Untuk part I, (https://iiumc.com/sifat-al-haya-yang-semakin-menipis-dikalangan-wanita/).
Assalamualaikum semua pembaca. Ini adalah sambungan untuk confession saya yang lepas. Sebenarnya ini adalah nota refleksi untuk diri saya.
Saya ada menghadiri satu kursus pendidikan untuk ibu bapa mendidik anak perempuan. Memang focus kursus tersebut adalah bagaimana mahu mendidik anak perempuan dengan sifat al-hayya’.
Saya menghadiri kursus tersebut kerana saya ada 3 orang anak perempuan. Jadi focus saya adalah saya perlu sediakan anak-anak saya dengan benteng al-hayya’.
Ya, ada yang agak sensitive dengan mengatakan, kenapa perlu perempuan sahaja, kenapa tak nak highlight lelaki juga?
Jika ada yang mahu kongsi, kita semua sangat alu-alukan. Saya tak mahu menulis perkara yang saya tidak ada. Jadi lebih molek jika orang yang sesuai berkongsi.
Apapun, pengisian yang saya kongsi ini boleh juga diaplikasikan kepada anak lelaki juga. Panduan yang diberi, pokok asanya tetap sama. Bezanya hanya pada aplikasi disebabkan perbezaan fizikal, emosi dan kompetensi ikut kapasiti anak lelaki mahupun perempuan.
Untuk post kali ini, agak sensitive untuk sebahagian daripada kita. Jika ada yang terguris, maafkan saya.
Fokus saya pada kali ini adalah al-hayya’ pada pemakaian.
Jangankan kata dalam Islam, sememangnya pakaian yang sopan sudah menjadi adat kita yang duduk dibahagian timur dunia ini. Paling-paling pun baju yang longgar, dan tertutup elok segala perhiasan yang seorang perempuan itu miliki.
Jika kita tengok drama berlatar belakangkan sejarah dari mana-mana negara pun, pakaian untuk wanitanya labuh dan longgar. Perasan tak?
Perkara yang pertama yang ibu bapa perlu buat adalah, ajarkan anak pakaian yang patut dia pakai dalam rumah atau luar rumah.
Contoh untuk anak-anak 5 tahun ke bawah boleh pakai t-shirt lengan pendek dan seluar panjang (ini standard) ketika diluar rumah.
Gaun princess yang cantik dan sebagainya ikut selera ibu bapa. Tapi bila dah 6 tahun, boleh la minta dia pakai mencuba tudung sekali sekala dan juga baju berlengan panjang.
Untuk sekolah rendah pula, ibu bapa perlu fikirkan dengan baik pakaian dan fesyen macam mana yang sesuai dipakai. Nak riadah dengan tutup aurat macam mana, nak kenduri tapi tutup aurat macam mana, nak mandi-mandi kolam tapi tutup aurat macam mana.
Ingat, anak kita ni tak wajib lagi menutup aurat macam wanita dewasa, kalau dia tak mahu jangan paksa. Sebab saya dah pernah kena tegur dengan anak saya sendiri yang baru 5 tahun bahawa dia masih kanak-kanak. Dan dia masih tak wajib pakai tudung.
“Kakak ni kanak-kanak lagi, Kakak tengok kanak-kanak lain tu tak pakai pun tudung.”
Benarlah kata anak saya tu. Untuk umur gini kita bagi dorongan je. Sikit-sikit, perlahan-perlahan sampai dia dah sedia.
Yang jadikan Kakak insaf bila dia tengok cerekarama Insan Terpilih, ada babak Jay Iswazir solat.
Kemudian Tok Imam senyum. Kakak tanya saya, “kenapa orang tua tu senyum?”
Saya jawab, “Dia rasa seronok sebab orang tu patuh pada Allah, insha Allah akan disayangi Allah”
Saya tambah lagi “Kalau kakak buat perkara yang Allah suruh pun umi gembira”
Dan selepas itu ada satu momen bila kami nak keluar rumah, dia ambil tudung dan tanya
“Umi gembira tak kalau kakak pakai tudung ni”
“Masya Allah, umi bangga kakak patuh arahan Allah”
(Sesungguhnya saya masih lagi kekok nak berbual gaya sopan cenggitu. Sis cuba dan terus mencuba ye)
Dan ayah juga memang kena main peranan. Banyakkan puji secara maknawi. Tingkatkan keyakinan diri dia yang pakai pakaian yang sopan dan tertutup itu cantik.
Tak payah cakap pun, nampak je anak kita pakai tudung, atau baju yang sopan sebelum keluar rumah, ayah boleh senyum bangga tunjuk kepala sendiri/ atau usap kepala anak, dan tunjuk ‘like’ macam dekat FB tu.
Itu salah satu motivasi secara maknawi. Nak bagi hadiah pun boleh. Nak suruh dia pilih tudung ikut fesyen atau warna yang dia suka pun boleh.
Ayuh ayah-ayah!! Kenyangkan anak dengan pujian sebelum dia lapar pujian lelaki lain.
Perlu juga diajarkan kalau ada adik-beradik lelaki, pakaian macam mana yang sesuai di dalam rumah. Kalau balik kampung bercampur gaul dengan sepupu sepapat, baju yang macam mana anak kita perlu pakai. Saya kira semua orang jelas kan hal berkaitan aurat wanita.
Kalau dalam syara’ sendiri pun pakaian untuk orang perempuan tu akan berbalik kepada dua sifat iaitu tidak ketat (la tas(sod)if) dan tidak jarang (la tasyiff). Tidak menampakkan bentuk badan atau pakaian-pakaian yang tidak jarang atau pendek.
Memang patut ajar sejak kecil-kecil lagi, kalau dah besar nanti lagi susah. Sebab jika dia dah terbiasa pakai yang tak sesuai, bila dah sampai masanya untuk kita tuntut dia tutup aurat dengan sempurna, anak itu sendiri akan rasa payah dan struggle nak buat sebab kita tak biasakan dari awal.
Kasihan dia kena lalui kesusahan begitu, dengan pengaruh rakan sebaya lagi. Pengaruh celebrity tu belum kira. Kalau terjebak cosplay s3ksi lagi la.. Laaa haula wala quwwata illa billah..
Banyak dikalangan kita termasuk saya pernah lalui struggle nak tutup aurat dengan betul.
Dari pakai t-shirt ketat kena pakai t-shirt longgar, dari pakai tudung tak tutup dada sebab kita biasa selimpang kan, dah kena buat tudung jatuh, nak pakai stokin lagi, kena sound pulak dengan orang suruh add-on stoking tangan.
Momen-momen yang kita dah lalui ini, bagaimana kita nak biar anak-anak kita lalu lagi? Saya dulu malu kena sound pasal aurat ni secara umum dihadapan ramai orang.
Dengan kefahaman kenapa perlu menutup aurat pun saya tak dijelaskan. Maksud saya, keyakinan kita nak tutup aurat dengan betul tu tak kuat mana.
Ye la, tak pernah-pernah pakai baju labuh longgar, tiba-tiba kena pakai macam tu, jadi rimas, jadi panas, jadi selekeh. Memang benarlah pepatah melayu ada menyebut “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Bukan sebab kita takde ilmu tau, tapi sebab ada halangan yang kita sendiri tak kuat nak lawan untuk tegakkan hukum syariat Allah.
Suasana sekitar dalam keluarga, masyarakat, media massa, kawan-kwan dan seumpamanya. Kalaupun kita yakin, sistem yang ada sekarang pun tak menyokong ke arah itu.
Cukuplah kita usahakan ambil minima yang 2 ini. Tidak jarang dan tidak ketat yang boleh menampakkan anggota badan yang patut dilindungi.
Oleh itu moleklah sedari kecil kita pesan kepada anak gadis kita:
“Wahai anakku, pakaian yang seeloknya adalah yang tidak jarang dan tidak ketat. Ini yang Allah syariatkan kepada orang perempuan”
Bila kita dah sentiasa bagi tahu tentang tata cara pemakaian yang sopan, kemudian biasakan dia dengan pakaian tersebut.
Daripada pakai seluar pendek, kita upgrade pakai seluar panjang, dari lengan pendek kita up jadi lengan panjang, dari free hair, kita up pakai scarf ikat belakang, lepas tu try up bawal atau tudung sarung/ shawl yang mana anak perempuan kita berkenan.
Bila dah sampai waktunya dia baligh, baru boleh kita wajibkan. Mudah-mudaham waktu itu dia dah sedia dan boleh melaksanakan perintah Allah dengan lapang dada dan seronok mengharapkan pahala dan syurgaNya.
Sepanjang didikan tu perlu dikaitkan rasa malu dengan Allah. Allah suruh kita jaga elok-elok anggota badan ni. Fizikal orang perempuan tak sama macam orang lelaki. Terangkan kenapa perlu dilindungi perhiasan-perhisan orang perempuan,
Lagi bagus, kalau ibunya tunjuk contoh yang baik. Sebab anak perempuan ni setapak-demi setapak dia akan meniru perlakuan ibunya. Jadi sebagai ibu, ittaqullah!! Ada mad’u cilik yang sentiasa menjadikan kita suri tauladan.
Yang ditakuti adalah, bila dia membesar, baru kita nampak itu adalah hasil dari kekurangan kita mendidik dia.
Yang sedih bila kita marah anak itu dengan ego sebab tak menjadi seperti yang kita harapkan sedangkan sudah berlaku kelompongan sepanjang tempoh kita didik dia. Jadi bersederhanalah dalam segala tindakan kita sebagai ibu bapa.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-Furqan: 74)
Setakat ini dulu untuk hari ini, jika bermanfaat boleh share.
Esok-esok kita sambung bentuk al-hayya’ yang lain pula. Insha Allah.
– Fazirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit