Siapa Narcissistic Personality Disorder (NPD)?

Terpanggil untuk memberi pendapat berkenaan isu NPD ni. Sebab banyak confession berkenaan NPD ni.

Dan saya start google dan cari info berkenaan penyakit NPD ni. Sesuatu yang sangat menarik untuk dibincangkan dan dari komen-komen pembaca dari posting yang berkaitan dengan NPD saya rasa komen anda semua sangat menarik.

Ada komen dari pengalaman sendiri dan komen memberi pendapat berkenaan NPD. Saya berharap sangat maybe ada someone yang expert dalam bidang psikologi untuk explain lebih details berkenaan NPD ni.

NPD secara ringkasnya adalah singkatan Narcissistic personality disorder (NPD), bermaksud ketaksuban terhadap diri sendiri samada ketaksuban berkaitan rupa, kejayaan atau kemewahan.

Itu antara ciri ciri NPD, yang lainnya termasuklah melebih lebihkan pencapaian diri, merasa diri istimewa dan menganggap orang lain lebih rendah daripadanya dan dia menganggap dia layak mendapat layanan yang istimewa,

Memanfaatkan orang lain untuk kepentingan diri, kurangnya consideration terhadap perasaan orang lain dan merasa cemburu melihat kejayaan orang lain dan merasa orang lain cemburu terhadap keistimewaan yang ada pada dirinya.

Bagaimana kita hendak kenal seseorang itu pengidap NPD melalui pandangan mata kasar.

Boleh kah kita kaitkan NPD ini dengan perangai baran atau ego? Atau seseorang yang sentiasa merasakan diri dia sahaja yang betul dan tidak boleh menerima pendapat orang lain?

Menariknya ada yang mengatakan NPD boleh dikesan bila seseorang itu terlampau asyik bercerita mengenai diri mereka, berkenaan kejayaan mereka. Pendek kata everything is about him/her.

Sebagai contoh jika kita keluar dengan kawan kawan dan hampir setiap kali kita keluar pengidap NPD akan terlalu asyik bercerita berkenaan diri mereka.

Tanpa memberi peluang rakan lain untuk bercerita berkenaan hal lain. Maybe jika sekali sekala ok lah kot kan. Tapi kalau dah setiap saat everything is about him/her. Maybe something wrong somewhere right?

Adakah kita boleh kaitkan pengidap NPD dengan orang yang keterlaluan berkongsi semuanya dalam media social?? Dalam laman web tersebuat juga ada menyatakan perkongsian yang keterlaluan dalam media social adalah medium yang boleh trigger pengidap NPD.

Tapi ada betulnya kerana jika kita share semua setiap hari, dan benda tu jadi macam addicted atau kecanduan. Kalau tak share dalam seminggu kita jadi tak tentu arah. Adakah itu tanda seseorang pengidap NPD atau sekadar ketaksuban terhadapa media social.

Dan ada jugak fakta menyatakan bahawa apabila kita bertemu dengan pengidap NPD, selepas itu bila pulang kerumah kita akan rasa penat yang amat. ini disebabkan oleh pengidap NPD itu sendiri ada aura negative dalam diri mereka.

So apabila mereka bertemu dengan orang lain mereka akan tunjukkan sifat ego, baran, merasa diri istimewa dan secara tak langsung sebenarnya mereka merarik aura positif dari orang lain. Dan sebab itu apabila kita berjumpa dengan pengidap NPD kita akan rasa letih.

Dan adakan pengidap NPD itu seorang yang baran dan ego. ada kaitan ke baran dengan NPD??

Dan sebagai seorang yang hanya tahu berkenaan dengan NPD melalui pembacaan sahaja, pengetahuan berkenaan NPD sangat sedikit. Cuma saya just nak tau bagaimana nak detect seseorang itu adalah NPD melalui pergaulan seharian.

Dan menariknya ada pendapat mengatakan cara terbaik adalah elakkan dekat dengan pengidap NPD. Maksudnya elakkan berkawan dan berkahwin dengan pengidap NPD ini. Ini bertujuaan untuk menjaga kesihatan mental kita.

Adakah NPD ini pembunuh senyap kepada kesihtan mental seseorang itu? Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.

Dan ada juga maklumat yang menyatakan apabila seseorang sudah berkahwin dengan pengidap NPD dalam jangka masa yang lama, dia akan merasa penyeksaan terhadap mental adalah sesuatu yang biasa.

Salah satu ciri pengidap NPD adalah mereka cenderung untuk meletakkan kesalahan mereka pada orang lain.

Pengidap NPD akan memanipulasi pemikiran pasangan mereka dan pasangan akan merasa mereka yang ada problem dan bukan pengidap NPD itu sendiri.

Ini kerana memang ciri utama pengidap NPD adalah memanipulasi orang terdekat yang boleh berada di bawah kawalan mereka.

Bagi pasangan tersebut apa yang pengidap NPD lakukan pada mereka adalah benda normal, padahal benda tersebut adalah tidak normal.

Mungkin kalau penderaan fizikal itu kita oleh nampak, tapi penderaan mental sesuatu yang kita tak nampak. Jadi pasangan kepada pengidap NPD akan rasa apa yang dilakukan oleh pengidap NPD itu adalah normal padahal sebenarnya itu tak normal.

Saya bukanlah seseorang yang expert dalam bidang psikologi tapi saya berharap sangat sedikit perkongsian ditambah pulak dari komen-komen yang membina dari pembaca sekalian;

At least sedikit sebanyak dapat membantu pengidap NPD itu sendiri dan jugak orang sekeliling pengidap NPD itu untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Dalam dunia yang makin mencabar ini, kesihtan mental sangat-sangat penting. Jika bukan kita sendiri pengidap NPD, maybe pasangan kita, atau orang tua kita adalah pengidap NPD, rasanya sesuatu perlu dilakukan untuk membendung benda ni.

Kesihatan mental bukan sesuatu yang kita boleh buat main. Thanks dan saya harap perkongsian saya ini ada memberi manfaat kepada anda semua.

Maaf jika ada fakta yang tak betul sebab saya bukan orang yang expert dalam bidang ini dan kupasan berdasarkan pembacaan saya sahaja.

– Power puff girl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *