Siapa Yang Tersakiti? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/siapa-yang-tersakiti/).

Salam guys. Ni sambungan yang aku janji. Kenapa aku buat tajuk Siapa Yang Tersakiti? Meh sini aku citer sambungan dia.

Mimpi ngeri yang aku tak pernah sangka akan jadi. Akhirnya jadi kenyataan. Mana mungkin seorang isteri yang cemburu buta boleh curang? Hmm.. ya, boleh. Semuanya bermula apabila dia mula sorok kan fon, mula berlawa² berlebihan. Ya, aku faham. Dia seorang yang sangat suka berlawa bersolek.

Aku tak pernah halang dia nak berlawa. Even aku sendiri pun dia selalu bising bila aku asal keluar je beli barang or berjalan² dengan anak² mesti pakai simple². Bukan la selekeh cuma pada aku nak smart² sangat pun nak pergi mana? Yang penting pada aku aku jaga penampilan, wangi dan kemas.

Itu da memadai. Tapi biasa lah, nak taknak aku layan kan je lah. So, dia ni tak pernah drive, even ada lesen pun dia memang tak drive sejak kahwin dengan aku. So semua benda aku drive kan. Kalau tak berkereta aku akan bawa dia bonceng motor. So hari² pergi kerja balik kerja aku akan berhantar berambil.

Sebab pada aku, biar la susah sikit yang penting bini aku terjaga. So tiap kali pergi kerja memang aku akan tegur soal tudung singkat, terlampau lawa la. Tiap kali tu la kami bergaduh. Kadang aku bukan nak bergaduh sangat, aku selalu tegur tu. “Tu, tudung tu labuhkan sikit. Kan manis? ” So tiap kali tu lah dia mengomel dan tarik muka.

Tapi dia labuhkan la juga tudung tu, maybe tak nak aku bising. Tapi guess what? Sampai kerja je dia singkatkan balik, dia buat fesyen yg lilit² tudung tu. Pernah sekali kantoi, sebab dia upload gambar time kerja. Bila balik tudung da labuh. Aku macam apa benda ni? Kenapa pandang enteng nasihat aku.

Sedangkan itu antara permintaan aku yang kecil je berbanding benda lain. Tapi macam biasa, dia akan perbesarkan hal tu sampai la at last, aku yang kena pujuk. Hmm. Nasib badann.

Cakap soal lawa tu, bila ditegur dia kata tuntutan kerja. Aku tak nak panjang cerita. Aku dah puas tegur, puas melalui wasap pun. Masih tak terikut. So, aku just doa je lah dalam solat aku.

Mudah²an dia dapat hidayah. Entah kenapa mungkin sebab sayang, aku sampai 1 masa tu aku rasa dia suami aku yang isteri. Semua keputusan kena ikut dia. Aku cukup susah nak buat keputusan. Asal nak berbincang pasti berakhir dengan pergaduhan.

1 hari tu, macam biasa. Dia bersiap nak kerja. Aku perasan yang sejak 2 menjak tu dia bukan bersiap untuk kerja tapi untuk seseorang. Yang pasti, bukan aku ! Tapi, hati seorang suami, mana mungkin aku boleh bersangka buruk. Aku istighfar, dan cakap dalam hati yang ni semua bisikkan syaitan.

Aku layan kan segala rentak dia, cuma 1 je aku mintak. Jangan main lelaki, itu je pantang aku sejak aku bujang sampai la aku kawin dengan dia. Dan dia pun cukup tau pantang aku tu. Sebab aku selalu ingatkan dia.

Dan ada sekali tu dia dapat bercuti ke Thailand trip company. Sebab dia archives dalam sales dia. So dia layak. Aku cukup bangga waktu tu, ya la. Dia hampir capai cita² dia. Tak putus² aku ucap syukur dan sebelum dia pergi tu aku ada pesan. Simple je.

” Jaga maruah saya” aku bagi dia siapkan semua kelengkapan dia nak bercuti, anak² aku jaga. Seminggu jugak rasa nya . Tapi aku takda hal. As long as dia happy aku akan happy. Balik je seusai dari percutian tu.

Dia pun macam biasa la. Akan citer la semua apa yang berlaku dalam waktu tu dan aku ingat itu lah kali terakhir kami berpillow talk. Sebab, lepas tu dia da busy dan waktu aku balik dia da tidur.

Dan sejak waktu tu aku dah mula perasan. Dia selalu balik dengan T. Dia akan balik lewat, ofis hour habis kul 5 dia akan drag sampai kul 11 dan pernah dia balik kul 12 dan aku dah ada kat rumah.

Dia balik dia terkejut tapi dia buat macam biasa even aku dapat tengok yang muka dia awkward. So dia cover dengan selfie dan bermain² dengan anak sebelum dia bersiap² mandi dan tidur. Aku gelak kan aja. Sebab aku tahu dia sorok sesuatu.

Malam tu, korang tau? Dia tak pernah ajak aku untuk bersama. Sejak kahwin. Tapi malam tu dia ajak aku. Aku agak terkejut. Mau tak nya, dia pernah sidai aku 6 bulan. Dan tiba² ajak bersama.

Gila? Aku jual mahal. Aku jual semahal² yang ada waktu tu sebab aku boleh rasa naluri aku yang fia cuba cover sesuatu yang dia lakukan di luar kawalan aku. Sejak malam tu, aku selalu buat status wasap yang hanya khas untuk dia je.

Aku buat ayat² broken, ayat² ustaz bagi perempuan yang curang. Tapi dia akan reply status tu dengan ayat ” awak dah kenapa ni? ” Aku akan jawab takda, cuma suka dengan ayat tu. Dia cakap ikut awak la. So benda tu berlarutan.

Aku pernah soal dia tanya dia. Aku ada buat salah ke? Ada benda yang aku buat dia tak suka ke? Dia cakap takda cuma dia kata kadang² aku takda masa untuk dia. Sedangkan aku akan spend kualiti time setiap ahad dengan family.

Aku cari duit untuk sara family. Tapi tu la, dia masih kata kurang attention. So aku cuba repair isu ni. Aku cuba ajak dia tengok wayang lepas kerja, bawak dia makan kat luar sebelum balik kerumah. tapi dia reject kata kerja dia banyak. So aku pun tak nak paksa.

Sehingga la 1 malam aku pegang fon dia. Aku dapat bukak maybe dia lupa nak tukar password dia. Dan aku bukak wasap dan mesej, sebab aku dah tak tahan lagi nak tutup kesabaran aku. Dan apa yang aku jumpa? Wasap dia dengan seorang lelaki melayu. Yang aku agak teman sekerja dia( lelaki)

Dan beberapa client dia(lelaki, foreigner). Aku boleh tengok yang convo antara dia dan kawan sekerja dia tu aku boleh nampak yang kawan dia tu macam nak try dia. Sebab aku lelaki. So aku tau. Aku pun apa lagi. Rasa macam nak luluh hati ni. Tapi aku Husnuzon lagi sebab apa yang dia balas tak menunjukkan dia nak pun kat lelaki tu.

Cuma laki tu la yang nampak sangat nak kat dia. Dan ada sekai tu aku borak² la dengan dia. Tanya ada tak laki² yang nak try kat ofis tu. Dia cakap ramai. Tapi dia tak layan pun. So aku pun macam ok, dan aku pesan balik pantang aku tu.

” Jangan main jantan” dia cakap dia tau la tak perlu ajar. Aku ingatkan lagi yang kerja ni aku tak kenan sebab kalau iman tak kuat memang hanyut. Dia cakap dia nak cari duit nak beli rumah nak ubah hidup nak bantu aku. So aku terima kata2 dia tu.

Sampai la 1 malam sebelum dia tidur dia asyik² citer lagi pasal Jados balak sajat tengok lagi video ² mamat tu. Aku sampai dah muak. Dan malam tu aku macam nak la bersama sebab da lama sangat. Dia boleh tolak guna kaki, dia sampai cakap gi belah sana la, mulut busuk bau rokok.

Aku time tu punya la berangin. Aku da wangi² ni dia cakap macam tu. Memang aku badmood la esok nya. Tapi depan dia aku senyum jugak la sebab dia akan lagi nak gaduh kalau aku ikut mood aku time tu. So sebab dah masak aku pun diam je la, makan hati dengan isteri sendiri.

Hmm. Nasib badan. Hahaha.

Mimpi aku bermula, aku ingat lagi 18hb Feb. Aku bukak fon dia dan aku tengok ada banyak chat yang kena delete. Dengan chat kawan dia yang nak ayat dia tu makin menjadi². dan esoknya dalam wasap aku tanya dia apa benda yang dia buat belakang aku? Apa yang dia sorok belakang aku.

Dia mati² cakap takda. Aku desak dia berkali² . Dia cakap betul takda. Kalau ada dia akan mengaku katanya. Aku pun cakap la, aku dah tau apa yang dia buat selama ni. Sebab dalam wasap pun aku pernah soal dia. ” Awak ada buat tak perkara yang saya paling pantang, dan awak sorok sebab taknak saya tau padahal saya dah tau.”

Dia jawab, ” mana ada, apa benda yang saya buat? Cakap la kalau awak tau. Dia gertak aku.” Ada yang sekali tu aku buat status wasap “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.”

Dia reply dia cakap kalau ada apa² bagi tau jangan perli². Aku pun balas la, “saya tak suka diperbodohkan” dia cakap bila masa dia perbodohkan aku dia kata.

pada aku aku kalau tak buat takpa la. Yang tu kat wasap. Selalu aku tanya sejak 18hb tu aku melalui wasap tanya dia. Dia masih nafikan.

Siang 24hb Feb aku soal dia last dekat wasap dia kata aku sebagai suami sentiasa rasa aku betul, tak pernah jaga perasaan dia. Means dia kata yang dia Tersakiti selama jadi isteri.

Aku macam what? Aku aniaya dia? Aku seksa perasaan dia? So aku cakap malam nanti balik kita discuss. Tapi tak discuss pun sebab aku tak kuat nak tanya. Aku risau aku tak boleh kawal perasaan aku. Dengan tengok dia tidur anak² tidur luluh hati aku. Aku tak kuat. So aku drag sampai la 25hb Feb

Yang malam 25hb tu dekat tempat tidur aku soal dia. Aku kejut dia dari tidur dan aku cakap dengan dia elok². Dia malas dan ngantuk katanya. Tapi cakap lepas ni aku takkan tanya dah.

So aku tanya Soalan yang sama bertubi². Dia masih lagi nafikan. Sampai la Aku mintak dia bersumpah atas nama anak² kitorang. Dan aku cakap, kalau awak tak nak cakap depan². Awak wasap saya. Saya kat luar. Aku time tu isap rokok kasi cool down. Dan teka, apa mesej yang aku dapat?

“Tak buat apa²” 2.30 am

Lepas dapat wasap tu aku soal lagi aku mintak dia jujur. Dia cakap tak ada dia dia mintak maaf. Aku cakap apa salah awak yang sampai awak nak minta maaf? Dia diam. Dan aku keluar rumah ambik angin lagi. Dan pukul 4.10 pagi dia cakap yang dia dah buat something belakang aku.

Aku hanya mampu terdiam, aku tanya lagi kawan awak tu ke? Dia cakap bukan.

time tu luluh habis hati aku. Aku rasa macam 1 dunia ni tengah hempap aku. Aku putus nafas. Isteri yang selalu ada dengan aku, selalu aku ikut kehendak, selalu aku siap dan sayang even sejak kahwin aku pendam. Dia cakap macam tu. Yang paling aku hancur, lelaki yang aku sangka bukan yang aku sangka.

Bermakna lebih dari 1 lelaki ada dalam citer ni. malam tu aku tak pernah nangis depan dia. Tak pernah sebak pun. Tapi malam tu aku mengalir jugak air mata jantan aku. Aku just cakap, ” awak tergamak” dan aku keluar dan aku pesan, jaga anak elok² tu je amanah yang awak ada sebab dah takda apa yang tinggal lai.

So aku ambik bag kerja aku, kunci motor, aku keluar dari rumah. Sebelum ni kalau bergaduh dia akan ugut ambik pisau la terjun kereta la.

Kali ni dia ugut ambik pisau kat dapur, aku just cakap pergi la, pergi tikam or kelar diri sendiri. Aku tak ak halang. Dengan muka aku yang polos. Aku keluar rumah dia merayu siap pegang kaki aku. Aku tolak slow². Aku cakap aku nak gi ambik angin kejap. pada pukul 4.54 pagi.

Aku dapat wasap.

“Salam Abi saya mintak maaf sangat2 Abi saya tahu saya salah isteri yg derhaka saya merayu untuk anak2 Abi. tolong Abi kali nie saya merayu Abi. Tolong fikir anak2 Abi, saya berani bersumpah atas nama anak2 benda nie takkan ulang lagi Abi.

Saya akan dengar cakap awak Abi. Tolong balik abi saya dan anak2 sayang kan awak. Tolong Abi. Saya merayu. Saya tak nak family dapat tahu.tolong Abi saya merayu dengan awak Abi.

Saya salah awak nak hukum hukum lah saya Abi tapi tolong jangan bagi tahu sesiapa Abi. Walaupun family kita berdua nanti sama2 malu Abi. Tolong ini saya merayu. Saya merayu sangat2 Abi.

Ampun kan saya Abi saya tahu memang susah awak nak terima. Saya minta maaf sangat² Abi, tolong Abi. Pulang ke pangkuan kami hubby”

Ni mesej ori dia yang aku simpan sampai ke hari ni. Banyak lagi yang aku simpan. Dari mesej pengakuan dia sampai la apa yang dia buat.

Aku tiap kali baca tiap kali tu la aku sakit. Ada antara yang dia cakap aku tak jaga hati dia, aku tak bagi masa pada dia. Sedangkan aku selalu ajak dia bincang, pillow talk.

Dia Tersakiti kata dia. Tapi aku sedar mungkin salah aku yang aku tak betul² faham dia. Aku tak pernah selami hati dia. Aku rasa dengan apa yang aku buat selama dengan dia ni dah cukup. Tapi tidak. Tak cukup. Jadi dia buat keputusan sendiri. Keputusan yang tak pernah aku terfikir.

Malam aku keluar tu, aku bawak moto laju² dengan niat nak kemalangan. Tapi Allah lindungi aku aku selamat sampai ke rumah org tua aku.

Aku duduk dan termenung. Aku lepak kat kedai area rumah orang tua tu sampai la dia tutup nak subuh. Kedai tu kedai member jugak. So aku pun ikut balik sekali.

Sampai rumah, aku bukak fon penuh miscall, wasap permohonan maaf. Wasap rayuan. Segala jenis wasap la. Aku read ja. Aku da hilang.

Aku da mati aku cakap dengan diri aku. Mimpi buruk aku dah jadi.

Pagi tu mak bapak aku pelik aku ada kat hall rumah. Terbaring. Diorang tanya. Apahal tiba² ada sini ni? Aku cakap yang dia da taknak kat aku. Aku dah tak boleh tahan sebak dan aku menangis dan meraung macam orang hilang orang yang tersayang.

Aku meraung dan cakap ” sakit sakit mak hati abang sakit mak, dada abang kena cucuk” mak aku yang terpinga-pinga pun pangku aku. Dia pelik tapi still pujuk aku.

Bapak aku pun pujuk aku sebab aku tak pernah nangis depan dorang, arwah nenek aku meninggal pun aku just berair je. Tak pernah nangis.

Yang kali ni siap meraung bagai. Mau tak risau diorang. Aku tak pernah rasa hiba, sakit dan kosong dalam hidup aku selama ni. Itu la aku rasa.

Lepas kejadian tu. Aku duduk rumah mak aku, dan kadang² aku balik jugak rumah sana. Sebab anak² ada kat sana. So aku uruskan jugak cuma aku tak hiraukan dia dah. 1 hari tu Aku pergi cari skandal dia tu sebab aku da cakap, lelaki aku ajar biar perempuan Allah yang ajar.

Aku kutip dia dekat tempat dia kerja. Aku dapatkan detail dia. Guess what? Foreigner, asal India, muka ala² Hindustan. memang macam Jados tu. Aku cukup berangin. Aku kutip dia aku tanya mamat tu kenal tak perempuan ni(aku tunjuk gambar isteri aku) dia tak mengaku, aku bertiga kawan aku adik aku gi tempat dia tu.

Adik aku lepas dengar dia tak mengaku, 1 das adik aku bagi kat muka. terus dia mengaku. Aku tanya dia tau tak dia isteri orang? Dia tau, lepas pengakuan dia memang pecah muka dia.

Habis muka hesmes dia tu da takda rupa. aku ni kesian jugak tapi aku bagi jugak supaya aku tak nak menyesal kalau tak ajar mamat ni. Dan aku ingatkan dia. Aku tau kau duduk mana. Kalau aku dapat tau kau ada kat Malaysia lagi. Kau siap. Dia terus janji nak balik india malam tu jugak.

Sejak pada tu aku jadi macam skeptikal terhadap foreigner lagi² yang muka ala² Hindustan ni. Boleh kata character aku yang chill ni bertukar sejak kejadian tu. Aku ulang alik rumah dan rumah sana berlarutan dan bebulan jugak. Mungkin dia pun da rasa macam takda hope.

Aku bincang dengan parents dia. Dan parents dia mintak aku jangan gi mahkamah lagi. Aku cakap. Aku takkan pergi. Takda perkataan cerai dalam kamus hidup aku. Selama lepas kejadian tu. Aku ada balik dan waktu tu la aku rasa paling dilayan sebagai seorang suami. Dia siap kan semua benda.

Dari pergi kerja dan semua. layanan tempat tidur pun dia siapkan. Memang A la. Aku tak pernah rasa macam tu selama kawin. aku pernah pesan dia, aku cakap kenapa kena ada peristiwa macam ni baru dia jadi isteri yang baik? Dia just diam dan mengalirkan air mata je. Aku dah tawar dah.

Tapi aku try la ikut rentak dia. Tapi dia da macam taknak sebab aku kenal dia. Dia tak boleh hipokrit lagi. Fyi, dia berhenti kerja sebagai ejen insurans tu. Dia da stop. Dia nak jadi suri rumah dia cakap. Aku tergelak jugak. Boleh ke? Aku tau maintenance dia. So mustahil dia boleh duk rumah.

So aku bagi jugak dia kerja tapi lepas segalanya da settle. End up bulan 7. Ngam² 5 bulan lepas tu aku dapat surat peintah dari mahkamah syariah. Ya, surat hadir untuk urusan penceraian. Aku macam speechless. Tapi nak buat macam mana. So aku ikut je la.

Tak guna da fight lagi. Dia da taknak aku. Selesai je urusan tu. Lps aku lafaz cerai. Settlekan hak jagaan anak. Mak bapak dia ada mohon kat aku sepaya nak anak² tu dapat ke dia. Sebab diorang tahu, aku boleh fight anak² sebab dia dah takda moral

Dengan segala bukti yang aku ada pengakuan dia. Aku boleh fight tapi aku pilih tak. Aku bagi kat dia. Ketiga² . Tapi dengan syarat aku boleh lawat bila² masa. So kami bercerai dengan alasan tidak sefahaman. Selepas bercerai aku terus hidup single sampai la sekarang. Aku hilang semua.

Kerja aku, family aku sebab aku kena depression yang level sampai aku duduk diam pun aku boleh dengar suara anak² aku. Sampai aku kena buat rawatan. Aku punya kesan kemalangan yang ada besi tu mula sakit. Berat aku mula turun dari gemuk 72 kilo ke 49 kilo sampai ada orang ingat aku ambik dadah.

Dan sekarang aku hidup sendiri. Buat kerja sikit². Dan masih single sebab hati aku da kosong. Hanya ada dia. Dan dia? Hahaha. Beberapa bulan lepas bercerai dia terus ada pasangan. Seperti takda apa² yang berlaku. Siap bertukar² pasangan lagi. Sebab aku tau, dia ada citer kat aku dan kami masih lagi ok sampai sekarang.

Nak kata kawan tu tak jugak nak kata gaduh pun tak. Kami tengah². Still maintain panggil abi bie macam dulu². Sebab kami da terbiasa.

Hahaha. Aku sampai ke hari ni masih recover dari penyakit aku. Doakan aku, aku nak sihat nak ada balik semua benda yang aku ada dulu.

Tapi, dan yang masih aku tertanya² sampai sekarang. Sampai aku tengah taip cerita ni.

Siapa Yang Tersakiti sebenarnya?

– Bourne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *