Siapa Patut Mulakan Dahulu?

“Kalau lelaki tu sukakan kau, dia akan mulakan dulu. Tak payah buang masa invest tenaga nak make a move.” “Aku rasa lelaki yang patut mulakan dulu.” “Kalau lelaki tu suka kau, dia akan approach dulu.” Dan bagaimana pulak dengan perempuan? Perempuan ada perasaan juga kan. Takkan nak suruh perempuan hanya tengok je lelaki yang dia suka dari jauh? Menunggu di rumah siapa akan masuk meminang?

Bila saya cakap ‘suka’ dalam artikel ini, refers kepada perasaan untuk membina hubungan yang lebih serius dan berjaya, bukan semata-mata mahu keluar dating, mesej siang malam, dan membina hubungan yang tiada hala tuju. Tidak dinafikan lelaki dan perempuan akan berfikir tentang perasaan suka dan perkahwinan apabila mencapai tahap umur yang tertentu. Yang ego untuk menyentuh soal hati pun ada. Cuma yang menjadi persoalan adalah adakah perasaan ini benar-benar sudah matang dan sekiranya perempuan suka pada lelaki, apa nak buat?

First, clarify perasaan suka itu terlebih dahulu. Adakah anda mahu berkahwin dengan dia? Adakah anda mahu melihat lelaki itulah yang akan menjadi bapa kepada anak-anak anda nanti? Bolehkah anda boleh menerima kelemahan yang ada pada lelaki itu? Mahukah anda hidup susah dan senang dengan lelaki tu nanti? Boleh jawab? Tak bermakna saya suruh letakkan harapan yang menggunung pada lelaki itu, tapi ini lebih kepada kerelaan memikul risiko di masa hadapan.

Approach lelaki?

Saya perhatikan wujud pemikiran dari perempuan sendiri bahawa lelaki patut mulakan dulu dalam suatu hubungan. Kalau perempuan mulakan dulu, dikata terhegeh-hegeh, menggetik, menggatal kat lelaki pula kan. Jujur saya cakap perasaan tu tak bersalah. Awak suka kat lelaki tu, awak mulakan. You have right over your feeling. But the way you initiate does matter.

Siti Khadijah (RA) merupakan seorang perempuan dan mempunyai perniagaan yang sangat berjaya yang mula approach Nabi Muhammad (SAW). Tapi lihat cara Khadijah, menggunakan orang tengah. Dan kebaikan menggunakan orang tengah adalah ia mampu menjaga maruah dan memelihara emosi wanita itu sendiri. Gunalah cara yang betul kalau nak approach lelaki.

Ada sesetengah perempuan, dia hati lembut sikit. Gunalah orang tengah. Jangan confess depan-depan atau direct kat lelaki tu. Sekiranya ditolak, yang hati lembut ni lah yang payah move on. Kalau perempuan yang agak-agak kasar tu, dia confess, kena reject pastu boleh move on cepat. Nilai kemampuan diri anda. Buat apa yang sesuai untuk anda.

Diterima atau Di’Reject”

Diterima? Good news. Kalau di’reject’, saya tahu perasaan itu agak dan agak intense,at least you have tried. Lelaki pun kena reject jugak. Berkali-kali kena reject. Tapi cara diorang react dengan keadaan tu berbeza berbanding dengan perempuan. Kita pun selalu dengar lelaki kena reject, atau perempuan reject lelaki tu. Dan kita pun macam “Ohh, kena rejecttt.” Bila perempuan kena reject, kepoh sekampung. Pastu semua cuak nak approach sebab takut kena reject. Adoi. Saya rasa dalam sesetengah keadaan, kita kena react like a man.

Dan bila kena reject, saya tahu perasaan tu macam mana. Sakit tu, sakit. Tapi jangan sedih lama-lama dan stuck lama sangat. Dan janganlah guna ‘aku nak jadi independent woman, aku tak perlukan lelaki. Aku boleh buat semua benda tanpa lelaki.’ sebab rebel. Yeah. Saya tahu sedih sikit bila kena reject tapi deal with it. Deal with it with the strongest emotion and courage you have. Anggaplah ia sebahagian dari memori dalam hidup yang mematangkan. Dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah supaya Allah ubati perasaan kecewa itu dan memberikan kekuatan kepada kita. Dia tahu apa yang terbaik. Macam seorang ibu, dia takkan bagi pisau kepada anaknya yang kecil.

Apa-apa pun, semuanya akan okay. Sentiasalah positif.

– BULAN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit