Siapakah Yang Patut Aku Pilih?

Hai, nama aku Uyaina (bukan nama sebenar). Sebenarnya aku hanya mahu berkongsi kisah percintaan aku yang agak complicated dari addmath. Maaf ye jika penulisan aku agak sukar di fahami kerana aku tidak tahu merangka sesempurna confessor lain.

Mari aku kenalkan dahulu seorang jejaka yang aku mahu gelarkan sebagai Hakim. Hakim seorang jejaka berkulit putih susu, mempunyai bulu mata yang lentik, berkumis dan tinggi setara 165cm sahaja.

Aku berkenalan dan menyelam cinta bersama Hakim sejak umur aku 13 tahun lagi. Nak di pendekkan cerita, Hakim ni classmate aku la. Cinta monyet ini kekal sehingga kami berumur 18 tahun.

Senang cerita, Hakim menemani zaman remaja aku. Kami pernah ldr sewaktu 16 dan 17 tahun kerana berpindah ke sekolah berasrama penuh yang berbeza.

Hakim pada mula percintaan kami, he was the sweetest guy i have ever met. Lagi lagi bila aku ni datang dari broken family yang kurang kasih sayang seorang bapa. Hakim la yang mencurahkan kasih sayang itu kepada aku.

Maka terbuktilah fakta apabila anak perempuan kekurang kasih sayang seorang ayah, maka dia akan dahaga kan cinta dan kasih sayang seorang lelaki lain.

Aku tak menyalahkan ayah aku 100%, mungkin ada silapnya pada aku ketika itu yang sangat menyanyi kawan berbanding keluarga sendiri.

Hakim layan aku bak bidadari pada 3 tahun pertama, tapi lama kelamaan percintaan itu makin kurang kasih sayangnya.

Kami kerap bergaduh, tak ada kesefahaman dan macam macam lagi. Oleh sebab itu kami berpisah seketika pada usia 16 tahun dan sambung balik percintaan itu beberapa bulan kemudian.

Seperti biasa, cinta monyet, awal sahaja bahagia, bak kata orang tua, mandi tak basah, makan tak kenyang, kentut pun tak busuk. Tapi lama kelamaan dia seperti dulu, bersifat acuh tak acuh bersamaku.

Pada usia 18 tahun, aku di duga dengan pemergian ayah aku. Sebelum ayah aku meninggal dunia, dia sempat di masukkan ke ICU.

Beberapa kali juga la kami bergaduh, hanya kerana dia tidak mahu ambil berat pada situasi ayah aku. Entah la, mungkin pada orang, benda ni normal?

Tapi bagi aku, aku sangat memerlukan support dia ketika itu. Tak banyak pun aku minta, aku hanya nak dia mendengar luahan perasaan aku berkenaan ayah aku je ketika itu. Itu pun dia layan acuh tak acuh.

Nak kata penat bekerja? Dia bukan bekerja. Kami baru habis spm dan bertekad untuk rehat seketika.

Bertambah teruk apabila setelah ayah aku meninggal dunia. Aku perlukan supportnya. Aku perlukan support dia untuk mendengar luahan perasaan aku sahaja.

Setelah kematian ayah aku, aku sebagai anak pertama perlu melakukan banyak benda. Ayah aku meninggal 2 hari sebelum puasa. Jadi aku uruskan hal hutang, insuran, naik turun mahkamah untuk faraid semua pada bulan puasa. Penat? YE. SANGAT.

Aku bukan minta duit dia pun. Aku minta masa. MASA sahaja. Dan ini la punca kami berpisah pada usia 18 tahun. Kerana aku tawar hati bersamanya.

Bukan itu sahaja, sebenarnya selama tempoh 5 tahun itu, macam macam perkara telah buat aku tawar hati padanya. Hakim seorang yang suka kan pornography.

Katanya, dia mula melihat website itu sejak umur 11 tahun lagi. Sebab? Pengaruh rakan sebaya. Kalau dia sejenis yang lihat diam-diam, mungkin tidak mengapa lagi, tapi dia melepaskan itu kepada aku. Maaf.

Kami tidak pernah melakukan persetubuhan. Tapi dia banyak kali mengajak aku menonton sekali rancangan itu. Bukan itu sahaja, dia sering mengajak aku menukar-tukar gambar lucah kami.

Aku tahu aku bodoh. waktu tu usia aku pada umur 14-18 tahun. Ye lama. Lama sangat tempoh aku menjadi bodoh. Kerana dia menggunakan konsep “jangan risau, aku tetap kahwin dengan kau”. Aku menurut sahaja kemahuan dia.

Di twitter, banyak gambar lucah gadis lain yang di like nya. Banyak kali juga la kami bergaduh tentang ini. Physical touch? Itu biasa. Aku seperti objek melepaskan nafsu semata. Kalau dia nak, dia layan. Kalau dia tak nak, dia tak layan. Rumit.

Rahsia ini aku simpan sehingga kini. Yang tahu hanya adik aku. Itu pun kerana dia terselongkar gallery phone aku dan menjumpai banyak gambar lucah kami. Adik aku pada ketika itu baru berusia 13 tahun. Menangis juga la dia ketika menjumpai gambar gambar tu.

Ingat lagi ayat “kakak tak kesian papa dan mama ke?”. Ye aku kesian, tapi aku tak tahu macam mana nak keluar dari dunia tu. Antara sayang dan maruah.

Setelah kami berpisah, aku memasuki matrikulasi untuk menyambung pelajaran. Di sini, aku berjumpa dengan seorang jejaka tall, dark, strong hahahaha.

Aku nak kenalkan dia dengan panggilan Aiden. Aiden ni nak di katakan sport guy sebab dia minat bermain rugby. Badannya yang sedikit tegap dan besar memberikan kelebihan padanya.

Mana tidak, dia pernah wakil negeri tau main rugby. Aiden seorang lelaki yang tidak pernah bercinta. Dia classmate aku di matriks selama setahun.

Aiden sorang yang ramai kawan. Sifat dia yang lucu menjadi penarik kepada sesiapa sahaja yang berkawan dengannya. Aiden cuba mendekati aku ketika di semester 2. Itu pun sebab kami di ‘ship’ kan dengan lecturer mathematic kami.

Pada mulanya, aku menolak ingin berkawan rapat dengannya, kerana aku masih ingin memperbaiki hubungan aku dengan Hakim. Tapi Aiden tidak mengalah. Dia try tackle aku sampai la umur kami 19 tahun. Nak di takdirkan kami dua dapat universiti awam yang sama?

Jodoh? Hahahaha.

Aiden baik, seorang yang bertanggungjawab, dia terima kekurangan aku seadanya. Tidak ada sehari pun aku lalui tanpa Aiden di sisi.

Walaupun aku selalu memarahinya, dia tetap stay. Tidak pernah dia meninggikan suara pada aku. Aiden datang dari keluarkan yang berduit tapi mengamalkan gaya hidup sederhana.

Selalu wangnya juga di catu. Kata ayahnya “belajar hidup susah”. Walau begitu, Aiden selalu membayarkan makanan aku di universiti.

Walau aku menolak, dia tetap hulurkan sejumlah wang. Bila bertanya “Aiden dah makan?”, banyak kali juga dia tipu aku dengan menjawab “dah”

Aiden seorang overthinker. Kata dia, dia takut aku meninggalkan dia untuk bersama dengan orang lain. Tapi sejujurnya, aku sedang cuba menerimanya. Aku nampak keikhlasan dia ketika bersama aku.

Pernah sekali, aku tercekik ubat biji di hadapan kedai tealives. Sanggup dia menadah tangan ketika aku muntahkan segala isi di tekak aku.

Dia juga sanggup bersihkan muntah aku di tangan, baju, seluar, kaki dan kasut.

Bila berkata “Aiden, sorry mesti awak malu”. Dia tegas menjawab “tak, tak malu pun. Aku tak sengaja”. Pada ketika itu, aku nampak keikhlasan dia bersama aku.

Aiden sangat menjaga maruah aku sebagai seorang wanita. Berbeza dengan Hakim. Bila bersama Aiden, aku bahagia. Aku menjadi diri aku.

Kami sekepala. Apa aku suka, dia suka. Berbeza dengan Hakim. Hakim tidak gemar mendengar kisah aku. Dia lebih gemar bercerita tentang hidupnya.

Dengan Hakim, aku wajib menjadi matured. Dengan Aiden, kami berdua masuk air. Ke mana mana bersama Aiden, even kedai mamak jalan depan tu pun, aku boleh bahagia.

Usia aku kini berada di dalam era 20-an. Kalau tepat sangat umur nanti orang tahu hehe. Masa ini aku ingin mencari seorang suami. Aku masih contact bersama Hakim.

Mulanya aku ingin baiki hubungan kami pada semester 1 di matriks sebelum aku berjumpa Aiden. Jadi aku la tackle dia semula. Tapi waktu tu dia tak layan.

Bila aku sudah mengenali Aiden, Hakim pula muncul dan menganggap kami sedang bersama dan telah getback? Sehingga kini dia menganggap aku miliknya. Sedangkan kami tidak pernah declare hubungan itu.

Aku kesian, tapi aku sayang Aiden. Tapi bagaimana?

– Uyaina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *