Sihir atau Mainan Perasaan?

Salam dan hi readers. Aku Sari. Tujuan aku tulis confession kat sini sebab aku nak pendapat dari korang semua memandangkan medium IIUM Confession ni ramai orang yang pakar dalam macam-macam bidang.

Straight to the point, mak aku adalah seorang yang sangat percaya sihir dan benda mistik.

Jangan salah faham, mak aku bukan jenis yang sihir-sihir orang ni. Cumanya dia jenis yang percaya sangat setiap apa yang berlaku pada dia, semuanya disebabkan sihir atau saka atau gangguan makhluk halus.

Contohnya, dulu mak aku kurus. Lepas je abang aku masuk Universiti, terus mak aku jadi gemuk. Dan dia tak salahkan mulut dia yang tak control makan, tapi dia salahkan orang lain. Dia kata dia mimpi kena tembak, terus badan dia naik mendadak.

Dan dia syak makcik rumah bawah yang sihir dia. Aku sebagai logic thinker ni tak boleh terima betul alasan mak aku. Ke memang ada sihir yang boleh menggemukkan orang lain? Kalau ada tolong betulkan aku.

Yang kedua. Dulu masa aku kecik akak aku pernah mengandung luar nikah. Surprisingly, mak aku tak salahkan akak aku, tapi dia cakap akak aku kena sihir. Ya Allah! Masa aku kecik bolehlah aku terima alasan tu.

Tapi bila dah besar ni, aku rasa macam tak logik pulak sihir boleh buatkan kita mengandung luar nikah.

Ada ke sihir yang boleh buat kita jadi bernafsu nak berz1na? Kalau ada tolong detailkan kat komen. Sekurang-kurangnya tak la stress aku dengan alasan tak masuk akal mak aku.

Yang ketiga baru saja jadi tadi. Ayah aku balik kerja terus cerita pasal ada ustaz pandai kat Melaka boleh ubatkan orang. Ramai orang lumpuh boleh sembuh dengan ustaz tu. Jadinya mak aku nak pergi hari minggu nanti.

Masalahnya, mak aku tak lumpuh, takde kencing manis, darah tinggi atau penyakit-penyakit kronik. Dia cakap hati dia ni selalu tak tenang. Macam nak marah, cakap jahat-jahat. Bila aku suruh dia control emosi, dia cakap dia dah control.

Untuk pengetahuan korang, mak aku ni kalau pergi berubat memang akan muntah-muntah. Kadang sampai kena rasuk. Aku pernah tengok mak aku berubat.

Hantu tu cakap dia suka duduk dalam badan mak aku, tak nak keluar. Tapi masalahnya, dah 10 tahun mak aku ni berubat sana sini. Duit dah banyak habis. Walaupun katanya “ada hantu dalam badan” mak aku okey saja takde sakit apa pun.

Tak boleh ke kalau kita tak payah nak berubat apa semua tu selagi badan kita tak sakit dan tak ganggu aktiviti harian kita. Kita cuma berzikir, solat awal waktu, baca quran, bersenam, bersukan dan jaga makan saja.

Lagipun tukang ubat pun tak semuanya betul-betul guna kaedah islam walaupun bacaan dia dalam bahasa arab.

Lagi satu, mak aku ni jenis lemah semangat. Kadang aku rasa kalau betul pun ada hantu dalam badan mak aku, tak payah la nak kacau-kacau. Lagipun mak aku sihat. Bukannya tiba-tiba mak aku kena rasuk, kena strok, ada kanser.

Bukan mendoakan, tapi aku bosan hari-hari tengok mak aku obses dengan benda mistik ni. Pantang tau ada orang pandai mengubat, mesti nak pergi. Gaji bapak aku berapa la sangat. Jadinya yang jadi mangsa duit yang aku bagi kat mak aku.

Tiap-tiap bulan aku bagi mak aku seribu ringgit, dengan harapan boleh la mak ayah aku enjoy. Makan sedap ke, beli emas ke, beli baju ke, jalan-jalan ke, pergi umrah ke. Tapi tidak. Aku sampai jadi tak ikhlas.

Aku penat-penat kerja, kena maki dengan bos macam orang takde maruah last-last duit aku habis untuk pergi jumpa orang yang pandai “mengubat” kononnya.

Korang tolong lah bagi kata-kata semangat atau idea atau fakta pasal hal mistik ni. Korang nak kata aku anak derhaka pun katalah.

Aku cuma nak tau saja pendapat dari korang yang pakar supaya aku boleh ikhlas dan jadi lebih empathy. Dan supaya aku boleh jadi orang yang percaya sikit benda-benda mistik ni.

Sekian,

– Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *