Okay umum tahu sekarang isu LGBT, sibuk nak perjuangkan hak kemanusiaan geng geng otak kat lutut nie, jujur cakap aku tak ambik port sangat.
Okay lah korang cakap nak perjuangkan hak LGBT nie atas dasar kemanusiaan. Habis hak OKU nie korang nak letak mana? Ke golongan oku nie bukan manusia tapi haiwan gitu? Ye aku tahu oku kat malaysia tak ramai tapi kami wujud kami juga perlu hak hak seperti rakyat biasa dapat..
1. Sekolah
Aku cakap eh tak semua oku sesuai sekolah pendidikan khas.. Sebab aku sendiri mulanya pada umur 4,5 tahun sekolah pendidikan khas, and sekolah tu langsung tak best bg aku yelah aku nie oku kaki tapi belajar mewarna melukis menyanyi ko rasa x tepu otak aku.. One day ada orang dari kementerian datang sekolah aku and cakap, dia nie sesuai sekolah biasa sebab otak dia normal. And thanks God aku dapat sekolah biasa.
Tapi time kawan kawan ko pergi PJ ke Library ke atau apa apa yang kene naik tingkat atas, aku duduk lah sorang.. Tapi aku tak kisah pun. Aku rasa lah kan apa kata 1 sekolah at least ada lah 1 lift or slide tu tapi kegunaan terhad kepada oku sahaja bukan semua student..
2. Tempat awam
Aku nie kadang kadang nak keluar dgn member which mean a normal person rasa bersalah tau.. Kenapa? Yelah kadang diorang nak ajak aku contoh kfc kat bangunan kecil.. Tapi tak boleh nak pergi sebab aku berkerusi roda and takde slide untuk naik..tapi aku okay lagi sebab aku still boleh berdiri dan berjalan dalam tempoh terhad.. So aku akan pegang diorg.. Berdiri and diorg akan. Angkat kerusi roda aku.. Itu nasib baik aku boleh jalan weh walaupun sekejap.. Kalau yang totally lumpuh macam mana…
Kadang kesian diorang nak pergi satu tempat and tetiba say ‘weh kalau kita pergi situ nanti kesian bayang macam mana kita pergi tempat semua boleh pergi okay’. Sebab tulah kadang diorg ajak pergi KL, pergi mana ke aku tak ikut, sebab aku akan susah kan diorg baik aku duduk rumah je.
3. Masjid
Okay aku jujur.. Kadang kalau keluar jalan jauh.. Kadang aku solat lambat.. kenapa? Tak semua masjid yang mersa oku.. Ada tu tinggi and licin.. Nak nak tempat berwuduk. Kadang family semu solat dulu and baru cari masjid untuk aku pulak or kalau sempat pecut keta balik umah!
4. Toilet
Okay baru nie viral perempuan suh geng LGBT aku chill je sebab mungkin perempuan tu begurau. Tapi sedar tak yang anda tulis tu boleh bagi idea kat diorg? Sudahlah toilet oku tu payah nak cari.. Kadang x de paip lah, kotor lah apa lah, soorry walaupun aku oku tapi aku memang memilih toilet yang bersih je.. So aku tak paham macam mana orAng normal suka kotor kan toilet otak korang oku eh?
5 Fasiliti ipta
Jelas dalam ingatan aku ada sebuah pihak ipta menyatakan ‘tiada ipta yang sesuai dengan dia’. Yes, kelulusan spm aku bukan budak pandai tapi alhamdulilah bukan gagal. Perlukah pihak ipta berkenaan menyatakan kenyataan begitu pada saya,sebab saya dia tawarkan ke ipta tersebut tapi setelah melihat fasiliti oku di sana ayah saya tidak mengizinkan saya pergi, antara sebabnya ialah slide oku terlalu curam dan bukan semua bahagian yang ada. Eh nie nak tanya sikit yang buat slide curam curam tu dia ada masalah apa eh sampai tak leh berfikir waras!
Tolong lah aku juga sudah muak.. Asal, oku belajar menjahit, hahaha sorry to say walaupun aku perempuan tapi menjahit bukan jiwa aku. Oh ye aku tahu kolej komuniti pun tengah tingkatkan course untuk oku.. Hahaha aku pun baru habis belajar dari kolej komuniti, lepas pihak ipta tu cakap macam tu kat aku.. Aku masuk kk.. Tu pun aku panjat 2 tingkat hari-hari.. Kan aku dah kata aku boleh jalan tapi sekejap sekejap..
Niat untuk aku sambung itu ada tapi aku masih belum jumpa.. Di saat aku menagis nak belajar kawan selalu cakap,takpe nanti aku belajar rajin rajin. Jadi kaya kita buat tempat belajar untuk oku eh.. Hahaha pandai tau pujuk hati hamba ini…
Kesimpulanya… Hak. Oku pun masih lagi terabai, korang alpa dengan LGBT. Ini pandagan aku sebagai oku, kalau ada oku oku lain yang guna pegakutan awam aku rasa ada lagi isu lain.
Kami tak ramai tapi kami wujud.. SEDARI LAH KAMI JUGA RAKYAT MALAYSIA… Di harap kerajaan baru dapat megubah nasib nasib oku ye..
– BAYANG
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit