Siasat Suami

Hi korang. Perkenalkan diri, I perantau yang dah 3 tahun kerja jauh dari keluarga. Area bandar. Berumur bawah 30. Disini takde family atau kawan.

So, orang -orang dekat officelah yang menjadi teman l sepanjang 3 tahun disini. Tempat kerja 80% lelaki dan selebihnya perempuan.

I perempuan dan bujang, bekerja dalam bidang professional, iman setipis bawang, tak peramah sangat but orang sekeliling selesa dengan l (boleh berkawan dengan semua orang tak kira umur dan jawatan).

So dekat office tu, l boleh ‘masuk’ dengan semua termasuklah cerita-cerita yang tak sepatutnya.

Kawan l yang paling rapat dekat office satu ppuan and satu lelaki, aku gelarkan P dan L. Kedua-duanya bujang dan berumur awal 30an. 2 ketul ni lah yang selalu bawa lepak, healing dan apa-apa yang I nak minta tolong, 2 ketul ni lah yang selalu ada.

Perwatakan kitorang hampir sama, easy going bak kata orang. Mengenal 2 ketul ni menjadikan salah satu yang perlu disyukuri.

Tapi, ada sifat yang I tak berkenaan dengan L. Dia seorang yang mempunyai gf keliling pinggang. Buang 1 masih ada 2, 3 backup.

Ada beberapa gf yang pernah tinggal serumah dengan L. L mengamalkan gaya hidup ‘touch and go’, korang faham- faham jela yer.

P dan L ni selalu ajak I lepak minum-minum dekat pub dan sewaktu dengannya bersama sama dengan kawan-kawan mereka.

So, korang fahamkan circle pertemanan I macam mana. (3 tahun pertemanan kami, selalu je I join ke tempat-tempat tersebut, but I tak pernah minum alcohol sehingga hari ini).

Inti sebenar yang I nak ceritakan disini, semakin lama I semakin rasa bersalah. Mengenal dunia malam menyebabkan banyak benda yang I tau, dan ianya sangat menjijikkan.

Ada beberapa orang atasan dekat office ni yang dah beristeri + anak tapi masih menjejakkan kaki ke tempat yang tak sepatutnya.

Setiap kali kitorang keluar sama-sama, masing-masing membawa ‘haiwan peliharaan’ yang semestinya akan bertukar bila tiba masanya.

Kadang-kadang if takde ‘haiwan peliharaan’ pada malam itu, mereka akan pilih mana-mana perempuan yang ditawarkan di tempat tersebut untuk menjadi peneman malam. And yes, tak payah tanya apa yang berlaku sepanjang malam.

I pernah bercerita dengan salah satu ‘haiwan peliharaan’ dan ya dari sewa rumah dan kebanyakan barang termasuk biaya hidup disponser oleh tuan masing-masing.

Pernah I tanya, pernah tak busted dengan isteri, dan dengan bangganya menjawab tak pernah. Ngerinya ‘haiwan peliharaan’ tersebut pernah bertukar tuan dengan salah satu kawan kitorang.

Lupa nak mention, circle pertemanan I dekat sini mostly bergaji tinggi umuran 30 – 57′. Bekerja dalam bidang professional. Kebanyakan dah berkahwin dan mempunyai anak.

I kenal dan pernah berjumpa dengan isteri-isteri mereka semasa menghadiri majlis rasmi, raya dan sebagainya. Ada yang bertutup litup, berkerjaya, surirumah dan I yang ppuan ni pun kadang insecure dengan mereka.

Ada isteri yang I berkawan dekat media social dan save no hp. So dari sini I nampak gambar family, aktiviti harian mereka. Ada juga I nampak status dengan caption ‘my suami yang baik dan penyanyang’.

Ada juga circle pertemanan I yang nampak alim di office, selalu je sembahyang jumaat, kelihatan seperti family man. Selalu dipuji ‘untungnya isteri dia dapat suami rajin, kaya, tampan’. Tapi mereka tak tau pun siapa sebenarnya dia.

Banyak lagi nak luah tapi cukuplah.

Kepada para isteri, please siasat suami masing-masing. Jangan percaya 100% dengan kata-kata suami. If suami kata nak outstation, tolonglah letak 1% keraguan, make sure korang tahu dengan siapa mereka outstation.

If suami tak balik malam dengan alasan banyak kerja, make sure suami tu kerja ataupun tak. Kalau boleh checklah gaji keluar masuk suami masing-masing.

Sekali sekali buatlah spotcheck hp suami (kebanyakan mereka -mereka ni mempunyai 2 hp, kadang tinggal je hp dkat kereta atau office). Kalau ada kecurigaan siasatlah, jangan percaya if suami menidakkan.

Kepada isteri yang LDR usahakan untuk tahu activity suami. Tengok juga circle pertemanan suami masing-masing.

Sebabnya if ada teman yang curang dan suami korang diam jer kadang-kadang tu bukannya dia taknak masuk campur tapi masing-masing nak menutup kejahilan sendiri.

I minta maaf sangat untuk para isteri dan yang teranyia. I belum ada kekuatan untuk bagitau perangai suami korang. I rasa bersalah sangat nampak muka-muka korang. I doakan korang mendapat keadilan yang sepatutnya.

Kepada ‘haiwan peliharaan’ dan yang sewaktu dengannya tolonglah sedar. Korang hanyalah mainan sementara mereka, bila-bila masa akan diganti, sayangi diri anda. Jangan sesekali ingat tuan korang sayang dan cintakan korang. Tolonglahhh.

Kepada perantau seperti I, jaga diri dimanapun korang berada. Jangan sesekali terjebak dengan benda yang tak sepatutnya.

Dear readers, doakan I dapat pindah secepatnya ke tempat yang lebih baik ya. Doakan juga semoga iman I semakin baik. I sangat bersyukur masih terjaga sehingga hari ini tapi semakin takut apa akan jadi di masa depan. Maaf jika penulisan berterabur.

– Perantau/pemerhati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *