Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku suka baca luahan dan juga komen komen di setiap posting luahan IIUM Confession.
Tak terfikir yang aku sendiri akan membuat luahan di sini untuk dapatkan pendapat dari kalian kerana aku bukan pandai nak mengarang panjang panjang, risau luahan aku berbelit belit dan tersasar jauh.
Aku buntu. Selain dari usaha, doa dan mendapatkan nasihat dari individu dan tempat yang sepatutnya, aku berharap ada komen yang boleh beri aku jalan. Semoga ada komen komen bernas yang dapat membantu aku mencari idea untuk permasalahan aku.
Aku namakan diri aku Nur. Berumur sekitar lingkungan 30an dan baru berkahwin dan juga baru diterima bekerja di sebuah syarikat kredit dan perabot di pusat bandar sebagai seorang eksekutif.
Semasa sesi interview, aku difahamkan yang aku akan diberikan tempoh probation selama 3 bulan dan medical check up akan diarahkan selepas tamat tiga bulan sebelum diserap sebagai staff tetap.
Cuma dalam masa 3 bulan itu, aku tidak boleh hamil dan sekiranya hamil aku tidak akan diserap sebagai pekerja tetap. Bukan ni masalah yang besar pada aku.
Cukup bulan disember, genap tiga bulan aku di syarikat ini. Department aku agak kecil. Kami semua 4 orang dalam satu department yang sama dan diketuai seorang assistant manager.
Mula mula aku masuk, aku dikenalkan dengan Kak R dan Kak H (bukan nama sebenar mereka).
Semua berjalan macam biasa dan aku sebagai staff baru, sepenuh hati cuba untuk cepat cepat belajar supaya mahir dengan sistem dan dokumentasi supaya aku cepat boleh bekerja tanpa pemantauan memandangkan department aku banyak kerja tapi staff tak ramai.
Dan disebabkan tanggungjawab jadi aku tak kisah jika perlu bekerja lebih masa supaya cepat belajar.
Masalah disini, Kak R dan Kak M selaku orang lama di syarikat ni seolah tidak mengalukan kedatangan aku.
Bukan aku ingin ditatang, cuma mereka agak dingin dengan aku sedangkan aku bertanyakan hal kerja. Dingin sebagai contohnya jika aku bertanyakan solusi sesuatu masalah berkaitan hal kerja, Kak M akan menjawab acuh tak acuh.
Untuk orang baru dan lupa aku nak bagitau yang aku baru tukar bidang kerja, sebelum ni aku bekerja di bidang agak berbeza tapi tiada masalah sekiranya aku di ajar secara betul kerana aku seorang yang fast learner.
Aku membiarkan hal ini dan buat kerja seperti biasa, bertanya seperti biasa walaupun jawapan ada yang diberikan tepat dan ada yang aku akan keliru.
Kalau ada yang tanya kenapa tak tanya orang lain. Hal kerja hanya kami berempat sahaja yang tahu, staff yang lain aku tak boleh tanya sebab skop kerja yang berbeza.
Cuma naluri aku merasakan mereka sengaja menbina jarak. Mungkin faktor usia. Mungkin juga faktor senioriti.
Namun kemuncak bila aku dengan Kak R ada selisih faham dimana ada kekeliruan kerja yang sepatutnya Kak R selesaikan tapi dibiarkan aku melakukan kerja itu untuk pertama kali tanpa pemantauan.
Kak R menengking aku dengan mengatakan kesalahan itu punca dari aku. Aku tergamam sebab banyak mata memandang tapi disebabkan aku rasa bukan kesalahan aku,
Aku membalas semula dengan nada yang tegas bahawa kerja itu sudah aku ingatkan kepada beliau beberapa kali tetapi beliau yang serabut dengan kerja kerja lain sampai beliau lupa.
Keadaan agak tegang dah berlanjutan beberapa hari. Kami kurang bertegur sapa dan hanya berinteraksi melalui email dan whatsapp.
Bekerja dengan keadaan itu membuatkan aku tidak selesa lalu cuba meminta tolong asst manager aku untuk meredakan selisih faham ini memandangkan usia aku dan Kak R agak jauh bagai mak dan anak.
Dipendekkan cerita kami bermaafan dan mengakui kesalahan masing masing. Aku bersyukur kerana boleh berkerja dengan keadaan normal tetapi rupanya jarak antara aku, Kak R dan Kak M masih sama.
Aku merasakan hal ini menjadikan aku pendiam dan hanya menjalankan tangungjawab aku dengan menyelesaikan tugas yang ada tanpa berinteraksi secara mesra.
Rupanya perkara itu menjadi duri dalam daging. Mungkin tindakan aku berdiam diri. Kurang bercakap kecuali hal kerja, menjadikan aku tidak diperbaharui kontrak.
Ya. Kontrak aku tidak diperbaharui dan ini di mana aku memerlukan pendapat kalian. Buat pertama kalinya Kak R whatsapp aku untuk rehat bersama aku.
Oh ya, semasa aku berjumpa dengan asst manager aku. Asst manager aku ada mengusulkan Kak R untuk keluar minum dengan ahli ahli yang lain supaya lebih memahami masing masing dan tidak terjadinya jarak antara kami.
Maksud jarak disini ialah tiada kejanggalan semasa bekerja. Boleh berinteraksi dengan bebas dan sikit bergurau senda yang tidak melampaui batas sesama pekerja.
Aku tidak mengesyaki apa apa. Dalam fikiran aku, mungkin Kak R dah berubah dan cuba untuk mengenali ahli ahli deparment kami.
Sebelum tu aku lupa nak describe. Kak R ni seorang yang agak tegas dan selalu dicop cepat marah dan melenting diantara rakan sekerja. Bagi aku Kak R ni macam orang lama lama, garang macam mak mak. Jadi kami pun rehat bersama.
Kak R berterus terang yang dia berjumpa aku kerana dihantar oleh asst manager aku yang aku tidak akan diperbaharui kontrak.
Aku terpinga dan agak tak faham. Disebabkan aku rasa selepas selisih faham aku dan Kak R, aku dan Kak R sudah berkerja seperti biasa.
Maksud aku biasa ialah berinteraksi walaupun ada jarak, sama macam aku mula mula masuk. Dalam hati aku takkan sebab selisih faham itu aku tak diperbaharui kontrak.
Aku bertanyakan alasan. Kata Kak R, perkara ni diputuskan oleh asst manager aku. Katanya disebabkan dua perkara satu masalah attendance dan attitude. Aku terkesima.
Aku meminta kepastian kerana seingat aku dalam tiga bulan bekerja aku tidak pernah MC kecuali ada satu hari aku EL disebabkan hal keluarga yang menuntut aku untuk EL dan itupun selepas mendapat kebenaran asst manager aku dan Kak R pun diinform jugak.
Aku berjumpa mereka berdua untuk dibenarkan EL. Tanya aku lagi, kalau tidak dibenarkan EL semasa probation kenapa saya diberikan approval?
Kak R kata sepatutnya aku tidak diluluskan cuti. Aku terkilan kerana sepatutnya mereka memberi tahu aku tentang ini dan tak perlu lah EL aku di approve dan tindakan ini dimuktamadkan kerana tindakan aku cuba untuk memohon cuti selama dua hari pada bulan satu nanti. Aku konfius.
System HR mengatakan aku diberikan cuti 4.5 hari untuk tahun ini, malah dalam letter offer juga tidak menyatakan yang cuti tidak dibenarkan dalam tempoh 3 bulan.
Ya ada syarikat meletakkan syarat tiada cuti untuk pekerja dalam probation period. Tetapi kalau cuti tak dibenarkan. Kenapa bukan cuti tidak dibatalkan? Kenapa aku yang diterminate?
Kedua attitude. Katanya aku hanya duduk ditempat aku dan tidak bertegur sapa dengan orang yang lain. Kalau mereka semua dingin dan aku pun dah cuba untuk beramah mesra dan tidak disambut dengan baik.
Adakah salah aku jika aku berhenti dari cuba berborak kasual? Aku hanya fikir borak pun pasal kerja je. Sebab kalau selama 3 bulan aku cuba tapi tidak berjaya jadi aku buat kesimpulan untuk bercakap hal berkenaan kerja sahaja.
Jadi selepas perjumpaan itu, aku berjumpa asst manager aku untuk kepastian. Jawapan asst manager aku 99.7% aku tidak direnew kerana attendance. Dan kerana aku cuba apply cuti dua hari yang aku ceritakan itu.
Aku tersebak. Aku ada komitment. Ye semua orang ada komitmen, tapi aku ada ayah yang tua dan aku tak benarkan ayah kerja dikampung, adik yang nak belajar. Aku tak hulurkan banyak tapi dengan berita terkejut ini. Aku agak hilang arah.
Aku terkilan dan agak ralat dengan alasan. Bila aku dah mula sebak. Asst manager aku pusing cerita cakap tiada siapa usir aku. Aku boleh sambung kerja hingga hujung bulan satu tapi tiada penyerapan sebagai pekerja tetap akan berlaku.
Aku mulai merasakan sesuatu yang toksik. Adakah aku diterminate kerana personal issue? Sedangkan aku boleh buktikan kedatangan aku on time. Jika cuti tak dibenarkan, kenapa tidak ditolak?
Jadi aku bagitau asst manager aku, jika betul aku tidak direnew. Jadi aku perlukan notis bersurat mengikut offer letter sekiranya aku tidak direnew jadi pihak yang tidak menyambung kontrak perlu memberikan notis.
Tapi asst manager aku kata dia tidak tahu syarikat perlu beri notis. Aku hairan. Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan emosi?
Tetapi kata Kak R yang pernah ada salah faham dengan aku, beliau mahukan aku kerana susah nak cari pekerja dan aku jugak dan semakin cekap. Tapi asst manager aku yang tak mahukan aku lagi.
Aku keliru dengan apa yang terjadi. Tapi aku juga masih terkejut dan cuba untuk hadam dan fikirkan apa yang terbaik.
Apa pendapat kalian? Maaf jika penulisan ini agak panjang dan tidak direct to the point.
Aku mohon pendapat kalian. Aku akan cuba baca dan hadam dan pertimbangkan tindakan aku.
Terima kasih orang baik.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit