Siapa Pencuri Itu?

Hai. Aku syaz (bkn nama sebenar). Aku terdetik untuk menceritakan misteri yang berlaku di sekolahku. Sampai ke hari ini kami selaku pelajar tidak dapat merungkai siapakah ‘orang’ itu.

Aku merupakan bekas pelajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Kejadian ini telah berlaku semasa aku di tingkatan 3 dan skrg aku merupakan mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan.

Kejadian ‘mencuri’ ini berlaku di asrama perempuan kami. Bangunan asrama mempunyai tiga tingkat. Aras 1 ada 4 bilik (setiap bilik mmpunyai 16 org ahli), satu bilik warden dan bilik study. Aras dua dan tiga mmpunyai 8 bilik.

Apa yang peliknya, kejadian ini bukan kejadian yg biasa berlaku tetapi ‘luar biasa’.

Hari sebelum kejadian:
Kami selaku pelajar sudah biasa tidur pada jam 1130-1200 malam atas arahan warden (bgitu juga aku, sejenis tidur awal). Bagi yang mghadapi spm atau pmr, selalunya mereka akan stay up di koridor ataupun di bilik study kerana disitulah yg ada cahaya. Pada hari itu, bilik study dipenuhi dgn kakak² yang mghadapi spm.

Hari selepas kejadian:
Seperti kebiasaan, seawal 430-6 pagi pelajar akan bangun dan bersiap utk ke sekolah. Tetapi lain pula jadinya. Kecoh pelajar² perempuan apabila mndapati tandas, bilik air dan baldi dipenuhi dengan beg² sekolah dan purse. Selepas mencari beg masing², lesap semua wang dan barang yg berharga. Siapa punya angkara?

Pagi itu kecoh satu asrama kami dengan kehilangan duit dan barang berharga. ‘Si pencuri’ itu hanya sempat mencuri di aras satu dan dua. Tapi tidak pergi ke aras tiga (alhamdulillah sbb itu aras aku). Maka selesai perhimpunan, pelajar perempuan dikerah ke surau dan berlakulah spot check. Yang tak semena² bawa fon pun kena rampas haha.

Bila ustaz suruh mengaku, tiada siapa yang berani bangun utk mengaku. Begitulah kesudahan selepas diugut dan diancam dgn balasan yang bakal ‘orang itu’ dikenakan still tiada jawapan.

Yang peliknya, kenapa semua orang boleh tidur lena. Tak sedar ke bunyi² orang ambik beg huhu. Dan kata senior aku semasa mereka study di bilik study, mereka tidur pd jam 3 pagi dengan lampu yg masih terbuka(barang² mrka pun kena curi). Bermakna ‘orang itu’ mula mencuri pada jam 3-4 pagi. Pada masa itu 13 bilik yang sempat ‘dia’ geledah. Rasa macam, hebat gila ‘dia’ nih or diorang ada bawak geng? Wallahua’lam. Dan waktu spot check, aku terfikir, ‘dia’ letak barangan curi tu dekat mana? Waktu tu semua nak jadi ‘Detective Conan’ sebab kecurian besar kot.

Sampai sekarang aku masih terfikir benda ni tapi kejadian tu terkubur mcm tu je. Buat si pencuri, banyak kot hasil yang anda dapat dan kalau dah bertaubat alhamdulillah. Jangan ulang lagi ye.
P/s: Yang sama sekolah dgn aku mesti ingat hal ni kan? Jgn expose nama sekolah pulak huhu. Ok, tu je dari aku.

– Syaz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit