Hai, Assalamualaikum semua. Saya Anon. Umur pertengahan 20 an. Saya bekerja dia jabatan kerajaan. Sedang melanjutkan pelajaran secara PJJ.
Sekarang saya sedang berkawan dengan seorang lelaki yang berstatus duda, mempunyai anak perempuan seorang.
10 tahun beza umur M dengan saya. Hampir 4 tahun kami berkenalan dan berkawan.
Kami sudah pun berbincang mengenai masa depan, perkahwinan dan sebagainya. Dia juga berjanji untuk berkahwin selepas saya tamat belajar.
Kita nama kan sebagai M. Persoalan nya bermula, M baru membeli rumah atas nama nya sendiri, tapi belum didiami.
Memandangkan dia mahir dalam bidang wiring, dia buat semua installation sendiri.
Baru-baru ni, saya membantu M install aircond untuk bilik anaknya.
Semasa M berada dia atas bumbung untuk membaiki compressor, telefon M yang diletak dalam beg, terkeluar sebab beg dia tak zip.
Jadi saya pun nak memasukkan semula telefon ke dalam beg sambil memicit butang on untuk tengok jam pada telefon tersebut.
Tetapi, saya terlihat dari screenlock ada chat dari seorang perempuan yang kita namakan sebagai S.
Mesej nya berbunyi ‘Waalaikumsalam. Selamat tengahari’.
Naluri saya mula meragui siapa perempuan tu. Tapi otak saya cuma menafikan dengan mengatakan ‘Mungkin dia nak beli barang dari seseorang’.
Dua hari selepas itu, M ke rumah dia lagi untuk menyambung kerja aircond yang masih belum siap.
Saya datang untuk menemani dia, dia juga membawa anak bersama.
Semasa dia sedang membuat kerja di bawah, telefon nya tinggal di atas, lalu kecurigaan saya untuk melihat chat dia begitu membuak-buak.
Saya berasa serba salah untuk mengganggu privasi dia, tetapi naluri saya tetap mengganggu saya. Saya mencuba memasukkan password 2 kali, tetapi gagal.
Kali ketiga saya cuba, skrin pun terbuka. Saya pun membuka chat dia.
Nama S adalah nama teratas, dan masih ada chat yang belum dibaca tertulis ‘hujan tak?’.
Saya terus membuka chat tersebut dan melihat begitu banyak chat bersama dengan S. Ada juga gambar yang dihantar kepada S.
Luluh nya hati saya, melihat keakraban mereka melalui chat2 tersebut. Kemudian, M pun naik, dan melihat saya sedang memegang telefon nya.
Dia agak terkejut, mungkin tidak menyangka saya yang tidak pernah bertanya kan password telefon, telah berjaya membuka telefon tersebut.
Saya terus serahkan telefon kepada dia dan bertanya siapa S. Kenapa begitu akrab.
Jawapan nya dia kawan lama. ‘Saya dah berkawan lama dengan dia sebelum saya kenal awak lagi. Saya selalu beli topup dengan dia. Dia pun selalu ada waktu saya susah.’
Saya tak boleh terima jawapan dia. Kalau kawan kenapa perlu mesej setiap hari? Kenapa perlu update dia setiap aktiviti awak?
Ada antara aktiviti M yang diupdate pada S, tidak diupdate pada saya pun.
Saya bertanya lagi. Apa keperluan untuk update setiap aktiviti awak pada dia? Sampai makan apa pun perlu update pada dia, pegi mana pun update.
Apa kepentingan dia untuk tahu semua tu?
Dia menjawab, ‘itu urusan saya bukan urusan awak. Saya nak bagitau pada sesiapa pun, itu hak saya. Awak tak boleh nak halang saya’.
Remuk hati saya waktu tu, hanya tuhan yang tahu. Apa lebihnya dia, sampaikan awak perlu update aktiviti awak pada dia.
Sedangkan M ada saya, partner dia untuk dia berkongsi cerita. Saya tak boleh terima jawapan dia.
Dia tambah lagi, umur S pun dah 49 tahun, dia dah berkahwin, ada anak. Lagi kecewa hati saya, kenapa perlu update kehidupan awak pada isteri orang.
Apa keperluan untuk chat dengan isteri orang suka2 setiap hari.
2 hari saya berendam air mata, memikirkan sanggup nya dia, mendekati pintu kecurangan, atas nama kawan lama.
2 hari lepas tu, saya mesej S untuk mendapatkan kepastian, sama ada betul atau tak apa yang diberitahu oleh M kepada saya.
Saya cuma bertanya kan apa hubungan dia dengan M. Dan saya meminta dia untuk tidak berurusan dengan M kalau tak ada keperluan. Dia bersetuju untuk block M.
Tidak lama selepas itu, M mesej saya dengan marah-marah. Dia kata saya cemburu buta, bodoh, tak ada otak dan macam2 lagi.
Pasti S mengadu pada M. M mengatakan sikap saya membuatkan dia tawar hati.
Dia mengatakan selepas ni, kita buat jalan masing2. Bertubi2 dia memarahi saya sebab saya mesej S.
Dalam fikiran saya, kalau dia hanya kawan lama, perlu ke marah saya sampai begitu sekali.
Lagipun saya cuma minta dia tak selalu berhubung kalau tak ada urusan. Bukan saya kata jangan berhubung langsung.
Sekarang kami tengah perang dingin.
Dia tak mahu membalas chat saya sebab saya mempersoalkan apa keperluan dia chat dengan S setiap hari.
Dia mengatakan dia pun tak ada keperluan untuk chat dengan saya.
Persoalan nya adalah, siapa yang bersalah. Adakah saya yang bersalah sebab menghalang dia untuk berkawan dengan isteri orang?
Atau dia yang bersalah sebab berkawan dengan isteri orang sedangkan dia ada saya sebagai pasangan dia?
Tolong beri pendapat.
Terima kasih.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Entah siapa yang salah…
Ku tak tauuuuu🎵🎶🎵🎶
Acoustic version. Guna kod C.
Thomas Arya – Orang ketiga tajuk lagunya.🤣🤘
mende simple takyah susah2 nk pikir, boifren awk tu mmg suka kt bini org tu dan nmpknya awk bukanlah org yg dia cintai, mgkin slama ni die rapat dgn awk sbb awk je la yg die mampu nk kuar n dating brsama.yerla die takot nk kuar ngn bini org.apalagi dik, angkat kaki cari je jntan lain😎
Jiran sebelah rumah salah, anak makcik kepada pakcik salah, ayam salah, anjing salah, langit salah, bulan salah, pokok salah, udara pun salah😂
Semua nak update
Bini orang pulak tu
Dia yg salah
Kita pulak kena marah
Bye2 jer la