Siapakah Dihatimu?

Aku Ita. Student di salah satu IPTS di Selangor. Sesiapa yang masuk ipts ni tahu-tahu jela macam mana keadaannya di IPTS. Teruk tak teruk kau nilai sendiri. Fesyen dia fuhhh, gi kelas macam nak masuk fashion show.

Ada yang mula-mula masuk bertudung litup, lepas sebulan tudung melayang. Dengan geng vape buat ‘O’, clubbing, ada yang stok-stok gi gym dan gerakan mengunyitnya. Cinta sesama jantina memang pemandangan biasa la, bersepah tunjuk publicly pulak tu. Bahasa percakapan memang tak lepas dari maki dan mencarut.

Ada yang sewa rumah tak asing laki pompuan, duduk sebumbung apa ada hal. Laki dengan pompuan bergaul bebas bertepuk tampar gitu je. Macam kalau kau takde kawan laki kau tak hot takde orang nak. Tak cool la kalau tak lepak ramai-ramai macam The Cullen clans. Kalau pergi mall area uni tu, bersepah bersidai student kat bilik karaoke, tempat boling, dalam wayang etc.

Pendek kata, suka hati kau nak buat apa, kau bayar banyak dah so kau nak gi kelas ke taknak, nak enjoy ke nak gi dating ke tengok wayang haaa suka hati kau.

Aku? Haaaa hidup sesuka hati jugak la. Nak gi kelas pegi, taknak pegi sudah. Kadang tu aku mintak kawan signkan attendance tapi aku tidur kat rumah. Ada kalanya kantoi tapi apa ada kesah lecturer pun malas amek port asalkan gaji dia berjalan, ops.

Aku anak bongsu dalam family jadi aku lah yang menghabiskan duit mak ayah aku. Dari kecik dimanjakan dengan materials. Tapi bukan bermaksud mak ayah aku abaikan, tak pernah sehari depa tak call dan tanya khabar aku. Terlalu sayang also can kill a person I guess.

Aku enjoy life to the fullest, yela ada duit banyak mak ayah bagi, ada masa banyak sebab tak gi kelas, ada boyfriend and ramai kawan-kawan kalau nak ajak hangout, gi bercuti sana sini.

Kesimpulannya aku rasa aku ada segalanya dan boleh buat apa saja. So tiap hari aku bangun tidur hanya untuk menikmati hidup yang so called ‘happy’.

Theennnnn datanglah masa paling berantakan kot aku rasa sepanjang life aku 24 tahun ni. Flashback waktu break-up masa umur aku 21 tahun. Masa peak dalam hidup aku, baru habis fasa teenager and konon2 dah dewasa. Kita rasa kita dah cukup dewasa cukup matang. Hm too dumb to realize.

Waktu break up tu aku memang macam orang hilang pedoman. Orang pernah breakup mungkin can relate. Hati yang hancur lebur disiat-siat. Tiap hari rasa macam taknak bangun dari tidur, taknak jumpa orang, taknak buat apa2, and worst case RASA NAK MATI.

So aku melepet di bilik berminggu-minggu nangis sampai bengkak mata, sampai hilang suara. Tapi even nangis air mata darah sekalipun, rasa sakit kat hati tu tetap tak hilang-hilang, aku start question mana Allah? Kenapa buat aku mcm ni? Mungkin sebab terlalu lama hidup bersenang lenang aku dah lama tak rasa susah tu. Aku tak tahu nak buat apa sekarang, rasa lost!

Macam kau tengah on top of the world tengah bergelak ketawa dan menikmati pemandangan yang sangat cantik tetiba kau ditolak dari tempat yang sangat tinggi tu, kau jatuh gedebuk sampai tulang kau dh patah riuk, kau tak rasa mana kaki kau pinggang kau. Kau macam mayat hidup yang cuma tinggal jantung yang berdegup. Mata kau terarah ke langit. Langit putih, kosong, sekosong hati kau sekarang. Kosong. Zero.

Satu hari tu, aku ingat lagi, kawan aku ajak sorang kakak ni datang rumah sewa kiteorang. Kakak ni macam cakap sopan santun, pakai tudung labuh macam orang baik-baik la. Masatu aku dahla takde mood sangat nak layan stranger yang tah dari pelosok dunia mana dia datang.

Tapi bila tengok budi bahasa dia, tak sampai hati pulak aku nak biarkan dia terkulat-kulat tak dilayan. Pastu aku gi salam jela dengan dia. Lepas makan-makan, dia macam ajak borak. Mula-mula aku tak berminat sangat, nak je blah terus masuk bilik. Masa aku tgh cuci pinggan kat dapur, tah diaorang masuk topik mana, aku terdengar dia bacakan ayat 4 dalam surah al ahzab;

“Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam satu rongga dadanya..”

Kata dia “Allah tu takde “syarikah” maksudnya kita takleh menduakan atau mentigakan dia. Maksudnya kalau kau nak buat syarikat kan, mesti kau akan cari partner kan, haaa Allah ni Dia takleh ada partner besides Him. Sebab apa? Sebab Dia Esa. Tunggal.

Bila ada benda lain selain Allah dalam hati kita, be it boyfriend ke, suami ke, parents ke, best friend ke? Yang kau meletakkan dia satu level dengan ilah kau, maka Allah will displace keluar. Dia akan keluar sebab dalam hati kau nakkan benda lain. Tula maksudnya Allah tak ciptakan 2 hati (read: kecenderungan cinta kepada) dalam satu rongga (read: hati kita)”

Ilah tu apa pulak? Maksud dia kalau kau google adalah ‘sembahan’. But the real definition is more than that. Ilah exists in various form. Duit, kerja, parents, study, kerja, suami/boyfriend, kawan-kawan etc. Contohnya kan kau tengah study malam pastu masuk waktu isyak. Okay between solat dengan study mana yang kau dahulukan. Kalau kau dahulukan study masa tu study dh jadi ilah kau.

Sesuatu tu akan jd ilah bila kita dedicate our life untuk benda tu, jaga dia, spend masa kita utk dia etc. Means kalau ‘dia’ ada, kita rasa tenang, aman. Rasa secured. Pastu bila ada apa2 berlaku, pada ‘dia’ kita adukan dulu. Pendek kata, kehidupan kau adalah ‘dia’-oriented.

Okay pause sekejap!

Betul ke sepanjang hidup ni, kita letakkan Allah sbg ilah kita? Ingt tak dalam syahadah kita sebut la ilaha illallah. Tapi sejauh mana kita mengilahkan Allah dalam hidup kita. So valid ke syahadah kita kalau sebenarnya bukan Allah lagi ilah kita.

Contoh dalam solat, pernah tak kau fikirkan benda lain masa tengah solat tu. Fikirkan assignment, marathon drama korea, fikir nk makan mana. So sekarang kau decide betul ke kau dah solat? Atau sume tu hanyalah ritual semata, tapi hati sebenarnya tak sujud pun kat Allah.

Aku macam terpegun kejap.

Pertama; sebab telinga aku dah lama tak dengar ayat quran dan lagi2 maksud ayat tu. Rasa sayu sangat sebab Allah macam tahu2 je aku tengah breakup yang bermaksud lelaki tu dah leaving the rongga inside my heart and its empty now ready untuk dimasukkan cinta Allah didalamnya. Sebabtu Allah mulakan perjalanan baru hidup aku (read: move on journey) dengan kalam teragung Dia.

Kedua; aku adalah student pure science and aku mmg master la bab2 anatomy physiology. C’mon aku tahu la mcm mana rupa hati tu kan. Tapi sekarang Allah tak cakap pasal hati fizikal, tapi Allah cakap pasal soul. Pasal benda yang kita tak nampak. Contohnya, 2 hati. 1 lohong. Ehh? Bukan ke kita ni ada satu hati je? Takkan la lecturer aku tipu plk? Takkan buku teks yang diulang cetak beribu kali tu menipu?

Jawapannya;

“Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!”
[Al mulk: 14]

So sebenarnya kita ni hanya tahu apa yang Allah khabarkan pada kita thru His kalam (read: al Quran).
Kalau Allah cakap gitu, gitu la hakikatnya. Kalau Allah cakap akan kiamat, even kita tak tau bila kiamat tu, kita kena yakin satu hari nanti langit dan bumi ni akan digumpal dironyok mcm kau gumpal kertas bila nak buang dalam tong sampah tu. Kita kena yakin dan hidup sedar diri yang kita akan hadapi hari kiamat tu nanti!

Itu membuatkan aku rasa termalu sendiri la sebab banyak dah nikmat Allah bagi, aku gunakan untuk penuhi keinginan nafsu aku je, nak cantik, nak bergaya, nak seronok, semua yang aku buat tu semua untuk nafsu dunia aku. Bank akhirat aku kosong. Sedekah jauh sekali. Solat akhir waktu sebab sayang nak cuci makeup. Sedih dengan diri sendiri.

Tapi aku berazam nak berubah jadi hamba yang terbaik di mata Allah. Nak ajak semua yang hatinya pernah dilukai manusia tak kisah sebab apa, jom kembali pd pencipta kita. Berhenti penuhkan hati dengan selain Allah, hati kau takkan rasa contented selagi belum Allah fully dlm hati kau.

Macam hati kita seolah2 direka bentuknya hanya utk fit in Allah dalam tu. Mari mendefinisikan “Allahu Ahad” dalam hidup kita. Moga hanya Allah yang tunggal dalam hati lalu kita boleh cintakan yang lain-lain keranaNya.

Yang ingin berubah,

– Ita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *