Sihir Itu Seksa

Salam sejahtera semua. Aku nak cerita sikit pasal sihir. Aku rasa family aku dah di sihir sejak zaman arwah atuk nenek aku lagi. Arwah Atuk dan nenek aku meninggal sebab sihir.

Ya kalau aku bagitahu mesti semua tak percaya. Awal tu aku pun tak percaya dengan sihir ni sehingga aku alami sendiri.

Aku tak boleh nak cerita details. Tapi yang buat aku kecewa kami di sihir bukan 1 sorang tapi lebih daripada seorang. Dan ada 1 orang tu yang sihir kami dari zaman arwah atuk nenek aku, sampai la ke aku (cucu).

Atuk nenek aku dah meninggal pun dia masih nak sakitkan keturunan kami.

Kenapa dia sihir atuk nenek aku? Zaman dulu atuk nenek aku ni kira orang ada duit, atuk nenek aku ni suka buat kenduri, lepas tu atuk nenek aku ni ada tv di rumah,

Jadi setiap kali hari cuti (malam) akan ada orang2 kampung ramai datang tengok tv rumah atuk aku. Orang ni tak suka, sejak daripada tu dia selalu hantar benda.

Alhamdulillah arwah atuk nenek aku ni orang kuat masjid, jadi lama juga mereka bertahan dengan sihir tu sehingga la mereka meninggal, mereka meninggal sakit misteri,

Bila orang tu sihir saja arwah atuk nenek aku buang, dia hantar lagi, kali terakhir dia hantar memang niat nak bagi mati.

Ajal maut semua tangan Allah. Cerita ni tak habis sini. Lepas arwah atuk nenek aku meninggal, mak aku kena, lepas tu aku, dan adik2 aku. InsyaAllah kalau penulisan ni dapat smbutan aku akan cerita cara kami kena sihir.

Ini kisah ayah aku pula. Di kampung ayah aku ada seorang nenek ni tak suka dengan ayah aku sejak kecil lagi. Ayah aku ada cerita, nenek ni cukup tak suka la ayah aku, ayah aku siap cerita lagi dia pun tak tahu kenapa nenek ni tak suka dengan dia.

Masa ayah aku kawin dengan mak aku, mak ayah aku selalu gaduh sampai tahap nak cerai la, jumpa ustaz, ustaz cakap kena sihir pemisah, tak tahu la sihir ni datang dari siapa.

Berubat la ayah dan mak aku, alhamdulillah dah ok, turun ke anak2 pula, kami la, dah banyak kali kami buang sihir yang orang hantar.

Jumpa ustaz banyak dah semua cakap benda yang sama. Nenek yang x suka ayah aku tu mengamalkn ilmu hitam, orang kampung memang tahu amalan dia. Rupanya dia pun hantar sihir kepada kami, macam mana kami boleh tahu?

Lepas berubat tu mak aku ada buat solat sunat hajjat, malam tu malam jumaat, mak aku tengah baca quran lepas solat, dan mak aku terdengar bunyi di luar rumah mak aku jenguk, nenek tu dengan cucu dia tengah tabur something di halaman rumah kami.

Lepas tu mak aku nampak diaorang balik ke rumah. Sebab rumah diaorang dekat ja dengan rumah kami. Boleh nampak la kalau tengok di tingkap rumah tu.

Esoknya mak aku panggil ustaz buang. Nenek tu nampak kami buang. Sebab nenek tu selalu duduk depan rumah dia tengok rumah kami.

Aku bertunang, mlm tu lepas bertunang kami pergi berubat buang lagi. Sebab sihir tu datang balik cuma kami tak tahu siapa yang hantar.

Aku dah kawin, bersalin, aku dan anak aku kena kacau. Ustaz yang berubat aku pun cakap benda sama, ni ustaz lain pula. Alhamdulillah dia pagar rumah kami lepas tu tak ada gangguan dah, after few years, nenek tu dah meninggal, ada la something terjadi sebelum dia meninggal.

Lepas dia meninggal kami rasa mungkin tak ada dah. Tapi tidak.. lagi teruk jadi, macam2 terjadi. Aku kena ganggu, aku dan mak aku mimpi ular belit rumah.

Kami jumpa ustaz.. ustaz cakap rumah kami dah di tabur tanah kubur, Allah terkejut kami, kami buat kenduri, bacaan yaasin, buat solat hajat antara keluarga untuk jaga keamanan kami.

Minta pertolongan Allah. Kami fikir baik kami hadapi sahaja gangguan ni.. penat dah. Kami buang banyak kali dah, terlalu banyak kami buang tapi di hantar pula. Dan kami tak tahu siapa yang hantar, kenapa dia dengki dengan keluarga kami? Apa salah kami?

Ustaz ada cakap selagi kita boleh tahan gangguan ni kita tahan, kita minta tolong Allah, kali ni biar sahaja, sebab bila kita buang ja dia akan hantar lagi yang lebih kuat, merata kami berubat, sampai ke thailand kami pi (secara islam).

1 family kami di sihir agar orang yang dekat dengan kami akan benci kami. Adik aku pula kena sihir pemisah, sebab dia dapat suami yang kaya, kacak, caring, kira perfect la laki dia ni. Laki dia ni tak ada media sosial.

Tapi tu la, kena juga, aku pun kena, orang jadi benci dengan aku, at the last, aku jumpa ustaz baru ni. Ustaz minta aku mulakn kehidupan baru. Pindah ke negeri lain, jangan up media sosial, jangan up gambar atau apa2.

Ye aku buat macam tu. Alhamdulillah my life is getting better, much happy, cuma di kampung masih ada keluarga aku. Sehingga kini adik2 aku masih lagi menghadapi gangguan.

Adik aku kena ganggu kerap sehingga 1 tahap dia nampak benda tu dia buat tak tahu ja, dia lalu ja buat dont know. Kami 1 family dah macam malas nak layan dah benda tu. Tapi dekatkan diri dengan Allah.

Cuma aku sedih, ayah dan mak aku dah tua, mereka nak hidup bahagia dengan anak cucuk, mereka di sihir dari zaman muda sehingga kini.

Boleh tak tukang sihir tu berhenti skjap? Bagi mak ayah aku bahagia di dunia ini. Aku nak mereka bahagia sebelum mereka pergi. Tu saja permintaan aku.

Ni tak, bahagia saja terus kena, adik aku dapat smbung belajar oversea, buat kenduri, esok lusa dah kena sihir, mak ayah aku pergi umrah (senyap2) tak nak orang tahu, pun kena sihir.

Kami tak tahu siapa dan kenapa dia tak suka sangat dengan kehidupan kami, kami bukan duduk mewah rumah banglo bagai, rumah pun buruk, kereta pun secondhand saja, hutang sana sini juga.

Masa aku type ni pun aku baru dapat tahu semalam keluarga aku di hantar sihir pemisah patut la bila jumpa ja bergaduh teruk, mak, ayah dan adik2. Dan orang tu dah rasa seronok sebab aku dah pindah jauh terpisah dengan keluarga.

Duduk saja jauh tapi hubungan tak putus. Hari2 call tanya khabar mak ayah di kampung, bagi duit, balik saja di kampung jenguk mak ayah.

Tapi kalau orang tanya aku duduk mana, aku akan elak.

Ramai la kalau jumpa aku tanya, duduk mana skrang? Kenapa lama dah tak nampak. Mungkin diaorang nak beramah mesra tapi aku dah ckup trauma dengan orang yang ajak berborak ni.

Saya nak minta doa anda semua agar tolong doakn keluarga saya tawar dengan sihir ini. Saya hanya nak tengok mak ayah saya happy dan gembira. tengok adik2 saya gembira. Hajat saya tak banyak cuma nak stop dah sihir dengan kami. Itu saja. Penat st menghadap..

orang akan cakap terlalu percaya semua ni. Awal tu saya pun tak percaya sehingga la saya sendiri hadap dan nampak benda tu.

Dan paling mengejutkn ada salah seorang yang pernah sihir kami dia mengaku depan saya tahun lepas (2021) dia sihir arwah atok dan nenek dan dia nak tengok kami sengsara.

Sebenarnya bukan sorang yang sihir kami tapi lebih. 2 orang dah mengaku, sorang dah meninggal, seorang lagi masih ada.

Entah laa mana hati nurani mereka sehingga terikut sangat iri hati dan dengki.

– Jejaka maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *