Assalamualaikum semua. Terima kasih kpd admin sekiranya sudi siarkan confession ini. Apa yg bakal aku sampaikan adalah berdasarkn kisah benar. Harap dapat memberi pengaran kpd para pembaca. Segala kata-kata baik, nasihat dan pandangan amat aku alukan. Namun kata-kata sebaliknya harap disimpan saja. Memandangkn keadaan aku skrang yg sudah terlalu rapuh. Aku tak tahu dari mana nak mula. Tapi aku cuba sebaik mungkin supaya para pembaca dapat faham. Kekurangan dari confession ini didahulukan dgn ucap maaf. Jadi, selamat membaca. :)
Dipendekkan cerita, setelah dua kali gagal dalam bercinta (*part ni tak boleh cerita sbb mcm drama) yg amat menyakitkn, hati aku tertutup nak bercinta lagi. Walaupun kwn-kwn slalu ckp. “Apesal ko nak frust sgt ramai lagi ko boleh cari. Ko petik jari pun laki beratur”. Kalau diberi pilihan, aku pun nak jd mcm org lain yg cepat move on. Tp aku bukan mcm tuu.
Takdir pertemukn aku dgn seorang laki, fahmi. Aku selesa kwn dgn dia dan begitu juga dia. Lama-kelamaan dia meluahkan perasaan. Aku tolak secara baik memandangkn aku tak nak bercinta lagi. Tapi usaha dia buatkn aku terima akhirnya. Dia berjanji tidak seperti lelaki lain yg menyakiti aku dan bersumpah tidak akn sia-siakn aku. Dia harap aku dapat terima dia seadanya (*ketika ini dia berbadan besar dan tidak mempunyai apa-apa sbb masih belajar).
Beberapa tahun telah berlalu. Kini Fahmi dah berkerjaya dan masa sgt sesuai untuk melangkah ke fasa seterusnya seperti yg dijanjikan dahulu. Tapi entah dari mana datang perasaan dalam hati aku bahawa dia ada perempuan lain. Aku cuba melawan naluri aku tapi tetap berbisik dalam hati. Memandangkan aku tak suka berburuk sangka, jadi aku berdoa supaya Allah tunjukkn kebenaran.
Setelah sekian lama tak bersua muka, kami berjumpa. Tiba-tiba satu soalan terpacul dari mulut aku “awk ada perempuan lain?” Dia menafikan. Sekali lagi soalan yg sama aku ulang dan aku minta dia untuk berterus terang. Dan dia menjawab “ya”. Allah.. Hancurnya.. Selama ini aku berlawan dgn kata hati yg dia ada org lain tapi ternyata benar belaka. Air mata aku terus berderai ketika itu.
Aku cuba kuatkn hati. Aku suruh dia buat keputusan pd ketika itu. Tiba-tiba dia menjadi marah dan menengking aku. Aku tak faham apa yg berlaku. Sedangkan dia yg curang tapi aku pula dimarahinya atas alasan aku memeningkan kepalanya. Aku cuba pujuk dia. Aku suruh dia fkir secara baik sbb aku tak akan pernah terima untuk berkongsi kasih. Beberapa minit dia mendiamkan diri dan akhirnya dia membuka mulut. Katanya “sy pilih dia”. Allah.. Hancur-sehancurnya hati aku..
“Fahmi.. Pandanglah sy. Sy perempuan yg awk minta terima awk seadanya. Sy perempuan yg susah dgn awk. Sy perempuan yg setia kpd awk.” Dalam teresak-esak aku ckp dkt dia. Dan jawapannya sgt mudah. “Awk nak sy buat keputusan dan sy dah buat. Sekarang kita balik”.
Selepas kejadian itu, kami masih berhubung. Aku dapat rasakan dia masih syg aku. Mungkin dia keliru dgn perasaan. Jadi dgn semangat untuk pertahankn hubungan, aku cuba cari perempuan tersebut. Niat aku nak betulkn keadaan dan jumpa penyelesaian.
Aku berjaya cari perempuan tersebut, Ana. Puas aku ajak secara baik untuk berjumpa tapi dia tak nak. Aku call untuk berbincang tp dia tak mahu angkat. Bila aku mesej, dia balas dgn sgt kurang ajar. Last-last dia block aku di telefon dan media social.
Fahmi pula bagai hilang kewarasan. Aku dimarahi teruk sbb cari Ana. Aku cuba terangkn kenapa aku bertindak sedemikian tapi hanya menambahkn lagi kemarahan dia. Semakin hari semakin teruk dia marah aku. Sehingga aku dapat rasakan dia dah tahap benci aku sbb segala makian dia hambur dkt aku. Aku semakin buntu. Hanya kpd Allah tempat aku mengadu.
Satu hari kwn aku bercerita dkt aku tentang abg dia. Berdasarkn cerita kwn aku, abg dia terkena sihir sampai bertukar sikap dan lupa family. Perkara ini masih baru untuk aku dan aku tak tahu nak respond apa selain suruh dia bersabar dgn ujian Allah. Aku juga berkongsi kisah aku yg tiba-tiba jadi huru hara. Dan kwn aku nasihatkn untuk ‘cek’ Fahmi. Kata kwn aku, dia confirm Fahmi terkena sihir.
Hati aku terbuka nak bertanya kpd seorang ustaz tentang Fahmi. Sbb aku inginkn kepastian sama ada dia terkena sihir atau bukan. Aku minta Ustaz Zaki untuk scan Fahmi. Dan esoknya aku mendapat jawapan bahawa benar dia telah disihir. Alangkah terkejutnya aku. Aku memg tak duga perkara ini. Dan untuk meyakinkn lagi perkara ini betul, aku contact beberapa Ustaz lain untuk bertanya mengenai hal ini. Dan semuanya jawapan yg diterima adalah sama “Dia telah terkena sihir pengasih”. Allahu Akbar..
Aku pergi berjumpa seorang perawat untuk sembuhkn fahmi. Sekali lagi perkara tak diduga aku dengari. Perawat tersebut beritahu bahawa yg perlu dirawat adalah diri aku sendiri. Sebenarnya aku telah disantau dan dikena sihir pemisah. Betapa sedihnya aku ketika itu. Harapan aku adalah untuk merawat Fahmi tp diri aku sendiri yg dirawat masa itu.
Untuk pengetahuan pembaca, sekarang aku masih berjuang. Perangi ikatan sihir-sihir yg membelenggu diri aku. Sejujurnya walaupun aku berubat, malah keadaan semakin teruk. Apa yg aku tahu. Sihir yg dikena dkt aku semakin bertambah. Kalau dulu aku terkena dua sihir, skrang aku tidak tahu. Kalau gambarkn keadaan aku sekarang, rasanya perlu buat confession lagi satu. Aku hanya harap bantuan Allah untuk sembuhkn aku seperti sedia kala.
Apa yg ingin aku smpaikn terutamanya yg sdg berhubungan, sentiasa jujur dgn pasangan. Jgn bila bergaduh kau cari org lain untuk dijadikan penghibur. Keburukan dari sikap ko yg tak matang mungkin beri kesan kpd ko dan masa depan. Suka duka itu lumrah dlam perhubungan. Tapi ketahuilah hubungan sebenar yg ko perlu jaga adalah hubungan ko dgn Tuhan. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua. Doakan aku dan org-org lain yg terkena sihir sembuh ya. Thank.
– Zlorve
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit