Signal

Assalamualaikum semua. Ini kali pertama saya post dalam page ni. Terima kasih admin sudi siarkan post saya yang mana sedikit sebanyak dapat beri kesedaran pada semua. Ok, untuk post ni, saya akan bercerita tentang “Signal” atau pun lampu isyarat yg ada pada kereta dan motor kalian.

Seperti kita semua sedia maklum, lambakan kenderaan yg berada di negara kita sekarang. Mengikut statistik, terdapat 14.8 juta kenderaan yg berdaftar di Malaysia sekarang ni. Banyak kan? Tetapi dalam kuantiti yg banyak tu, berapa ramai saja yang bertimbang rasa diatas jalan raya? Contoh terdekat penggunaan lampu isyarat kenderaan; Signal. Aku akan kupaskan satu persatu situasi yg berlaku hanya disebabkan signal. Aku sebagai penungang motorsikal akan kupaskan satu persatu masalah yg aku hadapi, rasanya bukan aku saja tetapi penunggang motorsikal yg lain pernah juga rasa benda ni.

Situasi 1 (highway) : Sesetengah highway tiada laluan motorsikal, jadi kami sebagai penunggang motor terpaksa berkongsi jalan dengan kenderaan yang lain. Itulah sebabnya ada penunggang motor berada diantara dua lane kereta. Tetapi masalah yang selalu dihadapi apabila, ada segelintir kereta yang masuk lane tak bagi signal. Ini memang membahayakan penunggang motorsikal. Kadang2 tu rasa mcm nak sepak je side mirror kereta yang tak bagi signal ni. Bahaya woii!!!

Situasi 2: Signal dah bagi, bagus. Tapi yg tak bagusnya, bila bagi signal last minit. Ini pun bahaya jugak. Bayangkan sedang bawa motor tiba tiba, ada kereta yg bagi signal dan terus masuk lane. Terkejut woii!! Kalu break emergency mcm ni bahaya sangat, klu ada kereta atau motor kat belakang tu, memang accident la. Sebaiknya, nak masuk lane tu, tngok dulu side mirror dan bagi signal sekurang2 nya 20saat sebelum masuk simpang atau lane. At least penunggang motor aware, yg ad kereta nak masuk simpang/lane.

Situasi 3: Yang ni pelik sikit, signal dah bagi, tapi…. bila nak masuk lane daaaa??!! Ada segelintir pemandu yang macam ni, bila dia dah bagi signal masuk lane, dia mesti lupa nk padam kan signal. So, signal tu terus berkelip. Ini pun susah juga bagi penunggang motor, bila nak overtake kereta, mesti tertanya, dia ni nak masuk lane ke tak nak? So tunggu je la, agak2 lama sangat bagi signal, tapi tak masuk lane, baru kami overtake. Bukan apa, takut time nak overtake, time tu pulak dia masuk lane. Nak salahkan tak bagi signal, tak boleh, Ermmmmm….

Situasi 4: Ini tiada kene mengena dengan signal, cuma nak tambah. Kalau anda sebagai pemandu kereta, kalau dalam jammed tu, nampak penunggang motor nak menyelit antara dua kereta, jarakkan lah kereta anda dengan kereta satu lagi, agar penunggang motor juga boleh jalan. Tetapi kalau situasi tu , anda tak boleh bergerak, tidak mengapa. Cuma minta bertimbang rasa. Anda juga tak nak kereta anda bercalar bukan?

Kepada penunggang motor juga, sila bertimbang rasa juga, janganlah duduk lane paling kanan klu anda nak bawak slow dan pleaseee jangan bersembang dengan motor lain kat jalan raya sambil bawak motor tu.

Itu saja confession aku setakat ni, aku juga pemandu kereta, cuma bila nak pergi kerja saja aku bawa motor. Jadi bila aku bawa kereta, aku dapat rasa apa yang penunggang motor rasa. Aku harap perkongsian aku ni, serba sedikit dapat beri manfaat pada semua. Maafkan aku jika ada terkasar bahasa mahupun terasa. Memang patut terasa pun. hehe

Lebuhraya ni bukan kita punya seorang, tetapi untuk dikongsi bersama. Salam.

Bali sejuk

– Bali sejuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit