Membalas surat confession yang terciduk dengan pelaburan hartanah.
https://iiumc.com/mangsa-sifu-hartanah/
Disini aku nak terangkan macam mana nak tahu sifu scam atau nak makan korang. Sesuai praktikan bila join kelas mana-mana sifu di luar sana.
Aku pernah join banyak kelas bisnes atau pelaburan. Aku hanya nak ketengahkan beberapa contoh supaya jadi pengajaran kepada orang lain.
Sebagai contoh kelas hartanah sifu topi putih (ada bukti ramai terciduk dan sifu hilang dari radar) dan kelas saham sifu A (ada kawan FB aku yang pernah pergi kelas yang mahal tapi banyak joget).
Kenapa aku nak kaitkan dua sifu ni walaupun lain bidang? Aku akan terangkan kemudian.
1. Masa daftar dah kena sign borang tak boleh rekod @ ambil gambar @ bocorkan info mengenai kelas ni. (Biasanya kelas fizikal) Sekarang kelas online jadi sifu ni lebih berhati-hati.
2. Ada upsale. Kalau pergi kelas free atau kelas yang murah. Tapi bila dalam kelas ada “too good to be true offer” atau “limited time offer” atau ada banyak peringkat kelas contoh kelas basic, intermediate atau advance.
Sebenarnya ni nak hisap darah korang sampai kering. Taktik ni biasanya guna pakai “urgency” tak akan ada offer diluar waktu lain.
Korang kena sign up sekarang dan kouta tak banyak. Kalau dalam kelas fizikal biasanya bila sifu umumkan offer ni.
Akan ada orang yang berebut nak join dan ada orang dari tempat duduk paling belakang berlari-lari isi borang nak join. Ni sebenarnya pelakon je nak bagi korang goyang dan terpengaruh join sekali.
3. Kelas “misleading”. Pergi kelas tak belajar apa-apa walaupon berbayar korang masih lagi tak puas hati sebab tak mencapai matlamat kelas yang dianjurkan.
Apa yang korang dapat hasil dari kelas ni cuma kelas motivasi dan testimoni dari peserta yang nak pengaruhi orang lain supaya join kelas yang lagi mahal.
4. Sifu biasanya adalah anak murid kepada tok guru yang ada phd palsu. Kebanyakan sifu belajar teknik pemasaran dari tok guru yang sama.
5. Testimoni yang “too good to be true”. Semua cerita pasal untung dan tak ada pun yang rugi menyebabkan korang rasa tamak dan nak cepat kaya.
Orang yang jadi testimoni kebiasannya orang yang sama. Aku pernah pergi kelas hartanah topi putih ni ada sorang peserta lelaki ni yang jadi testimoni topi putih.
Latarbelakang peserta ni yang aku ingat ialah baru habis belajar dari UK dan join circle topi putih ni akhirnya buat untung yang banyak sebab beli beberapa biji projek undercon property yang sama sebelum pelancaran dan jual selepas siap.
(Sekarang teknik ni dah tak berkesan sebab lambakan hartanah yang tak terjual).
Beberapa tahun kemudian aku join kelas saham A, sebenarnya aku malas nak join sebab tok guru sifu pemegang phd palsu. Pergi pon sebab teman kawan.
Bila dah join rupanya kelas ni guna konsep teknik yang sama macam kelas sifu topi putih ni.
Paling kelakarnya budak yang pernah jadi testimoni sifu topi putih sekarang berdiri depan pentas kelas sifu A jadi testimoni saham pulak.
Setakat ni sahaja yang boleh aku kongsi kalau nak tahu kelas yang korang join tu sifu ni nak tolong korang atau nak makan korang.
Kalau korang suka pasal cerita ni nanti aku akan cerita macam mana sifu hartanah ni boleh seleweng beberapa fakta sampai korang percaya.
– Spekulator (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit