Aku balik je umah tok wan satu keluarga terkejut tengok dah berkudung. Maka bermulalah fasa kene mandikan, cuci air kencing dlm keadaan tok
wan duduk kat kerusi roda. Kalau bab nak basuh berak dan korek tahi mana tak keluar nih, perlu angkat tok wan dan tahan duduk atas tandas version oku dan bersihkan. Semua adik beradik mak aku boleh buat. Cuma cucu je belum termasuk aku bab berak tuh. Lain boleh. Ya Allah camnalah aku nak bagi hati aku kental buat benda ni. Aku kene lah cuba. So aku try dulu mandikan masakkan dan cuci part kencing. Dlm keadaan tok wan aku camtu, pakcik dua orang ja jenis takda rasa simpati. Balik pun time raya, dgr berita mak dia sakit baru jenguk pastu buat buat duduk borak tapi tolong basuh berak ni dia serah makcik dan pakcik lain. Nak naik angin pun rasa tapi inilah buat aku terpikir kalau aku skang belum mampu basuh berak tok wan aku cane aku nak jaga mak ayah aku nih.

Giliran ibu dan family kami adik abang kakak jaga tok wan selang sehari. Harini jaga tok wan, Esok jaga nenek. Kan aku cite awal awal nenek aku dlm masa yg sama juga sakit terlantar. Bila balik rumah nenek, nenek aku nih berlawanan dgn tok wan. Sangat suka mengeluh, marah kalau tak kene dan suka menyalahkan diri tak pandai urus diri. Aku tak berani nak balas semua pakat kata diam jelah.Sangat menguji ayah aku dan adik beradiknya. Ada sorang bongsu lelaki anak kesayangan nenek sangat rindu dia. Panggilah suruh balik gilir jaga. Dia kata yelah pastu diam.. Masa kian berlalu semua pakat serahkan kami dan dua orang makcik jaga. Ada orang perempuan, makcik makcik banyak main peranan dari mandikan cucikan amik wudhuk suapkan makanan, basuh cuci atas katil. Aku yg terpinga berita ni tengok je ayah aku uruskan, sambil bantuan ibu, Allah beratnya dua dua sekali gus. Cuti memang penuh masa bergilir hari bersama nenek dan tok wan…Aku buat apa? Aku dah bole uruskan cuci kencing dan mandikan nenek. Nenek asyik balas pandai dak? Tak kene tuh. Allah ujiannya dia nak dgn anak anak je. Anak anak sibuk kene bergilir bagi akula jaga dah aku je cuti. Cucu lain balik je aku terus bagi dia jaga. Tok wan solat kadang kadang terlepas waktu magrib. dia suka sangat tidur. Kami sampai tak tahu nak buat ape dah.

Pergi balik pada tok wan sementara tu.
Masa kian berlalu, aku tambahkan usahabuangkan pampers, cuci najis yg ada tinggal kat kerusi ke mana kat tok wan. Bayanglah tengah jaga baby. Macam mana perubahan tok wan? Tok wan makin banyak diam sampai ke sudah dia termenung dah cakap masa dia tak lama dah…Aku dah sakit 7 tahun. 2 tahun pulak keadaan camni.

Mengalir air mata aku ni weh..Aku teruskan je ckp ni makanan tok wan suka makan ni, sy suap sambil cakap kematian tu sy juga rasa nanti yg penting kita yakin Allah penyembuh dan pengubat kita. Mata dia dah kabur, yelah..Aku cepat alih topik jom sy ambikkan wuduk dan solat. Tok wan aku bab solat dia sangat jaga walaupun bila aku check bacaan ada sikit saloh aku ajar sikit. Tengok dia termenung je aku alih cerita pasal sirah dan aqidah. Korang tau tak kenapa?
Aku harap aku dan semua boleh jawab soalan siapa tuhan, siapa nabi dan apa agama kita. Aku kongsi cite2 kelakar nampaklah tok wan aku senyum je. ooh macam tu. Tok wan dah lupa dah.

Kalau part ada yg mcm letih, tok wan kata takpalah ko pergi rehat. Aku boleh uruskan yg ni. Mengalir lagilah air mata (hati) aku dengar dia semangat dan takdalah nak merengek rengek.

Tak lama kemudian , korang.. Tok wan aku sakit tenat pening kepala dan pengsan. Apa lagi, ibu aku cepat ajak semua balik dan uruskan tok wan. Masa berganti hari, hati aku cam rasa something dah yg aku rasa masa dia hampir tiba. Nampak dia longlai asyik tidur je. Dia pernah sekali panggil semua dan minta maaf kesalahan dia. Lagilah rasa lain hati. Semua anak cucu pun minta maaf. Tak lama. Nampak fizikal kalau pegang je tangan keras. Dia berubahdia cuma tanya ni sape?? Lepas dgr oohh. Dia diam dan terus diam. Dia koma selama seminggu. Dlm keadaan camtu keluar ayat ayat hati orang tua menyusahkan dari gambaran riak muka, dan juga perlakuan yang tak nak jenguk langsung pada dua org pakcik aku. Aku terasa gak camtu dulu pastu lama2 aku sedar syaitan tu semua. Masa makcik dan ibu aku lap badan tok wan, nampak air mata tok wan mengalir dgr bacaan kaset.

Aku pula nyesal tak kesudah tak sampau hajat nak basuhkan berak tok wan. Tlk wan terlantar mcm mayat hidup diam tanpa kata. Semua keluarga ada yg meraung sebab tak nak mcm tu. Dan ada yang dah mengalah. Takpalah kalau Allah nak ambil nyawa dia aku serah. Akhirnya tok wan melelapkan mata selama lamanya dlm keadaan semua koma. Dua orang pakcik aku tak dtg dan tak sempat nak minta maaf… Anak anak tok wan bantu sama uruskan mandikan arwah, angkat arwah dlm keadaan wajah sungul muram dan berbekas air mata. Sampai part balut dgn kain kapan. Aku mcm tengok je sedara buat, tapi hati tak tahu buat ape. Aku pun ambik kain kapan duk belajar camna nak uruskan sambil tatap wajah tok wan yg matanya tertutup. Semua gilir cium. Sejuk jr tenang. Masa nak tutup dgn kain, semua dah rasa mcm harap keajaiban berlaku. Pakcik ibu ayah tanya ada sesiapa lagi tak? Ada dua orang tulah.Memang tak tunggu terus kebumi… Pakcik aku dua orang tu tiba muncul masa kebumi.

Tengah siram kubur dgn air. Dapat berita pula..Kami terus bergegas balik dgr pula berita nenek demam panas….Aku harap korang doakan aku dan family nenek dan tok wan aku bersabar dan buat arwah tok wan. Aku dah kehilangan sorang tok wan. Skang ni nenek pula yg selama ni jaga aku masa kecik. Skrg ni bermula fasa utk nenek. Aku akan sambung part dua insha Allah.

Allah ujian sakit baru. Nabi nabi Allah uji lagilah nak dekat mati baru Allah still uji. Aku rasa cerita ni bagi pengajaran pd aku walaupun hanya cucu ni adalah persediaan agar aku berani dan memang betul jiwa dan raga sanggup jaga orang tua iaitu Ayah ibu aku. Korang mesti lagi teruk diujikan?

– Laila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *