Pertama sekali saya nak bagitahu background saya sikit-sikit lah. Nama saya Rose bukan nama sebenar. Saya seorang suri rumah anak satu. Suami saya kerja salesman barangan part2 kereta. Umur kami beza dua tahun sahaja.
Nak dijadikan cerita, waktu nii umur aku 4 tahun dan bermulalah titik trauma aku sehingga ke hari ini. Kami 10 orang adik beradik dan aku anak ke lapan. Mak aku dulu seorang penjual ikan basah di pasar manakala bapa aku seorang nelayan.
Aku ada tiga orang kakak. Kakak sulung pegi KL dan dua orang kakak lagi masuk asrama. Aku ada 4 orang abang. Dua abang sulung ke KL, dua abang bungsu masih sekolah darjah. Aku ada dua orang adik.
Aku serba salah nak luah tapi aku tak mampu nak describe cerita aku nii melalui mulut. Aku kira lebih senang menaip sebab hati senang berbicara.
Waktu umur aku 4 tahun nii aku selalu berkeliaran dekat kampung dan suka bermain macam2 permainan dahulu. Pada suatu petang, aku dan kawan2 bermain zero point di halaman rumah jiran berdekatan hutan lalang.
Kemudian, datang lah seorang lelaki nii hulur duit sepuluh sen. Yalah, budak2 mana tahu makna tuu. Lelaki tu sengaja undurkan diri bila aku nak sambut duit tu dan sampailah masuk hutan lalang tu sikit lalu ditariknya aku ke tempat semak. Lalang tuu tinggi yer.
Aku tidak tahu kenapa aku tidak teriak waktu itu? Kenapa aku tidak minta tolong? Umur 4 tahun mana tahu berbuat apa2 bila orang dewasa buat macam tu kan?
Lelaki jahanam tu tiba2 buka seluar dia dan aku hanya meronta2 tanpa mengeluarkan suara. Pelik aku tidak meminta tolong tapi itulah yang terjadi. Aku jijik nak describe cara dia ajar aku bermaksiat.
Setelah selesai kerja kotor tu, aku kembali ke tempat mainan zeropoint kami dan lelaki kiriman neraka tu membaling duit 10 sen depan aku.
Aku dengan bodohnya mengambil dan buat seperti tiada apa2 yang berlaku. Bila ingat2 balik aku rasa mahu teriak dengar satu planet bumi sebab aku tak lakukan apa2 pun waktu itu. Kenapa aku bodoh sangat?!
Aku kembali persoalkan. Di mana adik beradik aku? Kenapa aku tidak dijaga? Kenapa membiarkan aku diluar bermain sedangkan aku masih kecil waktu itu.
Cerita ini tak terhenti disitu sahaja, malah ketika umur aku 5 dan 6 tahun aku makin giat bermaksiat dengan lelaki2 lebih kurang sebaya aku. Ada lelaki dewasa yang lain juga ikut bertanggungjawab.
Kadang2 aku rasa jijik dengan diri sendiri. Kenapa zaman budak2 aku begitu hina sekali? Masuk 7 tahun aku dah taubat sebabnya aku masuk kelas kafa setiap petang.
So, waktu tu aku belajar halal haram. Alhamdulillah aku dapat ustazah yang jadikan aku murid kesayangan dia. Dari ustazah lah aku belajar banyak perkara positif, lebih2 lagi bila berkaitan kepercayaan terhadap Qada’ dan Qadar Allah.
Aku pegang prinsip nii sampai sekarang. Kita kena redha dengan Takdir kita. Semua perkara ada hikmah. Aku jadi rendah diri sangat2 walaupun ramai puji aku comel dan cantik kecik2 dulu.
Sampai ada gelar aku “Si mata Cantik”. Perangai aku pun helok ja sebabnya peristiwa hitam 3 tahun tuu sangat2 beri aku impak besar dalam hidup.
Semasa darjah aku adalah budak pandai yaa. Tapi aku tetap rendah diri sebab aku tahu aku banyak kekurangan. Tiga lelaki meluah cinta dorang (cinta monyet) tapi aku just dengar ja lah dorang suka aku.
Masing2 melauh depan muka aku ni bukan dengar dari cerita orang ya. Oleh sebab kisah titik hitam aku tu, aku tolak untuk bercinta.
Namun, aku adalah juga crush sorang ni kan sampai tujuh tahun aku minat gila2 dekat dia tapi aku tak nak bercinta lah sebab dia nii budak hot dekat kelas hujung tak pandai hehehee crush aku nii pernah couple dengan dua orang kawan rapat aku waktu sekolah menengah.
Aku tak marah cuma kecewa sikit yalah dorang dah tahu aku suka gila lelaki tu tapi dorang dua nak juga couple dengan dia.
Aku tetap pegang prinsip Takdir Allah itu indah. Dan aku tahu kekurangan aku so aku tak dendam lah dengan dorang. Aku stop crush dia dan aku pernah couple dengan budak setahun tua dari aku.
First time couple umur 16 tahun. Aku cuma beranikan diri sahaja tak sangka dapat couple dengan lelaki hot kelas atas yang tak pernah bercinta juga.
So, semua orang kata kami sepadan yalah budak lelaki tuu hensem dan saya pula yelah comel huhuhuu sekejap ja couple dengan dia. Selepas dia habis SPM, kami lost contack sampailah dia ambil results SPM dia dan dia kami putuskan untuk bepisah.
Aku tak nak teruskan hubungan kami sebab aku rasa aku perempuan paling jijik yang tak patut ditunggu kasih sayang dari seorang lelaki sebaik dia.
Waktu umur 17 tahun aku alami trauma teruk yaa sampai nangis2. Aku kesal dengan diri sendiri sebab tak mampu berhubungan dengan lelaki. Aku lebih kepada takut, takut jika lelaki tu tak terima kisah silam aku.
Pernah suatu hari, lelaki jahanam nak mampus tu pegi rumah tolong cuci piring kemas piring sebab kakak aku ada yang kawin jemput satu kampung.
Ramai puji lelaki jahanam tu lelaki paling rajin baik padahal jahanam setan bertopengkan manusia. Aku jadi geram bila dengar mama aku puji dia padahal kalau mama aku tahu cerita sebenar nii mahu hilang kepala dia mama aku penggal.
Tiba2 aku rasa mahu teriak tapi tak mampu dan suara aku tak terkeluar seperti digam. Aku berlari masuk bilik kemudian menangis semahu2nya.
Kakak aku tengok aku pelik lalu dia pun bertanya kenapa aku menangis tanpa sebab ?? Aku mahu cakap yang aku pernah dirogol oleh lelaki yang disanjung sangat tu tapi mulut aku tetap kaku.
Aku takut bersuara. Mulut aku bergetar2 ingin memberitahu hal yang sebenar tapi macam2 benda aku pertimbangkan. Aku takut mama aku mengamuk pegi serang lelaki jahanam tu dan jadi aib satu kampung. Aku juga malu.
Aku takut keluarga aku palaukan aku sebab aku pernah bermaksiat selama tiga tahun semua disebabkan angkara lelaki durjana itu! Dia ajar aku! Aku kecik lagi waktu tuu mana aku tahu. Aku mahu salahkan siapa dalam hal ini?
Nak salahkan mama bapa aku takut berdosa. Nak salahkan kakak aku tapi aku sayang kakak2 aku. Nak salahkan abang aku tapi abang aku pun kecik lagi waktu tu.
Entahlah, aku nak sangat salahkan seseorang bertanggungjawab atas apa yang terjadi dekat aku. Sampai sekarang aku masih tertanya2, adik beradik ramai kenapa sorang pun tak jaga adik dorang ni?!
Aku masih trauma sampai sekarang! Aku tetap dengan prinsip aku, percaya dengan Takdir Allah. Daripada Rose bukan nama sebenar.
Nak sambungan part II tak ??
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit