Siapa Yang Bermasalah II

Assalamualaikum semua. Baru harini aku ada kekuatan nak buat part II pasal masalah aku ni. Buat yang tak pernah baca, ni link part I

https://iiumc.com/siapa-yang-bermasalah/

Terharu sangat baca komen anda semua. Terima kasih banyak2. Banyak menaikkan semangat aku. Semuanya positif. Even ada jugak yang negatif. Aku paham, tak semua setuju dengan kita.

Btw, kes ni masih belum selesai. Makin lama dia makin berlagak dengan aku. Mertua aku ke mekah selama sebulan lebih ni. Jadi dorg sefamily decide untuk still makan minum mandi di rumah mertua. Awal2 biras aku ajak masak sama2. Lama2, jadi aku sorg je masak. Dia balik kerja tengok lauk dah siap atas meja. Tinggal makan. Cewah. Senang hidup laki bini. Everyday selama sebulan. Makan sefamily nak berhidang bawah tudung saji, lepas makan tinggal macam tu je. Lauk pauk habis, takda pulak nak tolong beli. Beras habis, buat dono je. Sebab kami sefamily kecik nak makan, husband aku beli sekampit. Letak atas meja nak bagi nampak ke dorang, tapi haram nak hulur duit. Bila turn dorang beli lauk, beli ayam sekor, ikan 5 ekor, sayur bawang apa semua tak nampak rupa. Sakitnya hati aku. Lauk banyak tu lepas family dia je. Cukup ke seminggu? Makan nak sedap. Kalau xsedap komplen. Kalau pakai perasa komplen. Tapi hulur duit tidak. Kadang masa turn husband aku beli lauk, kena mintak duit berkali2 baru nak bagi.

Yang best, last week before raya haji, dorg nak balik kampung. So biras aku tau dia dh tak perlukan aku untuk next week sebab dia nak balik kampung kan. So dia mula berlagak dengan aku. Tak bercakap dengan aku. Kah2. Aku terkena lagi. So balik dari raya haji, ada baki seminggu sebelum mak mertua aku balik. Tiba2 dia baik balik dengan aku. Msg2 aku. Sembang2. Hari jumaat, last day kerja, dia mula berlagak balik dengan aku. Aku ajak sembang buat muka berlagak. Sebab apa, dia dah tau, minggu depan mak mertua aku balik. Dia xperlukan aku dah..lagi sekali aku terkena. Kah2. Bodohnya aku.

Terngiang2 lagi di mata dan telinga aku masa family vacation beberapa bulan lepas. Biras aku tugaskan aku beli barang untuk dish yang nk disediakan masa vacation. Bila aku dah beli, dibebelnya aku tak cukup dan tak fikir LOGIK kerana beli barang tak cukup. Depan mak mertua dia salahkan aku sebab tak bawak garam, gula, dan beberapa bahan lain yang diperlukan. Sedangkan idea nak buat dish dari dia. Dia tugas aku beli barang sebab dia kerja so susah nak beli barang. Dahla tak berterima kasih, dibebelnya aku, dan disalahkan aku lagi sebab tertinggal barang. Nasib lepas vacation mak mertua datang sembang2 dengan aku and bagi semangat sebab dia perasan biras aku macam saja nak kerek dengan aku. Lega sikit hati aku.

Aku taktau sampai bila nak hadap manusia ni. Kekuatan dah takda. Aku baca komen semua, suruh sewa rumah. Aku dok berkira2 nak keluarkan semua simpanan aku ada untuk deposit rumah sewa. Aku tengah berfikir lagi. Takut nanti emergency anak sakit ke, husband punya sale tak cun ke, takut takada duit. Husband aku kerja sales je. Gaji atas komisen. Aku lak, bisnes on9 je. Berapa la sangat sebulan aku dapat. Husband aku bukan takmau sewa, dia nak, tapi kewangan kami memang ketat sangat.

Aku apply rumah pr1ma, rumawip, tapi tak dapat2 sampai sekarang. Nak beli rumah, mana nak cekau deposit rumah. Paling tidak, kena menyimpan lagi sampai cukup deposit beli rumah. Lepas mertua aku balik dari mekah, aku nak balik kampung aku, rehatkan minda. Aku terlalu stress. Sampai aku tak boleh senyum bila nampak muka biras aku.

Aku tak boleh nak lari mana2. Aku takda siapa2 kat sini. Kawan2 aku semua kerja, and ada life masing2. Keluarga aku takda di sini. Yg aku ada family suami aku. Bila aku stress aku duduk jugak sini, aku keluar jalan2, balik aku jumpa dorang lagi. Makin tepu otak aku. Aku tak mintak biras aku tu sayang aku, sembah aku, cukup respect aku as ahli rumah ni. Kita sama2 menumpang, and orang luar. Patut sokong each other. Bukan jeles tak tentu pasal sampai nak berlawan nak bersaing. Aku taktau dia nak bersaing apa dengan aku. Aku bukan ada apa pun. Entahlah. Aku terlalu stress, aku bukak cerita dengan husband. Tapi apa dia boleh buat. Tu family abang dia………………….

– Sabrina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit