Siapa Tahu Kan?

Hai Assalamualaikum. Saya seorang perempuan di usia 20-an. Punyai anak dua orang seorang perempuan berusia 7 tahun & anak lelaki berusia 3 tahun. Tujuan saya menulis ini, atas dasar luahan & juga meminta pendapat dari pembaca page ini.

Saya percaya ramai bijak pandai yang bertauliah yang boleh memberi saya nasihat yang profesional (bukan mengikut emosi semestinya) sebagai panduan lah orang kata. Saya tahu, tidak semua saya tahu & saya tahu, tidak semua yang saya rasakan betul adalah betul.

Isu yang ingin saya ceritakan harini adalah isu hot & also quite ‘biasa’ juga pada kita. Huhu.

Sudah 7 tahun menginjak 8 tahun usia perkhawinan saya & suami. Suami pula bekerja secara bebas & banyak bergaul dengan masyarakat.

Dari awal perkhawinan, saya memang telah dimomokkan dengan ‘laki nak bini lahi satu’. Dulu, cepat melatah la juga. Usia muda, tambahan lagi saya berkhawin dengan suami saat dia baru memulakan kerjayanya.

Bila dah stabil, agak tidak adil bagi saya. Yelah, dah senang, nak bersenang dengan yang baru?

Sedangkan saya yang menyokong & sama sama bersengkang mata mengikutnya ke sana ke sini & tak perlu saya ceritakan sebab semua para isteri pasti faham yang hendak saya sampaikan. Susah bersama. Begitulah.

Bila tahun ke tahun, saya rasakan emosi hanya menyakitkan saya dari hari ke hari. Sedangkan kestabilan & kewarasan emosi saya perlu saya utamakan untuk anak anak.

Saya khuatir, andai ter ikutan perasaan saya mengorbankan anak- anak serta memberi kesan negatif pada personaliti mereka sebab saya sendiri dibesarkan dalam broken family.

Saya banyak sangat belajar untuk mengawal emosi menjadi seorang yang bersyukur lalu menjadi “happy mom” yang tidak mengorbankan anak anak. Ianya juga tidak mudah. Tapi saya sedang cuba & tidak boleh berputus asa untuk cuba.

Saya mula berkawan dengan orang orang yang lebih tua, berkejaya & mempunyai latar belakang pelajaran yang tinggi.

Saya mendidik diri saya menjadi seorang yang redha dengan ketentuanNya & memegang prinsip usaha & tawakal. Saya sendiri bukan sempurna. Poligami tidak boleh dihalang tetapi boleh dielak.

Ianya tak mudah. Tapi begitulah. Tiada ganjaran di Sana yang percuma tanpa ujian & tanpa lalui peperangan nafsu yang meletihkan. Begitulah.

Okay, selesai serba sedikit luahan hati kecil saya. Sekarang, saya berkongsi sedikit backup plan saya. Penceraian adalah jalan yang paling paling terakhir tambahan saya rasa suami takkan lepaskan saya sewenangnya.

Sebab sebelum ini saya pernah menuntut kebebasan kerana ingin bawa hati lah kononnya tapi diugut dengan kehilangan anak anak & sebagainya. Ketika itu masih dengan panas diri sendiri je. Otak bawah sikit dari emosi. Huhu.

Saya mulakan plan saya dengan mula memujuk suami saya membeli sebuah rumah sendiri.

Alhamdulillah, Dia beri rezeki pada kami. Mula pada kononya, saya mahu atas nama saya lah. Tapi bila bertukar pendapat dengan yang lebih arif, ianya lebih membebankan saya jika suami meninggal.

Jadi saya memujuk suami saya untuk membuat hibah secara rasmi ke atas rumah tersebut atas nama sulung saya. Ikutkan prosesnya hampir selesai, tapi disebabkan pkp, urusan masuk rumah tertangguh serta peng hibahan tersebut masih tak dapat dilaksanakan.

Plan kedua, saya meminta suami menyiapkan simpanan anak anak sejak dua tahun lepas. Dua orang anak, dua akaun atas nama mereka yang dikongsi bersama saya sebagai ibunya.

Setiap bulan suami akan memasukkan 50-100 pada setiap akaun. Alhamdulillah, masih tidak culas dengan sengaja. Plan ketiga, bila ada rezeki lebih, saya meminta suami emas.

Bukan untuk bergaya, tetapi sebagai jaminan pada saya. Seperti sebelumnya, suami minta anak yang kedua, saya minta ‘hadiah’.

Bagi suami, emas ni tak pergi ke mana pun. Jadi saya pancing dengan kelahiran anak lelaki pertama kami, hasilnya, suami hadiahkan saya seutas gelang. Sebab dia gembira, dia beri. Alhamdulillah.

Yang ini saya akan teruskan minta secara halus atas kemampuannya dari masa ke semasa. Salah satu kereta suami juga hampir lunas. Saya bercadang untuk memujuk suami menukarkan keretanya atas nama saya selepas hutang selesai.

Suami seorang yang bertanggungjawab. Walaupun agak berkira & agak cermat orangnya, keperluan asas masih dipenuhi. Tapi itu lah, hati manusia ini kan milik Tuhan. Saya tak tahu situasi & sikap suami saya pada masa akan datang.

Jadi saya decide untuk percayakan suami pada masa yang sama saya sediakan payung “kecil” sebelum hujan untuk saya & anak-anak. Kita orang dewasa boleh mencari duit sendiri. Anak-anak tidak. Lain lah jika mereka usia belasan (17 tahun ke atas) yang boleh berdikari.

Tidak apa jika saya terpaksa untuk diri saya, tetapi untuk anak-anak, belum masanya. Dengan keadaan pandemik yang penuh susah payah (penuh dengan konspirasi juga), duit dan pelajaran sangat penting. Kita tidak hidup untuk harta, tetapi kita perlukan harta untuk hidup. Kan?

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada saya, dan situasi saya sekiranya Dia menakdirkan saya pada poligami yang saya elak ini. Saya sudah cuba yang paling boleh, moga usaha tersebut menyebelahi anak-anak saya.

Yang saya ceritakan, itulah serba sedikit yang saya mampu lakukan. Saya tidak pasti ianya cukup atau tidak dan saya tidak pasti ianya menjamin atau tidak.

Bagi saya, berkenaan harta ini menakutkan. Tambah2 lagi, adik beradik suami kesemuanya lelaki. Dengan rendah diri, saya ingin meminta pendapat para pembaca apa yang saya boleh cuba lakukan sebagai backup plan secara profesional.

Emosi ini meletihkan & juga boleh memakan diri. Saya fokuskan untuk menyiapkan diri dengan keperluan (tidak mewah. Cukup sekadar cukup) Zaman semkain sukar. Akhir zaman ini, banyak perkara utama yang perlu diutamakan.

Bagi saya, peperangan kita mungkin bukan dengan senjata sepertimana para ibu di tanah lain yang melindungi anak dari dibunuh.

Tapi sekarang di dalam fasa mendidik anak untuk menjadi manusia, dan seorang ibu perlu pertaruhkan ‘nafsu emosi’ untuk membesarkan anak. Moga moga mereka tergolong dalam kalangan umat Islam yang berguna.

Terima kasih ya.

– Normal wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *