Salam semua. Aku Anis, 36 tahun. Janda anak satu. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku. Sebelum ni pernah hantar confession ibu bapa pelik, (https://iiumc.com/ibu-bapa-yang-pelik/) Ada yang minta part 2. Tapi lama sudah baru kembali ingin menulis.
Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk meminta kata-kata bernas yang mungkin dapat mengembalikan rasa apakah erti hidup. Kerana ujian untuk aku seperti henti-hentinya. Seringkali aku terasa adakah Tuhan benci padaku?
Aku telah bergelar ibu tunggal hampir 10 tahun kerana aku berkahwin diusia awal 20an.
Dan aku minta untuk undur diri beberapa tahun selepas berkahwin kerana bekas suami telah menikahi orang lain di Siam kerana telah membuntingkan kekasihnya sewaktu aku juga sedang hamil.
Sewaktu itu kesedihan aku seperti telah putus nyawa dari dalam. Kerana aku sangat menyayangi suamiku yang sudi menjaga aku sedari usia 18tahun. Mungkin, ini kifarah untuk dosa lalu.
Di awal perkenalan dia sangat menyayangi aku. Hinggalah cintanya beralih arah selepas menemui cinta lain. Sehingga kini aku tidak bertemu jodoh.
Hari demi hari, keyakinan diri semakin rendah kerana mulai sedar, mungkin orang seperti aku, tidak layak mempunyai seorang suami dan keluarga bahagia.
Aku selalu merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang dibesarkan dalam keluarga yang baik, dikurniakan pula suami yang baik.
Mungkin aku tidak layak kerana aku sensitif dan belom cukup kesabaran menempuh kehidupan rumahtangga yang penuh liku. Walaupon orang selalu menyatakan rupa dan perwatakanku lebih mudah 6 hingga 8 tahun dari usia.
Tetapi setelah hampir 10 tahun, baru aku sedar kelebihan mungkin tidak dapat mengatasi kekurangan yang ada.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang broken. Ayah (telah meninggal 10 tahun lalu), seorang yang tidak pernah aku anggap ayah kerana tidak bekerja, tidak solat, tidak bertanggungjawab dan selalu bergadoh dengan ibu.
Sikap ayah yang begitu selalu membuatkan aku rasa terhina di sekolah dahulu apabila cikgu bertanya “ayah awak kerja apa?”
Bagaimana harusku jawab, ayah aku lelaki pemalas yang berjalan kehulu hilir, masuk kedai kopi sana sini dengan duit yang diminta dari anak. Ketika aku kecil, kakak dan abang telah bekerja.
Tetapi selalunya hanya kakak yang bagi duit kepada ibubapa kerana dua abang aku telah melarikan diri dari rumah (ketika aku masih bayi) kerana tidak tahan dengan sumpah seranah setiapkali ibu bapa bergaduh.
Selepas melarikan diri, kedua-dua abang aku terlibat dengan dadah dan meninggal.
Ibu membesarkan aku dengan tanggungjawab tetapi dalam keadaan emosi yang sangat gagal. Ibu seorang yang sangat pemarah. Ibu sayang kepada anak-anaknya cuma semenjak Remy menagih dadah, ibu seperti hilang kemunasabahan.
Ibu tiada pelajaran kerana tidak bersekolah dan dibesarkan oleh nenek sahaja tetapi ibu rajin bekerja apa sahaja untuk membesarkan anak-anak.
Kerana itu anak-anak (perempuan) selalu bermurah hati dengan ibu. Cuma ibu jenis yang tidak pandai bersyukur.
Yang mana anak yang baik, dia akan meminta tanpa segan silu. Yang mana tidak pernah memberi (anak-anak lelaki), ibu takkan minta walau sesen tetapi memuja-muja anak lelaki.
Dan kini, usia ibu telah pon 75 tahun tetapi dia hanya sibuk memikirkan tentang duit untuk di supply kepada Remy.
Beberapa hari lepas, ketika aku memberikan dia duit, berulang kali dia nyatakan tidak cukup untuk beli “ubat” Remy walhal aku nampak sendiri Remy sedang khayal didalam bilik selepas duit rm300 yang aku berikan pada ibu selang sehari sebelum.
Ketika aku mengajak dia megikutku ke masjid, laju sahaja dia menggeleng. Ibu tidak suka ke masjid dan tidak pernah berusaha menuntut ilmu.
Menurut kakakku ibu mula solat ketika berusia 40an tetapi ibu tidak tahu membezakan yang hak dan yang batil.
Ibu sangat tidak suka ditegor kerana seperti egonya tercalar. Dia akan melenting jika dinasihati. Walhal ibu sangat lemah dalam semua perihal. Contohnya bab menjaga maruah (ibu tak segan silu berkemban diluar rumah), perihal common sense dan pelbagai lagi.
Bayangkan, setiapkali raya pasti ada tragedi. Contohnya apabila baru tiba ke rumah selepas pemanduan yang jauh, jammed dan memenatkan, ibu akan minta hulurkan duit pada Remy.
Tapi dia kadang-kadang sedikit drama, contohnya jika kakakku bersama suaminya ingin pulang, dia agak kelam kabut mengemas bilik. Sedangkan untuk aku, sebaik tiba dengan penatnya, kemaslah sendiri, masaklah sendiri.
Mungkin ibu tiada sifat malu pada aku kerana aku agak sempoi dan sejenis yang sangat tidak suka susahkan orang.
Contohnya dalam adik beradik, hanya aku seorang sahaja yang pernah bawa ibu naik kereta pergi sana sini dan makan restoran. Kakak lain tidak bawa kerana rimas dengan sikap ibu yang suka memaksa agaknya.
Part lucunya, pernah sekali dia minta aku yang kemaskan bilik sewaktu kakak hampire tiba.
Aku masa tu hanya mengeraskan badan sambil cakap dalam HATI, “aku perempuan balik drive sendiri kadang-kadang penat drive sampai hampir terbabas pon balik kena kemas sendiri, apahal waktu kakak aku kena kemas, dia dahla laki yang bawa kereta!”
Agaknya Ibu terperasan aku diam membatu dan runsing aku bertukar menjadi hulk, dia terus buat sendiri sahaja.
Sepanjang lebih sedekad aku merantau, ibu tidak pernah sediakan aku walau setitis air apabila aku tiba dari kerana kebanyakannya aku selalu membawa sedekah.
Bahkan adakala aku terlupa membeli makanan atau buah tangan dengan selamba ibu buat muka atau komen cakap kedekut. Ibu sudah terbiasa dengan tabiat meminta tapi tidak suka menghulur.
Ye, dia ibu dan aku anak. Tetapi tidak salah menjadi ibu yang baik. Aku Masih ingat bekas mertua aku menyambut aku dan bekas suami ketika baru tiba dengan menyediakan makanan dan mengemas bilik dengan cadar yang baru. Terasa sangat dihargai.
Ibu pernah meraung kepada kakakku untuk menjamin Remy yang ditangkap kerana dadah. Ibu sanggup berhutang dengan orang kampung apabila Remy mengamuk inginkan duit.
Ibu pernah cakap dia tidak kasihankan aku kerana aku ada kerja, ada kereta, walaupon aku ibu tunggal. Bagi ibu, kasih sayang tiada nilai.
Yang dia tahu hanyalah Remy.
Aku pernah menegur anak buah didepan ibu tentang kewajipan solat. Dek kerana terasa (kerana Remy tidak solat), ibu menyelar aku dengan mengatakan “mana boleh paksa orang solat!”
Dulu sewaktu Remy bercerai kali pertama (Remy sudah kahwin 2x-semuanya ditanggung ibu/kakak). Ibu dan Remy bersama pernah berjumpa bomoh membawa gambar bekas isteri kerana Remy masih sayangkan isterinya kerana isterinya minta cerai kerana tidak tahan dengan Remy.
Remy adalah manusia toksik yang kaki pukul, panas baran, pemalas, pengotor, kaki manipulasi. Jadi berhak untuk bekas isterinya minta cerai.
Remy kerap juga memukul aku sewaktu aku masih tinggal bersama ibu dan Remy dari kecil hingga 17 tahun. Usia 18tahun aku telah merantau sambung belajar dan bekerja.
Maaf kerana kisah aku agak tunggang langgang. Kadang, aku tidak tahu sisi mana yang aku ingin ceritakan kerana semuanya berbentuk ujian untuk aku.
Beberapa tahun lepas, tanpa perancangan aku bertukar tempat kerja (tetapi masih bekerja dibidang yang sama), dan sejak itu juga emosi aku semakin parah apabila aku berada dalam suasana kerja yang toksik.
Bahkan, semakin diuji, semakin aku muhasabah dah Merubah diri. Dari tidak berstoking, kini wajib. Kesedihan ini juga telah membawa aku melaksanakan umrah pada awal tahun ini.
Namun, ujian tetap tidak surut. Aku merasa sakit didalam. Beberapa kali melakukan ujian kemurungan secara online, jawapannya aku deperession tetapi setakat ini aku masih menjalani hidup seperti biasa. Solat, aurat, kerja dan anak aku masih aku jaga dengan baik.
Namun, aku sering tertanya-tanya. Atau adakah sebenarnya tuhan tidak henti menguji dan doa-doaku seperti debu yang dibawa angin adalah kerana “dalaman” aku yang kotor.
Seperti aku mendoakan orang menjahati aku agar diberikan balasan setimpal. Walaopon aku sukar melupakan, tetapi aku tidak pernah menjahati orang lain. Tidak pernah membalas dendam.
Misalnya rakan sekerja yang toksik menyakiti dengan cara membuat muka dan mengumpat, aku akan menjarakkan diri dari mereka kerana aku sensitif.
Kalian, salahkan aku jika aku menjenguk ibu hanya sekali atau dua kali sebulan kerana selain faktor jarak kerja yang jauh, aku juga sebenarnya fikirkan keselamatan mental dan fizikal. Ibu sangat -sangat mencabar kesabaran. Kadang-kadang aku terpaksa meninggikan suara.
Banyak sebabnya. Ibu selalu menyakitkan hati. Kata-katanya tajam. Tidak bertapis. Meminta-minta. Kadangkala aku tidak menjawab apabila ibu menelefonw kerana tujuannya tidak lain, hanya duit.
Sungguh, aku sangat stuggle dalam hidup hingga aku tidak tahu bagaimana membina identiti.
Mungkin ada orang nampak aku sangat lemah lembut (anakku juga selalu berterima kasih kerana katanya aku ibu yang baik) walhal aku ini kasar.
Tanganku kasar kerana dari kecil tidak pernah hidup dimanjakan oleh seorang yange bergelar lelaki (ayah/adik beradik lelaki semuanya tidak berguna).
Bila aku sangat lembut, ada yang mula nak ambil kesempatan, nak bergantung pada aku walhal aku sudah cukup penat mengurus kehidupan sendiri tanpa sesiapa.
Dan aku ni jenis pemikiran straight tak pandai sangat drama orang selalu silap tanggap kepada aku. Manakala bila aku tegas, orang selalu membenci aku.
Kadangkala aku merasakan tuhan tidak mengasihani aku, kerana aku sangat berharap agar dapat berjalan dikehidupan dengan seseorang sebagai peneman.
Untuk mendengar keluh kesah. Atau memimpin aku diwaktu tidak sihat. Tetapi langsung tiada, keluarga ataupon suami. Aku tiada. Anakku baik akhlaknya tetapi mungkin apabila dia sudah dewasa kelak dan aku sudah meninggal.
Sudah berapa lama aku tidak pernah meninggalkan tahajjud walaopon dihujung waktu tetap aku gagahkan.
Hari-hariku lalui tidak pernah berlalu tanpa bacaan Quran pagi dan petang dan doaku penuh dengan rayuan airmata telah lama aku panjatkan hingga ke Baitullah. Bahkan ketika umrah, setiap hari Allah izinkan aku menangis di Raudhah.
Namun mengapa hidup aku tetap sama, penuh dengan kecelaruan didalam jiwa.
Tetap aku ini, bersendirian dan dibenci. Yang mendekati hanyalah untuk sebuah pertolongan sahaja (seperti meminjam duit).
Mengapa masih aku rasakan kosongnya hidup. Siapakah aku disisimu Tuhan?
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit