Hi Assalamualaikum. Nama aku Aleesya, umur menghampiri 30an dan sudah berkahwin sebelum covid melanda dunia. Suami sebaya dan kami masih belum dikurniakan cahaya mata.
Kami suami isteri bekerja dalam bidang professional di mana kerja suami menuntut beliau untuk sering outstation. Mungkin dalam setahun hanya 6 bulan or kurang masa dia spend di rumah.
Suami seorang kaki gamer tak berapa tegar. Kalau aku ajak tidur, dia terus off game. Kami berkenalan semasa sama-sama menuntut di universiti.
Aku seorang yang tidak suka menyusahkan orang atau berhutang budi mahupun wang dengan orang, jadi semasa keluar bersama dari awal perkenalan pun kitaorang selalu split bill into two.
Tiada perlunya untuk dia bayarkan semua benda masa kami couple. Kalau dia bayarkan tiket movie, aku belikan set popcorn dan sebagainya.
Selepas habis belajar, rezeki dia dapat tawaran kerja di luar negara sementara aku dapat kerja di luar negeri.
Disebabkan pertukaran mata wang dan agak sukar untuk transfer duit ke Malaysia, dia hanya akan transfer kepada aku untuk aku setelkan bayaran pinjaman bukan PTPTN,
Aku juga akan transfer ke akaun ibu beliau dan bakinya akan masuk ke tabung simpanan kami.
Tabung simpanan tu merupakan akaun tabung haji aku sendiri yang mana aku jugak sering transfer sejumlah wang sebagai simpanan majlis kahwin kami. Sudah tentunya dalam 70% simpanan tu datang dari dia.
Kadang-kadang dia lebihkan duit untuk aku in case aku memerlukan or untuk aku beli sendiri hadiah birthday or aku ada teringin nak makan apa-apa.
Setelah beberapa tahun di luar negara, dia balik for good. Dan selang beberapa bulan kami kahwin.
Sebulan sebelum kahwin dia dapat tawaran kerja di kota raya dan memerlukan motor untuk ke tempat kerja.
Disebabkan dia tiada rekod gaji ataupun KWSP, motor dibeli menggunakan nama aku dan akan auto payment dari bank aku setiap bulan.
Dia akan transfer sejumlah wang untuk bayar komitmen motor dia dan juga untuk aku setelkan bayaran pinjaman belajar dia.
Malah selepas kahwin, duit bayaran rumah juga akan dimasukkan ke akaun aku untuk aku setelkan.
Pendek kata aku ni bendahari yang dilantik. Rutin ni tidak berubah sampai sekarang. Duit yang dipindah ke akaun aku tidak termasuk dengan belanja makan minum andai kata aku nak beli barang basah ataupun order delivery makanan.
Masalah bila dia outstation dan tidak boleh buat transfer online kerana memerlukan TAC no. untuk beli barang yang dikehendaki, dia akan minta untuk aku bayarkan dulu menggunakan bank aku.
Adakah aku berkira sekiranya aku fikir duit aku yang dia guna untuk dia sendiri sebagai hutang dan aku expect dia akan bayar balik?
Adakah dia berkira sekiranya bila aku minta balik duit yang dia guna, dia akan persoalkan yang dia tak pernah berkira aku guna duit dia bila-bila aku nak?
Issue ni tak besar macam confession masalah rumah tangga, pasangan, mertua ipar duai yang lain. Cuma aku mintak pendapat kalian macam mana konsep duit dalam rumah tangga?
Boleh ke guna konsep duit aku duit kau, duit kau duit aku selagi mana suami dah jelaskan nafkah yang wajib seperti sediakan rumah dan makan minum?
Sekian, terima kasih.
– Aleesya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit