Sihir Itu Betul

Salam Sejahtera. Aku rasa terpanggil lepas baca cerita si cakoi, (https://iiumc.com/sihir-keluarga-ii/). Sebiji sama macam apa yang mak abah aku pernah alami. Orang meniaga weh. Tak mungkin tak kena. Walau sekecil mana perniagaan kau, kalau orang iri hati, tetap iri hati la.

Sama macam cakoi. Kisah tanah kubur, badan rasa di cucuk-cucuk, semua tu sama macam yg mak abah aku alami. Ye la. Mak abah aku alhamdulillah, setakat hari ni, masih sihat walafiat. Masih berniaga seperti biasa. Berniaga kecil-kecilan je. Jual nasi lemak tepi jalan.

Tapi tu la orang kata. Orang yg ada sifat dengki, busuk hati, sentiasa ada di mana-mana. Mak aku jenis orang yang jarang sakit. Tiba-tiba dia jatuh sakit, jenis sampai yang tak boleh bangun. Terbaring je.
Boleh bangun tapi kena berpimpin, tapi sambil menahan sakit. Dekat sebulan jugak. Pergi klinik, hospital check semua, result okay belaka.

So kita cuba alternatif lain. Macam biasa, rawatan Islam jadi pilihan. Bila dah pergi buat rawatan, korang tahu-tahu je la. Pengamal rawatan Islam takkan cakap banyak. Dia cuma cakap, biasalah.. Orang berniaga. Sambil senyum..hehehe.. Kitorang pun sama-sama senyum je la. Ye la. Ini bukan kali pertama. Tp kali ni agak teruk.

Sebelum kejadian, tanda-tanda dah ada. Bila berniaga, tak de customer datang membeli. Ada, tapi tak macam selalu. Cuaca elok. Bukan ada cuti apa-apa. Semua tu related utk org berniaga tepi jalan macam mak abah aku ni, hehe. Satu hari, customer mak aku tanya, “hari tu lama akak tutup gerai, tak meniaga ye..?” tanya dia.. hahaha.. Mak aku dah agak dah.. ni mesti kes org tak nampak mak aku tercongok kat situ. Dengan selamber mak aku jawab “ada je akak kat situ. tak nampak ke?” hahaha.. Korang mesti faham kan apa yg jadi? Itu salah satu tanda la awal la.

Abah aku pulak, dada dia tiba2 selalu sakit. lagi-lagi lepas maghrib. Asal lepas maghrib je sakit. Macam di cucuk-cucuk weh. Tapi masa tu abah aku fikir, maybe kait dengan jantung dia. Dia pun buat appointment kat hospital untuk check up. Bila result keluar, Alhamdulillah semua okay. Tak ada sakit apa kata doctor. So, apa lagi yg nak fikir kan.. Sebab sakit dada tu makin menjadi. Tambah pulak dengan sakit kaki yang tak tahu mana datang.

Masa abah sakit, alhamdulillah mak dah beransur pulih lepas buat rawatan Islam tu. Mak pun paksa paksa abah buat rawatan tu. Sebab ada saudara jiran aku yg kebetulan nampak abah kat depan rumah and dia pesan kat mak “suruh la abang tu pergi buat rawatan. nampak bergayut je kaki tu” kata makcik tu..hehehehe.. aku tak tahu la apa yg bergayut kat kaki abah tu.. Bila mak bagitau abah, abah senyum je..hehe

Lepas di bebel, baru lah abah pergi berubat. Hurmm, barulah kitorang tahu, sakit dada, sakit kaki tu berpunca dari apa. Rupa-rupanya, jenis sihir yg cucuk-cucuk jarum kat patung tu!. Penuh kt badan abah. Tapi kata ustaz, dia fokuskan kat dada abah. Pandai korang attack situ yee? hehehehe. Kata abah, banyak jugak “jarum” yg ustaz tu keluarkan. Sampai 2 orang pembantu kena tolong.

Kata ustaz, ni jenis main tanah kubur ni. Bila ustaz kata tanah kubur, terus abah teringat psl sepasang suami isteri, nampak agak berumur yg datang ke gerai mak hari tu. Kata abah, itu bukan regular customer. Memang first time nampak. Masa tu, wife dia dok sembang2 dengan mak sambil pilih2 kuih. Tapi husband dia dok berjalan sambil seret kaki keliling meja meniaga mak tu!

Haaaa.. Masa tu abah dah perasan, dalam hati abah ckp ” knp la dok seret2 kaki macam tu.. kot ye pun selipar ada tanah melekat” tapi abah kata, tak terluah pun dr dalam hati tu. Abah just pandang je dia tanpa sebarang kata. Pakcik tu pun, diam je sambil dok seret2 kaki keliling kedai. Wife pulak rancak berbual. hehehe

Tengah meniaga kan, mana la nak terfikir benda-benda gini. Mungkin itu lah tanah kubur yang dimaksudkan. Di “sapu” keliling tapak gerai. Tapi alhamdulillah, setelah berubat, abah pun pulih macam biasa. Mak abah pun berniaga seperti biasa. Baca surah2 pendinding tu memang sudah jadi amalan setiap kali keluar rumah. Bukan saja selepas kejadian ye, memang all this while mak abah amalkan.

Ujian Allah swt kan. Nak datang tu bila-bila masa je. Lepas semua pulih, sehingga sekarang, mak abah masih berniaga.. Alhamdulillah. Itulah punca rezeki mak abah dari kitorg kecik sampai la ke besar ni. Sampai dah bercucu mak abah..hehehehe.. Betullah ustaz tu kata “nak lawan orang-orang macam ni, lawan lah dengan teruskan perniagaan. orang tu cuma nak kita berhenti meniaga je. Kalau kita berhenti, baru dia puas hati.”

Mak abah aku tetap teruskan. Kata mak “Meniaga je la macam biasa. Rezeki tu semua Allah swt yang bagi. Lama-lama, orang tu stop la buat. Dia pun tahu penat” Memang betul. Dah stop lepas sesi rawatan tu. Syukur sangat. Tapi kannnnn.. Selepas beberapa tahun..

Mak aku dah start sakit balik. Kaki dia. Asal masuk dapur je hari nak berniaga, kaki dia start sakit. Sakit yg buat dia tak boleh berdiri lama. Kena duduk je. Sakit tu akan datang bila kaki dia jejak depan sink dapur, area tempat memasak. Mulalah time tu, dia akan duduk je… Bila ok sikit, baru dia bangun.

Yang peliknya, bila dia berdiri lama-lama kat luar rumah, sambil dok sapu laman, elok je kakinya. tak de pulak sakit. Macam biasa, dah pergi klinik, buat checkup, result ok. Tak ada apa.. haihhh.. aku pun tak tahu la nak cakap apa. Aku harap-harap, sakit tu hanya sementara. Belum ada plan untuk buat rawatan lain. Masih husnuzon.

Korang doakan untuk mak abah aku ye. Moga-moga tak ada apa. Terima kasih korang sudi baca kisah aku yg panjang lebar ni.

– Kaklong

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *